Zakaria Kasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Dato' Dr

Zakaria Kasa

D.S.D.K., J.S.M.
Naib Canselor
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Dalam jawatan
1 September 2011 – 23 Februari 2017
Didahului olehAminah Ayob
Digantikan olehMohammad Shatar Sabran
Butiran peribadi
Lahir(1957-02-23)23 Februari 1957
Kodiang, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu
Meninggal dunia18 Februari 2024(2024-02-18) (umur 66)
Hospital Slim River, Perak, Malaysia
Sebab kematianSakit jantung
PekerjaanAhli akademik

Profesor Dato' Dr. Zakaria Kasa (23 Februari 1957 – 18 Februari 2024) ialah seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau ialah Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mulai 1 September 2011 menggantikan Prof Datuk Dr Aminah Ayob. [1] Beliau berkhidmat hingga bersara wajib pada 23 Februari 2017. [2]

Beliau dilantik sebagai Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara. Majlis ini telah dilancarkan pada 1 April 2010 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Majlis diharap dapat membantu kerajaan dengan menyumbang input dalam pelbagai bidang khususnya untuk memperkukuhkan asas penggubalan dasar negara dan juga menjayakan Model Ekonomi Baru. [3]

Namun, pada 2 Jun 2023, beliau didapati bersalah untuk dakwaan salah guna kuasa yang berlaku 9 tahun sebelumnya. Dia dihukum penjara 18 bulan dan denda RM 10,000. Setelah kesnya didengari Mahkamah Rayuan, sabitan kesalahan terhadapnya telah diketepikan pada 15 Februari 2024. [4]

Pada 18 Februari 2024, beliau telah disahkan meninggal dunia pada jam 12:30 tengahari di Hospital Slim River, Perak. [5]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah (1964 – 1969), Sekolah Menengah Tunku Bendahara, Kodiang (1970 – 1972),Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani, (1973 – 1974) dan Diploma Pertanian, Universiti Pertanian Malaysia (1975 – 1978).

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Pertanian (1978) dan Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional pada 1980 daripada Universiti Louisiana State , Louisiana, Amerika Syarikat . Ph.D dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (1993) daripada Universiti Ohio State, Ohio, Amerika Syarikat.[6]

Sebelum ini bertugas sebagai pensyarah UPM (1982) Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Dipinjamkan ke UPSI sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI (2007 sehingga 31 Ogos 2011).

Beliau menjalankan lebih 35 projek penyelidikan yang ditaja oleh Kementerian Pelajaran Malaysia , Jabatan Kemajuan Islam, Jabatan Perdana Menteri, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Perkhidmatan Pembangunan Jerman, Kementerian Pengajian Tinggi, Unit Perancangan Ekonomi serta Persatuan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Selain itu, lebih 140 hasil penulisan dan penyelidikan beliau diterbitkan dalam buku, jurnal, modul serta kertas kerja seminar dan persidangan.

Beliau terbabit dalam perangkaan kurikulum sekolah berkaitan bidang pertanian, agroteknologi, pendidikan teknikal dan vokasional serta Ahli panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Penilaian Kurikulum Institut Pendidikan Guru.

Beliau juga Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara. Anmtara tumpuannya ialah menambahbaik pendidikan dasar bermula Tahun 1 hingga Tahun 3 dengan memberi fokus kepada penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira serta kemahiran insaniah termasuk penghayatan nilai murni dan adab.[7]

Beliau adalah Pengerusi Majlis Dekan-dekan Fakulti Pendidikan Universiti Awam dan Presiden Persatuan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Malaysia.Beliau juga Pengerusi Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara (MPN).

Hasil kajian[sunting | sunting sumber]

Lebih 35 penyelidikan dalam pelbagai aspek bidang pendidikan serta telah menghasilkan banyak penerbitan jurnal dan buku.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Prof Zakaria Kasa Naib Canselor UPSI Yang Baru - Semasa | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2011-09-13. Dicapai pada 2024-02-20.
  2. ^ "BH (24 FEB 2017) ~MOHAMMAD SHATAR DILANTIK NAIB CANSELOR UPSI". Dicapai pada 2024-02-20.
  3. ^ "Majlis Profesor Negara dilancar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-27. Dicapai pada 2015-05-27.
  4. ^ BERNAMA (2024-02-15). "Bekas Naib Canselor UPSI bebas tuduhan salah guna kuasa". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-19.
  5. ^ "Bekas Naib Canselor UPSI Zakaria Kasa meninggal dunia akibat sakit jantung". www.astroawani.com. 2024-02-18. Dicapai pada 2024-02-19.
  6. ^ Ikon Ilmu: Dr Zakaria berpengalaman dalam bidang pendidikan
  7. ^ Ikon Ilmu: Dr Zakaria berpengalaman dalam bidang pendidikan Ikon Ilmu: Dr Zakaria berpengalaman dalam bidang pendidikan
  8. ^ Prof Zakaria Kasa Naib Canselor UPSI Yang Baru