Zakat harta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Zakat harta ialah zakat yang mencakup hasil pertanian, binatang ternakan, perniagaan, wang simpanan, harta temuan, emas dan perak. Setiap zakat harta memiliki perhitungannya atau perkiraan harta yang akan dikenakan zakat.

Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat[sunting | sunting sumber]

Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:

  1. Zakat hasil pertanian - Buah-buahan dan bijian yang menjadi makanan rugi (asasi) sesuatu tempat seperti padi, gandum, kurma dan barli.
  2. Zakat binatang ternakan - Ternakan seperti kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  3. Zakat emas dan perak - Bahan galian seperti emas dan perak
  4. Zakat perniagaan seperti kedai, perusahaan, perkilangan, saham.
  5. Zakat wang simpanan - Zakat KWSP
  6. Zakat pendapatan
  7. Zakat rikaz dan ma'din - harta yang disorok, ditanam, disimpan dan dipendam oleh seseorang insan sebelumnya, atau harta hasil bumi yang bernilai.
    1. Zakat kunuz ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).