Zakat rikaz dan ma'din

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ini merupakan satu jenis zakat kekayaan barang galian.

Rikaz bermaksud harta yang ditemui, ini merupakan sesuatu harta yang tidak dinampak, disorok, ditanam, disimpan dan dipendam oleh seseorang insan sebelumnya. Harta yang dinyatakan tidak nampak seperti ditanam didalam tanah, gua atau sesuatu perbuatan yang menyembunyikan. Harta ini termasuk emas, perak, tembaga dan pundi-pundi bernilai.

Ma'din merupakan harta hasil bumi yang bernilai seperti emas dan perak. Hasil bumi ini boleh dinyatakan seperti petroleum, batu permata, dan lain-lain jenis yang berhubungan dengan bumi dan nilainya amat berharga seperti emas dan perak.

Syarat pengeluaran[sunting | sunting sumber]

  • Zakat Rikaz syarat mengeluarkan zakat rikaz ialah beragama Islam, merdeka dan sempurna milik. Nisabnya tidak sama dengan nisab emas dan perak dan tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi pada kadar 1/5 atau 20% daripada jumlah kesemua yang diperolehi.
  • Zakat Ma'din, nisabnya seperti nisab emas dan perak iaitu 85 gram bagi emas dan 595 bagi perak. Tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi dan dibersihkan tanpa diproses. Wajib mengeluarkan 2.5% daripada jumlah keseluruhannya yang cukup syarat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

  • Dr. Husein Sahata et al, Kaedah Agihan Zakat Harta: Pengertian, Sistem & Agihannya, Pustaka Al Shafa 2003, ISBN 983-159-081-3

Web[sunting | sunting sumber]



Jika Anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.