Zakiah Laidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dato' Zakiah Laidin, DPTS, JSM, KMN; adalah bekas Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Polis Diraja Malaysia (PDRM. Beliau merupakan wanita pertama Malaysia menyandang jawatan tertinggi dalam pasukan PDRM.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Zakiah Laidin mempunyai anak dua anak lelaki berusia 43 dan 45 tahun serta tujuh cucu. Suaminya, Datuk Yahya Yeop Ishak, bekas Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, meninggal dunia 2007.

Kerjaya di PDRM[sunting | sunting sumber]

Beliau berkhidmat dalam PDRM selama 36 tahun dengan pangkat terakhir sebagai Deputi Komisioner ketika bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum bersara pada 1993. Beliau merupakan polis wanita pertama diberi kepercayaan menyandang jawatan Pegawai Tadbir Kontinjen, Penguasa Perhubungan Awam, Penolong Pesuruhjaya Polis Cawangan Perkhidmatan Polis, Penyelia Polis dan beberapa jawatan lain.

Beliau terpilih sebagai polis wanita Asia pertama menyertai kursus di Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Virginia, Amerika Syarikat selama tiga bulan pada 1980.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Zakiah menerima pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang di-Pertuan Agong pada Jun 1979.


Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 12 November 2011, beliau meninggal dunia akibat sakit tua , pada usia 73 tahun. Pusat Media PDRM melaporkan beliau meninggal dunia di rumahnya di Jalan Tiang Seri, Taman Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]