Zaman Logam di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke sax

teknologi logam. Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 3000 tahun dahulu. Pada zaman ini manusia telah mencipta alat daripada gangsa dan besi.

Ciri-ciri penempatan[sunting | sunting sumber]

Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Mereka tinggal berhampiran dengan sungai, di atas pokok, kawasan tanah tinggi dan ada yang masih tinggal di dalam gua.Bahan binaan rumah pada zaman ini ialah batu,tanah liat dan juga kayu.

Pada mereka ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.

Kegiatan dan peralatan[sunting | sunting sumber]

Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi. Mereka juga bercucuk tanam, menangkap ikan, memburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan menjalankan perniagaan secara tukar barang yang dikenali sebagai sistem barter.

Contoh alat yang digunakan pada zaman ini ialah kapak, sabit, pisau, tulang mawas, dan lembing.

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Sepanjang Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.

Pada zaman ini mayat biasanya ditanam secara memanjang bersama beberapa barang kiriman seperti tembikar dan alat perhiasan diri.

Mereka juga turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu. Kepingan batu atau granit ini akan diletakkan pada kedudukan tersusun supaya batuan ini akan tercerun ke bahagian dalam kubur. Manakala, batuan granit yang lebih berat akan diletakkan dibahagian atas sebagai struktur bumbung. Batu-batu digunakan untuk mestabilkan kubur. Antara barang kiriman yang ditemui di dalam kubur batuan ialah alat logam, tembikar tanah, barang perhiasan, manik, serpihan kaca dan beberapa batuan berharga, seperti carnelians, dan batu kristal. Berdasarkan penemuan barang kiriman ini, dijangkakan kubur batuan ini dibina untuk golongan berpangkat tinggi

Mereka juga pandai menghasilkan keranda yang berbentuk perahu.

Lokasi di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]