Zaman Neolitik di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun dahulu.[1] Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar. Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat dan juga menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter (sistem bertukar barang) zaman neolitik juga terdapat di gua harimau,perak.

Ciri-ciri penempatan[sunting | sunting sumber]

Pada zaman ini telah mula wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja.

Mereka tinggal di dalam gua dan kawasan yang berhampiran dengan sungai.

Kegiatan dan peralatan[sunting | sunting sumber]

Pada Zaman Neolitik, mereka mula mencipta peralatan tembikar, seperti bekas air, periuk, dan juga belanga. Mereka juga mencipta alat seperti beliung yang digunakan untuk menggali tanah dan alat untuk mengetam kayu. Selain itu mereka juga menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.[2]

Pada zaman ini mereka mula bercucuk tanam, menangkap ikan, serta menternak binatang ternakan.Selain itu mereka juga memburu haiwan liar dan memungut hasil hutan. Mereka turut berdagang secara tukar barang atau sistem barter.

Mereka juga mencipta barang-barang kemas seperti anting-anting, kalung dan gelang sebagai perhiasan mereka.[3]

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Animisme bermaksud menyembah batu, matahari dan lain-lain lagi kerana mereka mempercayai adanya semangat (roh dan jiwa) orang mati.

manusia pada zaman ini melakukan ritual bagi mewujudkan pendamaian dengan kuasa alam dan amalan penyembahan mula dilakukan

Lokasi di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]