Zaman Paleolitik di Malaysia
Sejarah dan prasejarah manusia |
---|
↑ sebelum Homo (Zaman pliosen) |
|
Sejarah bertulis |
↓ Masa Depan |
Zaman Prasejarah di dunia biasanya dibahagikan kepada empat iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, dan Zaman Logam. Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak sama antara satu sama lain di tempat lain.Tempoh masa itu bergantung kepada tahap kemajuan di sesuatu tempat itu.
Di Malaysia, ahli sejarawan/arkeologu telah membahagikan zaman prasejarah di Malaysia kepada tiga zaman sahaja iaitu:[1]
Penyelidikan dahulu mengatakan, wujud Zaman Mesolitik yang bercirikan kepada alat batu Hoabinh seperti yang terdapat di Vietnam. Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini oleh Pusat Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia telah membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik. Keadaan ini disebabkan alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik. Penemuan artifak seperti tulang, batu dan sisa makanan penghuni di gua di rantau Asia Tenggara termasuk di Malaysia menunjukkan adanya sebaran kebudayaan pada zaman prasejarah.[2]
Zaman paleolitik
[sunting | sunting sumber]Zaman paleolitik di Malaysia bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Ciri-ciri petempatan manusia Zaman Paleolitik ialah:
- hidup berpindah-randah,
- biasanya tinggal dikawasan terbuka dan sekitar tasik.
kegiatan dan peralatan adalah seperti yang berikut:
- memburu binatang liar
- memungut hasil hutan
- peralatan batu seperti alat pemukul, alat penetak dan alat repehan
Ciri-ciri kepercayaan:
- mengamalkan animisme iaitu percaya bahawa setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat dan roh orang mati
- mengamalkan upacara perkuburan
Lokasi Zaman Paleolitik di Malaysia:
- Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak
- Gua Niah di Sarawak
- Tingkayu di Sabah
Pada tahun 1987, ekskavasi dI Kota Tampan, Lenggong, Perak telah memberikan pengetahuan baru dan penting tentang Zaman Paleolitik di Malaysia dan Asia Tenggara. Tapak Kota Tampan telah menjadi tapak rujukan penting kepada penyelidikan arkeologi di Asia Tenggara. Tapak ini telah ditarikhkan berusia sekitar 74,000 tahun dahulu berdasarkan lapisan debu Toba dari Gunung Berapi Toba, Indonesia bersama asemblaj alat batu [3]
Pada tahun 1990, ekskavasi di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak telah menemui Manusia Perak. 'Perak Man' merupakan rangka manusia yang paling lengkap ditemui berusia 10,000-11,000 tahun dahulu.
Zaman Mesolitik
[sunting | sunting sumber]Zaman yang cara hidupnya yang semakin berkembang.
•Cuaca tidak terlalu sejuk
•Bukan memburu sahaja tetapi menangkap ikan sebagai sumber makanan.
Zaman Neolitik
[sunting | sunting sumber]Zaman yang mula menunjukkan tahap perkembangan teknologi serta corak kehidupan yang lebih baik.
- Wujud kawasan petempatan
- Mula bercucuk tanam
- Membuat tembikar
- Menternak binatang
Artifak Zaman Neolitik di Malaysia
[sunting | sunting sumber]- kuali
Periuk purba ditemui di Gua Musang,Kelantan
- Belanga Tanah
Belanga Tanah yang berkaki Tiga ataupun tripod ditemui di Jenderam Hilir,Selangor
Zaman Logam
[sunting | sunting sumber]Zaman ini merujuk kepada penggunaan gangsa dan besi.
- Telah melakukan inovasi logam besi
dan gangsa dalam peralatan masakan
- Mula melakukan aktiviti pelayaran
- Menjalankan aktiviti pertukaran barang
(Zaman neolitik)
Peralatan besi yang digunakan
[sunting | sunting sumber]- samurai
- Tulang mawas
- puting Beliung
- Mata lembing
- Pisau bersoket
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sejarah Oleh Nadira Yusop & Azizah Abu Chik
- ^ Iqbal, Uqbah; Hussin, Nordin; Seman, Ahmad Ali (2014). Sejarah Perkembangan Nasionalisme Melayu Sebelum Kemerdekaan,. Munich: BookRix GmbH & Co. KG.
- ^ Majid, Zuraina (1991). "The Tampanian problem resolved: Archaeological evidence of a Late Pleistocene lithic workshop". Modern Quaternary Research in Southeast Asia. 11: 71–96.