Zaman Pertengahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Raja Frank awal Zaman Pertengahan dilukis bersama Paus, dari Sakramen Charles II dari Perancis (sekitar 870).

Zaman Pertengahan merupakan zaman kedua dalam pembahagian tradisional sejarah Eropah kepada tiga zaman: Tamadun Klasik Purba, Zaman Pertengahan dan Zaman Moden. Zaman ini merupakan zaman perubahan besar dalam kebudayaan, politik dan ekonomi di Eropah. Zaman Pertengahan menyaksikan pembandaran berkekalan pertama di utara dan barat Eropah. Negara-negara Eropah moden bermula pada zaman ini, sempadan seperti yang terdapat pada hari ini merupakan kesan pencapaian ketenteraan dan wangsa paza zaman yang kacau ini. Sains, teknologi, pertanian dan identiti sosial berubah secara mendadak pada masa ini. Zaman Pertengahan bermula dari kejatuhan Empayar Rom Barat pada abad ke-5 hinggalah kejatuhan Empayar Rom Timur pada abad ke-15. Walau bagaimanapun, tarikh ini cuma lebih kurang dan berasaskan hujah nuansa, kerana skema tarikh lain wujud.

Pentakrifan[sunting | sunting sumber]

Zaman Pertengahan adalah salah satu dari tiga kurun waktu utama dalam skema terlama yang digunakan dalam kajian Sejarah Eropah, yakni Zaman Klasik atau Abad Kuno, Zaman Pertengahan, dan Zaman Modern.[1] Para sejarawan dari negara-negara penutur rumpun bahasa Romawi cenderung membahagi Zaman Pertengahan menjadi dua kurun waktu, yakni kurun waktu "Tinggi" sebagai kurun waktu yang "terdahulu", dan kurun waktu "Rendah" sebagai kurun waktu yang "terkemudian". Para sejarawan penutur bahasa Inggris, mengikuti jejak ilmuwan sefahaman mereka di Jerman, umumnya membahagi Zaman Pertengahan menjadi tiga kurun waktu, yakni kurun waktu "Awal", kurun waktu "Puncak", dan kurun waktu "Akhir".[1] Pada abad ke-19, seluruh Zaman Pertengahan kerap dijuluki "Zaman Kegelapan" (atau "Zaman Kelam"),[2][A] namun semenjak Zaman Pertengahan dibahagikan menjadi tiga kurun waktu, pemakaian istilah ini pun dibatasi untuk kurun waktu Awal Zaman Pertengahan saja, setidaknya di kalangan sejarawan.[3]

Pemahaman semasa[sunting | sunting sumber]

Para pujangga Zaman Pertengahan membahagi sejarah menjadi sejumlah kurun waktu, misalnya "Enam Zaman" atau "Empat Kerajaan", dan menganggap zaman hidup mereka sebagai akhir zaman menjelang kiamat.[3] Bila mana para pujangga ini menggambarkan gaya hidup sezaman mereka, maka zaman itu akan mereka sebut sebagai "zaman modern".[4] Pada era 1330-an, humanis sekaligus penyair Italia, Francesco Petrarca, menyebut kurun waktu pra-Kristian sebagai zaman antiqua (kuno) dan kurun waktu Kristian sebagai sebagai zaman nova (baru).[5] Leonardo Bruni adalah sejarawan pertama yang menggunakan periodisasi tripartitus (tiga serangkai) dalam karya tulisnya, Sejarah Orang Firenze (1442).[6] Leonardo Bruni dan para sejarawan sesudahnya berpendapat bahwa Italia telah banyak berubah semenjak masa hidup Petrarca, dan oleh kerana itu menambahkan kurun waktu ketiga pada dua kurun waktu yang telah ditetapkan oleh Petrarka. Istilah "Zaman Pertengahan" pertama kali muncul dalam bahasa Latin pada 1469 sebagai media tempestas (zaman pertengahan).[7] Mula-mula ada banyak variasi dalam pemakaian istilah ini, antara lain, medium aevum (zaman pertengahan) yang pertama kali tercatat pada 1604,[8] dan media saecula (abad pertengahan) yang pertama kali tercatat pada 1625.[9] Istilah "Zaman Pertengahan" adalah terjemahan dari frasa medium aevum.[10] Penzamanan tripartitus menjadi periodisasi yang seragam dan piawai setelah sejarawan Jerman abad ke-17, Christoph Keller membahagikan sejarah menjadi tiga kurun waktu: Kuno, Pertengahan, dan Moden.[9]

Penentuan tarikh pemula dan penamat[sunting | sunting sumber]

Tarikh yang paling umum digunakan sebagai tarikh permulaan Zaman Pertengahan adalah tarikh 476 M[11] yang pertama kali digunakan oleh Leonardo Bruni.[6][B] Bagi Eropah secara keseluruhan, tarikh 1500 M sering kali dijadikan tarikh penutup Zaman Pertengahan,[13] akan tetapi tidak ada kesepakatan umum mengenai tarikh penutup Zaman ini. Pertengahan. Tergantung pada konteksnya, tarikh peristiwa-peristiwa penting seperti tarikh pelayaran Christopher Columbus ke Benua Amerika (1492), tarikh penaklukan Konstantinopel oleh orang Turki (1453), atau tarikh Reformasi Protestan (1517) kadang-kadang pula digunakan.[14]

Para sejarawan Inggeris sering kali menggunakan tarikh Pertempuran Bosworth (1485) sebagai tarikh penutup Zaman Pertengahan.[15] Tarikh-tarikh yang umum digunakan di Sepanyol adalah tarikh kemangkatan Raja Fernando II (1516), tarikh kemangkatan Ratu Isabel I (1504), atau tarikh penaklukan Granada (1492).[16]

Awal zaman[sunting | sunting sumber]

Kemuncak zaman[sunting | sunting sumber]

Penyusutan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sebuah buku rujukan yang diterbitkan pada 1883 menyamakan Abad Kegelapan dengan Abad Pertengahan, namun sejak 1904, dipelopori oleh William Paton Ker, istilah "Abad Kegelapan" pada umumnya dibatasi untuk bagian permulaan dari Abad Pertengahan. Sebagai contoh, Encyclopædia Britannica edisi tahun 1911 memberikan definisi Abad Kegelapan dengan cara yang sama. Lihat Zaman Kelam untuk uraian sejarah selengkapnya mengenai istilah ini.
  2. ^ Inilah tahun ketika para Maharaja Rom Barat yang terakhir diusir dari Itali.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Power Central Middle Ages hlm. 304
  2. ^ Mommsen "Petrarch's Conception of the 'Dark Ages'" Speculum hlm. 226
  3. ^ a b Mommsen "Petrarch's Conception of the 'Dark Ages'" Speculum hlmn. 236–237
  4. ^ Singman Daily Life hlm. x
  5. ^ Knox "Sejarah Gagasan Abad Pembaharuan"
  6. ^ a b Bruni History of the Florentine people hlm. xvii
  7. ^ Miglio "Curial Humanism" Interpretations of Renaissance Humanism hlm. 112
  8. ^ Albrow Global Age hlm. 205
  9. ^ a b Murray "Should the Middle Ages Be Abolished?" Essays in Medieval Studies hlm. 4
  10. ^ Flexner (ed.) Random House Dictionary hlm. 1194
  11. ^ "Middle Ages" Dictionary.com
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Wickham86 tidak disediakan
  13. ^ Lihat Watts, Making of Polities Europe 1300–1500, atau Epstein, Economic History of Later Medieval Europe 1000–1500, atau tarikh penutup yang digunakan dalam Holmes (penyunting), Oxford History of Medieval Europe
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Davies291 tidak disediakan
  15. ^ Lihat Companion to Medieval England 1066–1485 oleh Saul
  16. ^ Kamen Spain 1469–1714 hlm. 29