Zamani bin Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ustaz

Zamani bin Ibrahim

Presiden
Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia
Memegang jawatan
29 Mac 2021
Didahului olehBadhrulhisham Abdul Aziz
Butiran peribadi
Parti politik Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia
PasanganUstazah Nik Norsaha Nik Mohamad
PekerjaanAhli politik, pendakwah

Ustaz Zamani bin Ibrahim adalah merupakan Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia yang dipilih menggantikan Badhrulhisham Abdul Aziz.[1]

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Ustaz Zamani bin Ibrahim berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Ustazah Nik Norsaha Nik Mohammad dan dikurniakan 8 orang cahaya mata.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) Madrasah Nahdhah, Kedah
  • Diploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Al-Azhar, Mesir
  • Sarjana Pendidikan Bahasa Arab Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Pengalaman Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Guru di Maahad Ahmadi, Gemencheh dari tahun 1990-1997
  • Menjadi Guru Penolong Kanan (GPK), Maahad Ahmadi, Gemencheh dari tahun 1997-2001
  • Menjadi pengetua, SMA Dato' Haji Tan Ahmad, Jelebu dari tahun 2001-2005
  • Dilantik sebagai pengetua, Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan (ITQAN), Gemencheh dari 2007-2010
  • Dilantik sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan JHEAINS dari tahun 2011-2016
  • Kembali sebagai Pengetua Institut Tahfiz Al Quran Negeri Sembilan (ITQAN), Gemencheh dari tahun 2016-2019
  • Bersara pada tahun 2019

Penglibatan Masyarakat[sunting | sunting sumber]

  • Pemegang Sijil Integriti SPRM
  • Guru Pembimbing Haji Daerah Tampin (1997-2015)
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (2008-2019)
  • Ahli Jawatankuasa Panel Tauliah Negeri Sembilan (2011-2019)

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai Parti BERJASA dari tahun 2013 sebagai ahli biasa. Kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti BERJASA dari tahun 2019-2020 setelah beliau bersara. Setelah itu pada tahun 2020 beliau dipilih untuk menjadi Presiden Parti BERJASA. Pada tahun 2022, beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) juga sebagai Pengerusi GTA Negeri Sembilan.

Pandangan Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menegaskan, lantikan bagi pegawai tertinggi kerajaan seperti Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Yang di-Pertua Dewan Negara, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Ketua Polis Negara (KPN) dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dibuat tanpa campur tangan politik.

Calon yang dipilih harus seorang yang berpegang kuat kepada agama, taat setia kepada Raja dan Negara, berwibawa dan mempunyai integriti yang tinggi serta tiada kes di mahkamah.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]