Zambry Abdul Kadir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Diraja Dr.

Zambry bin Abdul Kadir

S.P.S.A., S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P., A.M.S.[1]
Zambry Abdul Kadir.jpg

Tempoh jawatan
12 Mei 2009 – sekarang
Raja/Ratu Sultan Azlan Shah (2009-2014)
Sultan Dr. Nazrin Shah (2014-kini)
Didahului oleh Mohammad Nizar Jamaluddin

Penyandang
Tempoh jawatan 
4 Mac 2004
Didahului oleh Mohammad Wajdi Ishak[2]

Lahir 22 Mac 1962 (54 tahun)
Pulau Pangkor, Negeri Perak Negeri Perak
Parti politik Barisan Nasional (UMNO)
Pasangan Datin Seri Saripah binti Zulkifli
Anak 3(P), 2(L)
Kediaman Kampung Masjid Pulau Pangkor, Pulau Pangkor, Negeri Perak[1]
Pekerjaan Ahli politik
Agama Islam Sunni
Laman web zambryperak.com

Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi kawasan Pangkor, Negeri Perak dan menjadi Menteri Besar Perak pada 12 Mei 2009 selepas 3 Adun Pakatan Rakyat menjadi Adun Bebas.

DR. ZAMBRY ABD KADIR dilahirkan pada tanggal 22 Mac 1962 di Pulau Pangkor, sebuah pulau nelayan di negeri Perak. Beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang ke 11 pada 6hb Februari 2009. Berkahwin dengan Datin Seri DiRaja Saripah Zulkifli pada 1hb Nov 1987, pasangan tersebut dikurniakan dengan lima orang cahayamata - Husna, Huda, Syifa, Munir dan Mukhlis.

Beliau telah dianugerahkan beberapa darjah kebesaran demi sumbangan dan perkhidmatannya kepada negeri dan negara. Antaranya DARJAH KEBESARAN SERI PADUKA SULTAN AZLAN SHAH PERAK YANG AMAT DIMULIA (S.P.S.A.) yang membawa  gelaran "Dato' Seri  DiRaja".

Beliau juga merupakan salah seorang daripada penerima bintang SERI PADUKA MAHKOTA PERAK (S.P.M.P.) yang dianugerahkan hanya kepada 50 orang pada sesuatu ketika kerana jasa dan khidmat terbilang yang disumbangkan kepada Negeri Perak, DARJAH GEMILANG SERI MELAKA (D.G.S.M.) daripada Negeri Melaka,  DATO' PADUKA MAHKOTA PERAK (D.P.M.P. )  dan darjah kebesaran AHLI MAHKOTA SELANGOR daripada Negeri Selangor.

Pada tahun 2012, beliau telah menerima anugerah TUAN PADUKA SUTTAN JAYANEGARA, anugerah kebesaran  tertinggi Provinsi Lampung, Indonesia yang disampaikan sendiri oleh Gabenor Provinsi Lampung.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dr. Zambry mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan dan Menengah di Pulau Pangkor sebelum meneruskan pengajian peringkat Menengah atas di Sekolah Menengah Bukit Gantang, Parit Buntar yang terletak di tanah besar.

Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pemikiran Politik daripada Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995) dengan pengkhususan dalam bidang Politik Kontemporari selepas menamatkan ijazah peringkat Sarjana dengan pengkhususan dalam bidang Falsafah Politik Dan Perbandingan Agama di universiti  yang sama (1992).

Menteri Besar Perak yang ke 11 ini juga mempunyai Ijazah Sarjana  (kepujian) dalam pengkhususan Pemikiran Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1991, selepas menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Ekonomi di universiti itu dengan pengkhususan Ekonomi, Pembangunan Ekonomi dan Ekonomi Antarabangsa. Baru-baru ini beliau turut mengikuti Program Eksekutif  Pembangunan Kepimpinan bertajuk “Leaders in Development – Managing Change in a Dynamic World", selama dua minggu di Universiti Harvard, USA (Jun 2015).

Pengalaman Profesional[sunting | sunting sumber]

Dr. Zambry merupakan seorang yang disegani dalam dunia akademia kerana kepakaran beliau dalam bidang ekonomi dan politik, pemikiran politik, politik kontemporari di Asia Tenggara dan pemikiran politik Malaysia.

Beliau juga merupakan pentadbir yang berpengalaman luas termasuk pengalaman sebagai pengurus dan pentadbir di peringkat universiti, badan pemikir, organisasi pemberi khidmat nasihat dan pejabat politik.

Pengalaman lain termasuk sebagai pembantu Professor di Jabatan Sains Politik (UIAM) sehingga Ogos 2000, pengarah eksekutif Centre for Leadership & Development Studies (CELDES) daripada 1996 hingga Ogos 2000, ketua Pembangunan Kurikulum Dan Islamisasi  di Jabatan Sains Politik UIAM pada  tahun 1999, ketua panel konsultansi, program Khidmat Sosial Negara, Kementerian Belia dan Sukan (1997) serta Ahli Perunding, Agenda Melayu Abad ke 21 (1998). Beliau juga merupakan pengerusi konferensi Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat pada tahun 1994,  pengarah Pertemuan Intelektual Asia Tenggara (SEAM) di Amerika Syarikat pada tahun 1994, Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia di Amerika Syarikat(1994-1995), Pengarah Diskusi Intelektual UIA-IIIT untuk kakitangan UIA di Amerika (1993), coordinator kursus bagi Pusat Matrikulasi UIA (1988-1989), Ahli Jawatankuasa Rayuan (MATRIC)  bagi tahun 1989 – 1990, Fellow bagi Kolej Pelajar (1993-1994), Ahli Diskusi Intelektual, Institut Perkembangan Minda (INMIND) tahun 1995, konsultan bagi program kepimpinan pelajar Malaysia di Amerika dan menjadi tamu intelek bagi program yang dianjurkan oleh Kerajaan Jepun (2002).

Adjung Professor di Jabatan Sains Politik, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuatkuasa pada 1 November 2015 hingga 31 Oktober 2017.

Tahanan ISA[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1998, beliau telah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana mempertikaikan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Sejak kanak-kanak lagi, Zambry merupakan seorang individu yang aktif dalam bidang sukan dan suka bermain bola sepak sehingga digelar "Pele Pangkor" yang merujuk kepada pemain bola sepak silam Brazil, Pelé serta giat dalam permainan sepak takraw dan badminton.[3]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak (1982) yang memperoleh tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan (1986)[4] dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan (1987).

Dr. Zambry telah menerima pelbagai anugerah diatas jasa beliau di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Diantaranya adalah Anugerah Khas Global Islamic Finance Awards 2014 (GIFA 2014) di Dubai, UAE pada Oktober 27, 2014. Anugerah tersebut diberikan atas komitment dankejayaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan tanggungjawab sosial Islam di Negeri Perak. Anugerah GIFA merupakan pengiktirafan kepada tokoh dan organisasi atas kejayaan dan amalan terbaik dalam sektor Kewangan Islam.

Beliau turut diberikan anugerah The Crane Summit Supreme Honour Crown Medallion Award oleh Akademi Kesenian dan kebudayaan Dunia (WACC) sempena Kongres Penyair Sedunia (WCP) ke-33 di Pulau Pangkor pada  22 Oktober 2013 kerana penglibatannya dalam bidang sastera.

Sehingga hari ini, hanya tiga pemimpin negara lain yang menerima anugerah tersebut. Mereka adalah Presiden India Dr Abdul Kalam (2006), bekas Presiden Slovakia, Dr. Michael Kovac (2008) dan bekas Presiden Republic Czwch (2009).

WAAC juga telah menganugerahkan “Doctorate of Literature” kepada Dr. Zambry di majlis yang sama.

Pada tahun 2010, Dr. Zambry telah menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang Sains Perikanan kerana aspirasi dan komitmen beliau sebagai anak nelayan tradisional yang berjaya.

Pengiktirafan lain yang diterima oleh Dr. Zambry termasuk Geran Penyelidikan Temple Universiti (1993), Anugerah WAMY sempena majlis Penyampaian Ijazah UIA (1987) , Anugerah Kebangsaan (tempat pertama) bagi kategori Penulisan Agama (1982) dan Anugerah Negeri (tempat pertama) bagi Karangan Hari Kebangsaan (1982).

Sebagai anak Pangkor yang dibesarkan berdekataan dengan Pengkalan Tentera Laut, Dr. Zambry mempunyai hubungan yang istimewa dengan Tentera Laut. Sebagai tanda hubungan baik itu, Kementerian Pertahanan Malaysia telah menganugerahkan Laksamana Pertaman (kehormat) kepada beliau pada tahun 2010.

Sebelum itu, pada tahun 2005, KDYYM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan untuk menganugerahkan Komander (Kehormat) TLDM. Beliau merupakan antara yang pertama dikalangan ahli politik di Malaysia untuk menerima anugerah tersebut.

Pada 4hb Disember 2014, KDYYM Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong XIV telah berkenan menganugerahkan pingat Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) kepada beliau. Pingat tersebut merupakan anugerah ke-tiga tertinggi di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Perak, Majlis St. John Ambulans Malaysia mulai 12 Mac 2014 hingga 11 Mac 2017.

Dr. Zambry juga telah menerima Anugerah Gavel Kehormat daripada  Executive Committee of Crane Summit 21st Century International Forum di Kongres Penyair Sedunia ke-35 yang telah diadakan di Hualien, Taiwan, Republik China., pada 6hb November 2015. Anugerah tersebut merupakan penghargaan tertinggi kepada individu kerana sumbangannya dalam bidang kesusasteraan antarabangsa. Anugerah tersebut juga diberikan atas jasa dan sumbangan Kerajaan Negeri menjadi penganjur Kongres Penyair Sedunia (WCP) ke-33 di Pangkor pada Oktober 2013.  Ini merupakan augerah kedua yang diterimanya selepas anugerah The Crane Summit Supreme Honour Crown Medallion Award daripada Akademi Kesenian dan Kebudayaan Dunia (WACC) pada tahun 2013.

Pada tahun yang sama, beliau turut diangkat sebagai Duta Keamanan (Ambassador for Peace) oleh Universal Peace Federation di atas usaha beliau memperjuangkan nilai moral yang universal, kerjasama antara agama, keharmonian sejagat serta budaya mencintai keamanan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

Manakala Dewan Persekutuan Majlis Kerjasama Teluk (FGCCC) dan Pertubuhan Kemajuan Kepimpinan Amerika (ALDA) pula telah memberi pengiktirafan kepada Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan Dr. Zambry sebagai negeri terbaik untuk pelaburan antarabangsa dalam majlis Anugerah Kepimpinan Perniagaan Asia Barat ke-6 pada bulan November  2015 di Dubai.

Pada 16 Februari 2016, Prof Abul Hasan M. Sadeq, Naib Canselor Asian University of Bangladesh telah menyampaikan Anugerah Khas kepada Dr. Zambry di atas usaha beliau menangani kemiskinan di negeri Perak. Award of Meritorius Distinction for Leadership in Eradicating Poverty ini diberikan atas tokoh kepimpinan beliau melaksanakan initiatif melalui Yayasan Bina Upaya (YBU).

Politik[sunting | sunting sumber]

Dr. Zambry bergiat aktif dalam bidang politik sejurus setelah kembali daripada Amerika Syarikat pada tahun 1995.

Perjalanan politik beliau bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pangkor sebelum dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut. Beliau kemudiannya memenangi kerusi EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2000-2003) sebelum dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak.

Beliau bertanggungjawab dalam memajukan infrastruktur teknologi maklumat di negeri ini ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Multimedia dan Sumber Manusia selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Semasa rombakan kecil pada September 2006, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi dan menggunakan kuasanya bagi pembangunan selanjutnya ICT di Negeri Perak.[5]

Pada tahun 2004, beliau telah bertanding dalam pilihanraya umum bagi kerusi DUN Pangkor and berjaya mempertahankan kerusi tersebut dalam PRU 2008 dan 2013. Beliau kini menyandang tanggungjawab sebagai ADUN Pangkor untuk penggal ketiga dan memegang tampuk pemerintahan Negeri Perak sebagai YAB Menteri Besar untuk penggal kedua.

Dr. Zambry juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan Ketua UMNO Bahagian Lumut. Namun perjalanan politik beliau bukanlah semudah yang disangkakan malah beliau pernah ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pada tahun 1998.

Pengarang[sunting | sunting sumber]

Beliau juga telah mengarang beberapa buku antaranya "Umno dan Jiwa Merdeka" (1998), "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah" (2000) dan "Islam Malaysia dan Amerika" (2002).[4] Zambry juga pernah melibatkan diri dalam beberapa penerbitan sebagai penyunting termasuk Pendidikan dan Pembangunan" di Nurin Enterprise (1989), "Business Administration in Islam" oleh Hizbi (1991) dan "Imbas Gemilang KBS 98" (1998) untuk Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Sebagai seorang ahli akademik, Dr. Zambry banyak menghabiskan masa beliau sebagai seorang penulis sejak bergelar seorang pelajar. Beliau menulis puisi, karangan dan pelbagai artikel di dalam media tempatan dan antarabangsa.

Beliau telah menulis beratus-ratus artikel dalam  Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dakwah, Risalah, Al-Islam, Mastika, dan PEMIKIR, disamping pelbagai buku.

Di antara buku hasil pena beliau bertajuk UMNO dan Jiwa Merdeka (CELDES KL 1998), Pemuda UMNO Menebus Maruah, Menuju Arah (Mei, 2000) dan Islam Malaysia & Amerika. Puisi beliau kini terdapat di dalam kompilasi antologi bertajuk Suara Pelaut.

Beliau turut menghasilkan beberapa kertas akademik dalam majalah dan jurnal. Antaranya bertajuk Politics In Malaysia, A Changing Scenario (2000), Belia dan Cabaran Politik Pascakolonial (1999), Festival Islam Organisasi Islam di Malaysia (Encyclopedia of Malaysiana, 1998), Politik Malaysia dan Pasca-Modernisme (kertas kerja untuk Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998) dan Peranan dan Cabaran Ulama’ Dalam Era Pasca-Modernisme (kertas kerja untuk ‘The Asian Renaissance’ di Pekan Baru, Riau, 1997).

Beliau juga merupakan pengarang kepada beberapa penerbitan termasuk Pendidikan dan Pembangunan untuk  Nurin Enterprise, K.L (1980),  Business Administration in Islam, Hizbi (1991), dan Memperkasa Kepimpinan Merentgas Masa Depan, CELDES, KL (1991).

Beliau turut memegang jawatan sebagai Ketua Pengarang Imbas Gemilang KBS 1998,  sebuah penerbitan Kementerian Belia dan Sukan.

Selain menjadi penyunting dan penulis, Dr. Zambry juga merupakan penterjemah yang disegani. Di antaranya termasuk karya yang bertajuk Faces of Islam (Berita Publishing, 1990), Qur’anic Sciences (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991) dan Islamic Legal Philosophy (Dewan Bahasa dan Pustaka, Oktober, 2000).

Meskipun mempunyai jadual waktu yang ketat, Dr. Zambry tidak pernah melupakan minatnya terhadap buku. Beliau sentiasa meluangkan masa yang ada untuk membaca beberapa buku sekaligus. Antara pilihan beliau yang terbaru adalah karya yang bertajuk Too Many Bosses Too Few Leaders oleh Rajeev Peshawaria, Focus: The Hidden Driver of Excellence oleh Daniel Goleman, dan Political Philosophy: A Historical Introduction tulisan Michael J. White.

Kelulusan[sunting | sunting sumber]

Tahun Pendidikan Kelulusan
1987 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia B Econs (Kepujian)
1991 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia MA (Pemikiran Islam)
1992 Universiti Temple, Amerika Syarikat MA (Falsafah Politik dan Perbandingan Agama)
1995 Universiti Temple, Amerika Syarikat Ph.D (Pemikiran Politik)

Krisis perlembagaan Perak 2009[sunting | sunting sumber]

Selepas krisis perlembagaan Perak 2009, beliau pernah dilantik menjadi Menteri Besar Perak namun kemudian diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.[6]

Pada hari kemudiannya, Nizar akhirnya melaporkan diri untuk bertugas selaku Menteri Besar Perak.[7] Bagaimanapun, jawatan beliau ditarik balik secara tiba-tiba apabila hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali meluluskan penangguhan pelaksanaan keputusan kepada Zambry, sekaligus sini menetapkan 21 Mei bagi mendengar rayuan Zambry dan permohonan Nizar.[8]Pada 22 Mei, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar hujah-hujah mereka memutuskan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan kedudukan asal Nizar, atas hujah bahawa "bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN."[9]

Pengundi Cina[sunting | sunting sumber]

Dr Zambry telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di kediaman rasmi MB Perak di Ipoh. Beliau juga setuju dengan permohonan penduduk setinggan nelayan Cina di Kuala Sepetang yang menduduki tanah rezab KTMB agar tanah tersebut diberikan kepada mereka. Tanah rezab itu diduduki sejak 1941, iaitu setelah landasan kereta api Taiping - Port Weld tidak digunakan lagi.

Dr Zambry dan exco juga sedang giat belajar bahasa Cina bagi memahami permasalahan masyarakat Cina. Sebagai ahli politik, mereka mestilah mengetahui banyak bahasa pengundi.[10]

Saman Suara Keadilan[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Februari 2010, Zambry memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Wan Azizah selaku Presiden PKR, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali - ketua editor Suara Keadilan,Pelita Koridor Sdn Bhd dan Percetakan NPK Sdn Bhd.Suara Keadilan edisi 29 Disember 2009-5 Januari 2010, bertajuk “Zambry Disyaki Pengganas Gagal Masuk Ke Amerika Syarikat” mengandungi 9 perkatan berundur fitnah dan palsu.Malah Zambry tidak dihalang masuk ke Amerika Syarikat. Malahan diberikan pengiktirafan sebagai Menteri Besar Perak.

Lalu beliau menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, faedah lapan peratus setahun dan juga injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan perkataan berunsur fitnah itu atau sebarang perkataan berunsur fitnah yang serupa terhadapnya.Defendan mengaku telah mohon maaf menerusi artikel “Mohon Maaf Dr Zambry”, artikel ditarik balik dan disiar dalam Suara Keadilan 30 Mac-6 April 2010.

Pada 30 November 2011, Hakim Datuk Hue Siew Kheng memutuskan memang wujud 9 unsur fitnah dalam artikel itu. Peguam Datuk Firoz Hussein Ahamd Jamaluddin mewakili Zambry .Peguam Jamie Wong mewakili PKR, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. dan tiga pihak lain.Taksiran ganti rugi dibuat di hadapan Timbalan Pendaftar.[11]

Pada 30 November 2011, Nga Kor Ming mohon maaf kerana menghina Zambry sebagai 'Black Metallic'. Nga adalah Setiausaha DAP Perak dan ahli parlimen Taiping. Namun katanya, istilah itu merujuk kepada tindakan tidak berpelembagaan UMNO/BN mengambil kuasa di Perak dan tidak dapat melupakannya.[12] Youtube menyiarkan rakaman ucapan Nga kor Ming bertajuk '1 Black Perak' - ‘Kini negeri Perak ada Menteri Besar Hitam Metalic yang haram dan masuk ke pejabat SUK menerusi pintu belakang menaiki kapal selam Najib’. [13]

Laporan polis - dokumen palsu[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Februari 2011, Datuk Azhar Ahmad selaku pegawai khas Datuk Dr Zambry membuat laporan polis di Balai Polis Pantai Remis dan Balai Polis Sungai Senam, Ipoh berhubung dua surat palsu. Surat bertarikh 13 Januari 2011 itu, kononnya ditandatangani oleh Dr Zambry bagi kelulusan 400 hektar tanah kerajaan di Pengkalan Hulu untuk projek pertanian.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Profil Zambry Abdul Kadir". Diperoleh pada 2009-02-06. 
  2. Keputusan Pilihan Raya ke-11 di Perak
  3. "Bapa terharu anak sulung dilantik" (Rencana). Berita Harian. 6 Februari 2009. Diperoleh pada 2009-02-07. 
  4. 4.0 4.1 "Zambry's meteoric rise from Umno Youth" (Rencana). The New Straits Times. 6 Februari 2009. Diperoleh pada 2009-02-06. 
  5. "Zambry to be sworn in today" (Rencana). The Straits Times. 6 Februari 2009. Diperoleh pada 2009-02-06. 
  6. Zanariah Abdul Mutalib (11 Mei 2009). "Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari". mSTAR Online. Diperoleh pada 11 Mei 2009. 
  7. Teoh, Shannon (2009-05-12). "Nizar reports for work". The Malaysian Insider. Diperoleh pada 2009-05-12. 
  8. "Rayuan Zambry Dan Permohonan Nizar Didengar Khamis". Bernama. 2009-05-15. Diperoleh pada 2009-05-22. 
  9. "Hakim: Zambry MB sah Perak". Malaysiakini. 2009-05-22. Diperoleh pada 2009-05-22. 
  10. Setelah politikkan Tahun Baru Cina, kini bahasa Mandarin pula
  11. Mahkamah: Suara Keadilan siar sembilan perkataan fitnah Zambry
  12. [DAP Nga Kor Ming apologises over 'Metallic Black Person ' Remark]
  13. DAP’s Nga eats crow over Zambry slur
  14. Zambry aide lodges reports over forgeries

Pautan luar[sunting | sunting sumber]