Zami Ismail
Zami Ismail | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Tapah, Perak, Tanah Melayu British (kini Malaysia) | 20 November 1944
Meninggal dunia | 19 Jun 2011 Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 66)
Nama lain | Pak Uda |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon |
Tahun aktif | 1985–2011 |
Pasangan | Hanizan Ibrahim (k. 1969; m. 2011) |
Anak | 9 |
Anugerah | Pelakon Komedi Terbaik FFM 9 |
Zami Ismail (20 November 1944 – 19 Jun 2011) ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia. Beliau paling diingati ialah peranannya dalam siri sitkom televisyen Pi Mai Pi Mai Tang Tu (1990-an) sebagai Pak Uda serta siri Salam Pantai Timur. Sepanjang kerjayanya, beliau berlakon hampir 20 buah filem. Allahyarham juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi Mat Som.
Isi kandungan
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Beliau berkahwin dengan Hanizan Ibrahim dan dikurniakan sembilan orang anak termasuk Mohd Hitler @ Latif, Ahmad Yamashita @ Tahar, Mohd Saufi, Ismail Fahmi, Khairul Affendi, Aida Nurul Asyikin, Aida Nurul Wahyu, Mohd Firdaus, dan Zahid Al Buhaqman. Salah seorang anaknya, Saufi, juga dikenali sebagai Opie Zami, juga seorang pelakon dan pelawak.
Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]
Pak Uda meninggal dunia pada hari Ahad, 19 Jun 2011 pukul 10:30 pagi di Institut Jantung Negara kerana kegagalan jantung pada umur 66 tahun.[1] Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung halamannya di Tapah Road, Perak selepas solat Asar.[2][3] Pada 2008, beliau pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Selayang selepas tidak sedar kerana sesak nafas.
Beliau meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim (58) dan sembilan orang anak.[4]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1985 | Roda-roda | ||
1988 | Tuah | Tok Guru | |
1990 | Mat Som | ||
1992 | Wanita Bertudung Hitam | ||
1995 | Cinta Rosevilla | ||
1997 | Gemerlapan | ||
2001 | Sara | Pak Mat | |
No Problem | Pak Kidam | ||
2002 | Mendam Berahi | ||
2003 | Diari Romeo | Bapa Maya zaman 70-an | |
2006 | Man Laksa | Tok Ketua | |
2007 | Zombie Kampung Pisang | Pak Abu | |
9 September | Dato' | ||
2008 | Dunia Baru The Movie | Pengantin Lelaki | |
2009 | Jin Hutan | Bomoh Pak Su | |
2010 | Hantu Kak Limah Balik Rumah | Pak Abu | |
Janin | Pak Wan Atan | ||
2011 | Suatu Malam Kubur Berasap | Pak Akub | |
2012 | Hantu Air | Tok Mok | Pelakon tambahan |
Shh... Dia Datang | Pak Da | Dibatalkan | |
2013 | Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit | Pak Abu | Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1985-2004 | Pi Mai Pi Mai Tang Tu | Pak Uda | TV3 |
2002 | Pendidikan Moral: Rasuah Dihina, Maruah Dibina | TV Pendidikan | |
2007 | Salam Pantai Timur | TV1 |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1998 | Siapa Tunang Atuk? | |||
2000 | Bapa Mertuaku | |||
2002 | Anak Bapak | TV3 | ||
Bukan Pimai Pimai | ||||
2003 | Jejaktua |
Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]
Tahun | Anugerah | Kategori | Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1991 | Festival Filem Malaysia ke-9 | Pelakon Komedi Terbaik | Mat Som | Menang |
1993 | Festival Filem Malaysia ke-11 | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Wanita Bertudung Hitam | Dicalonkan |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa, Oleh KEMALIA OTHMAN
- ^ "Zami Ismail Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung". mSTAR Online. 19 Jun 2011. Dicapai 21 Ogos 2018.
- ^ Roni Hidayat Ridwan (20 Jun 2011). "Zami Ismail meninggal dunia". Losmo! Online. Dicapai 21 Ogos 2018.
- ^ Comedian Zami Ismail Dies Of Heart Attack :: Bernama.com