Zamri Mohd Iderus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zamri Mohd Iderus merupakan pengurusan besar Sime Darby Holdings Berhad. Dia bekerja sebagai Pengurus Besar Sime Darby Marine/Pembangunan Perniagaan & Pelaburan/Projek Antarabangsa . Ketika inilah dia didakwa menerima habuan / rasuah pada November 2008 di Subang Jaya. Pembocoran nilai bidaan tanpa pengetahuan pihak pengurusan Sime Darby Engineering di Kompleks Sime Darby, Persiaran Kewajipan, USJ 7 Subang Jaya .


Tuduhan rasuah[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Ogos 2010, beliau (39 tahun ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua tuduhan rasuah berjumlah RM99,000 iaitu cek RM50,000 dan RM49,000 daripada Kamaruddin . Maklumat bidaan yang dibocorkan tentang kerja subkontrak saluran paip Sime Darby Engineering bernilai RM14,430,000. Syarikat Arrow Platform (M) Sdn Bhd mendapat kerja pasang paip tembaga daripada Sime Darby Engineering.

Tuduhan rasuah mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 . Andai terbukti bersalah boleh dihukum penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 132 (2)(b) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 132 (3) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM30,000, jika sabit kesalahan.

Mengaku tidak bersalah[sunting | sunting sumber]

Zamri tidak mengaku bersalah . Hakim ialah Azhaniz Teh Azman Teh . Ikatjamin RM10,000 dan pasport diambil. Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Morais . Peguam Jason Tay mewakili Zambri.[1]

Sime Darby rugi[sunting | sunting sumber]

Sime Darby rugi hampir RM1.63 bilion daripada Bahagian Tenaga dan Utiliti akibat lebihan kos daripada projek Qatar dan Empangan Bakun.Sime Darby turut mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Seri Zubir Murshid bercuti. Pengganti beliau ialah bekas pengarah Felda Holdings Datuk Mohd Bakke Salleh. Pada Jun 2010, Syarikat GLC itu kerugian bagi suku pertamanya sebanyak RM309 juta.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]