Zandra Aziela

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zandra Aziela
Kelahiran
Zandra Aziela binti Ibrahim Hakimi

(1986-03-29) 29 Mac 1986 (umur 38)
PendidikanPengurusan Perniagaan
Pusat pendidikanKolej Damansara Utama (KDU)
PekerjaanPemain boling
Terkenal keranaMewakili Malaysia dalam sukan boling
PasanganMohd Safiq Rahim (berkahwin 2014)
Sports career
Maklumat peribadi
Tahun aktif1997 - kini
SukanBoling
Rekod pingat

Zandra Aziela binti Ibrahim Hakimi (lahir pada 29 Mac 1986) merupakan seorang pemain boling Malaysia. Sepanjang kerjayanya, beliau telah banyak mewakili negaranya dalam sukan boling dan juga pernah disenaraikan sebagai "Skuad Elit Kebangsaan 2012".[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Hospital Assunta, Petaling Jaya dan merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik, mempunyai dua kakak dan seorang adik lelaki iaitu Zaid Izlan yang merupakan "Skuad Pelapis Negara".[perlu rujukan] Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Convent Kajang dan seterusnya di Sekolah Menengah Convent Kajang. Beliau merupakan seorang graduan yang menerima ijazah U.K. dari Kolej Damansara Utama iaitu BA (hons) dalam bidang Pengurusan Perniagaan.[perlu rujukan]

Kerjaya sukan[sunting | sunting sumber]

Beliau mula bermain boling pada usia 11 tahun. Kejohanan pertama yang disertai beliau ialah Piala Peringatan Peter Yap bawah 14 tahun dan memenangi divisyen wanita.[perlu rujukan] Beliau juga pernah membuat kemunculan pertama dalam mewakili negerinya, Selangor pada Malaysian Schools Sport Council Championship untuk kategori perempuan bawah 15 tahun pada tahun 2000.[2] Beliau telah memenangi pingat gangsa dalam acara perseorangan. Seterusnya, pada tahun yang sama, beliau juga dipilih untuk mewakili Selangor untuk Interstate Championship dalam divisyen perempuan dan memenangi pingat gangsa dalam Doubles Event. Pada tahun 2002, beliau membuat kemunculan pertama mewakili Selangor dalam Sukan Malaysia yang diadakan di Sabah.[3] Beliau meraih pingat emas dalam acara trio dan acara berprestij seperti acara Masters.[4]

Beliau telah diserap ke Skuad Remaja Negara pada 2002 dan membuat kemunculan pertama dengan memakai baju Malaysia pada Kejohanan Sekolah Asia di Melbourne, Australia. Beliau memenangi pingat gangsa dalam acara berpasukan dan dua pingat perak dalam acara perseorangan dan All-Events. Beliau juga berjaya untuk bergerak ke Skuad Pelapis Negara setahun selepas beliau mendapat kedudukan enam teratas semasa pemilihan Skuad Pelapis Negara. Pada tahun 2004, beliau dipilih untuk mewakili Skuad Negara dan menjadi salah seorang pemain boling terhandal di Malaysia.[5] Beliau telah memenangi beberapa pingat dan gelaran, terutamanya semasa membantu Malaysia untuk memenangi acara berpasukan di Sukan Asia 2006. Selain itu, beliau juga pernah memenangi pingat emas dalam acara berpasukan pada Kejohanan Remaja Dunia Berlin di Jerman, pemenang gelaran Terbuka Malaysia, Terbuka Republik Czech pada 2007 dan pingat emas dalam acara berpasukan semasa Kejohanan Wanita Dunia 2007 di Monterrey, Mexico.[6]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Zandra berkahwin dengan pemain bola sepak, Mohd Safiq Rahim pada 2 Februari 2014.[7]

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

  • Johan Kejohanan Boling Terbuka Kuala Lumpur Antarabangsa 2011 [8]
  • Juara Kejohanan Boling Terbuka Malaysia Canon 2012 [9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]