Pergi ke kandungan

Zara Zya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zara Zya
زار زيا
Kelahiran
Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin

(1985-10-22) 22 Oktober 1985 (umur 40)
StatusBujang, single
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanPelakon, pengacara, model, penyanyi
Tahun aktif2002–2017
2018-kini
Karya
Filemografi

Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zara Zya (lahir 22 Oktober 1985) ialah seorang pelakon, pengacara dan penyanyi Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi drama Love You Mr. Arrogant yang digandingkan bersama Azlee Khairi yang turut melonjakkan namanya sebagai salah seorang pelakon wanita popular tanah air. Sejak itu, Beliau aktif membintangi pelbagai drama dan telefilem tempatan serta menerima beberapa pencalonan dan anugerah atas mutu lakonannya.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 22 Oktober 1985 sebagai Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin di Lenggong, Perak.[1] Beliau mendapat pendidikan dalam bidang Teater daripada Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA). Beliau merupakan anak bongsu daripada 4 beradik.

Beliau sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam bidang lakonan, namun begitu beliau tidak memegang watak utama yang menyerlah seperti pelakon-pelakon seangkatan dengannya. Sebelum itu, beliau pernah berlakon dalam Drama Versi VCD pada tahun 2002 yang bertajuk HISTERIA dengan memegang watak sebagai Aminah, Pelajar kelas Sains Kimia yang telah lama meninggal dunia akibat letupan di makmal sains, Rohnya bergentayangan. Kemudian Beliau berpeluang membawa watak utama dalam drama bersiri Love You Mr. Arrogant yang diadaptasi daripada novel judul sama hasil karya Aliesha Kirana. Drama ini disiarkan melalui Slot Akasia di TV3. Hasil drama arahan Eoon Shuhaini ini telah mencatatkan sekitar 4.6 juta penonton.[2]

Populariti beliau meningkat naik apabila beliau memenangi banyak anugerah melalui Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Drama Festival KL dan ABPBH 2012. Semenjak itu, ramai yang membuka mata terhadap kemampuannya dan membolehkan Zara mendapat pelbagai tawaran daripada pelbagai produksi drama dan filem. Selain aktif dalam bidang lakonan, Zara Zya juga aktif dalam menjalankan perniagaan tudung, biskut dan sambal yang boleh dibeli dalam talian melalui kaun instagramnya. Zara Zya juga mempunyai kelab peminat yang ditubuhkan oleh peminat-peminatnya iaitu Love Zara Zya FC.

Pada tahun 2017, Beliau muncul dalam drama berjudul Kerana Anisa yang disiarkan dalam Slot Samarinda di TV3. Beliau memegang watak utama, digandingkan dengan Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad dan Sura Sojangi serta artis terkenal yang lain. Pada 11 Mac 2017, Zara muncul dalam telefilem sempena Drama Festival Kuala Lumpur bertajuk Trauma; memegang watak sebagai Haneem. Telefilem ini juga dibintangi oleh Janna Nick, Saharul Ridzwan, Idris Khan dan Dayana Roza dan disiarkan di TV3.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Pada April 2018, Beliau menjalin hubungan dengan pelakon Hafreez Adam dan beliau tidak melihat jarak usia sebagai penghalang.[3] Pada 12 Oktober 2019, Zara dan Hafreez mengikat tali pertunangan dan merancang untuk bernikah pada 2020.[4] Namun apa kan daya, Zara dan Hafreez mengumumkan telah memutuskan pertunangan mereka selepas sebulan.[5]

Pada tahun 2020, beliau mula bertudung [6]. Di waktu lapang, Zara mempunyai hobi membela kucing.[7]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Videografi

[sunting | sunting sumber]
Muzik video
Tahun Lagu Artis Syarikat Rakaman Catatan
2013 "Tetap Menantimu" Nomad Indigital Music Sdn Bhd untuk OST drama Love You Mr. Arrogant
2020 "Seadanya Aku" Ippo Hafiz MVM Production untuk OST drama Seadanya Aku

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • Tiada Dendam (2018)[8]
  • Hentian Ini (2018)[9]
  • Hati Yang Rapuh (2018)[10]
  • Galau (2019)[11]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Anugerah Tahun Kategori Pencalonan Keputusan
Anugerah MeleTOP Era 2014 Artis Top Top MeleTOP Wanita Dirinya sendiri Menang
Artis Baru MeleTOP Menang
Bintang TV MeleTOP Love You Mr. Arrogant Tercalon
2016 Pelakon MeleTOP Tuan Anas Mikael Tercalon
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 Pelakon Drama Wanita Pilihan Love You Mr. Arrogant Tercalon
Pasangan Hero & Heroin Drama Pilihan Love You Mr. Arrogant (bersama Azlee Khairi) Menang
2016 Aktres Pilihan Hidayahmu Ramadan Tercalon
Pasangan Pilihan Hidayahmu Ramadan (bersama Aeril Zafrel) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Artis Baharu Wanita Popular Dirinya sendiri Menang
Gandingan Serasi di Layar Love You Mr. Arrogant (bersama Azlee Khairi) Menang
2015 Zahira (bersama Adi Putra) Tercalon
2020 Gandingan Serasi Drama Popular Pia (bersama Alif Satar) Tercalon
Anugerah Pilihan Online 2016 Aktres Terbaik Pilihan Online Dirinya sendiri Tercalon
Festival Filem Malaysia 2016 Pelakon Baharu Wanita Terbaik Rembat Tercalon
Anugerah Telenovela 2016 Pelakon Wanita Terbaik Tuan Anas Mikael Menang
Pelakon Wanita Popular Tercalon
Anugerah Skrin 2019 Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Pia Menang
  1. Ramlah Zainal (1 Disember 2023). "Idam watak adiwira - Zara Zya". Harian Metro. New Straits Times Press. Dicapai pada 16 Mac 2016.
  2. Perit kerana kurang popular Utusan Malaysia (2 April 2013). Dicapai pada 19 Jun 2013.
  3. Fatin Farhana Ariffin (1 April 2018). "Hafreez ikhlas cintai Zara Zya". Berita Harian. Dicapai pada 16 Mei 2018.
  4. Zara, Hafreez bertunang, rancang nikah Oktober tahun depan
  5. Zaidi Mohamad (15 Disember 2019). "Hafreez, Zara Zya putus tunang bulan lalu". Berita Harian. Dicapai pada 16 Disember 2019.
  6. "Pakai Tudung Bukan Sebab Nak Kahwin Zara Zya Rasa Lebih Dekat Dengan Allah Sebelum Ini Hati Tak Tenang Ada Saja Masalah". mstar. Dicapai pada 30 Oktober 2020.
  7. Jemang Rahman (16 Jun 2017). "30 ekor kucing dalam hidup Zara Zya". mStar Online. Dicapai pada 22 Mei 2018.
  8. Galau (Acoustic Version) - Single by Zara Zya
  9. Hentian Ini (Acoustic Version) - Single by Zara Zya
  10. Hati Yang Rapuh (Acoustic Version) - Single by Zara Zya
  11. Galau (Acoustic Version) - Single by Zara Zya

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]