Zawawi Othman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zawawi Othman

PMW (Wilayah Persekutuan)
Cikgu Awie semasa ceramah kepada pelajar tingkatan 6 di SMK Bukit Jawa
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Semerak
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului oleh Wan Hassan Wan Ibrahim
Digantikan oleh Wan Hassan Wan Ibrahim
Majoriti985 (PRU-13)
Ketua Penerangan UMNO Kelantan
Memegang jawatan
1 Mac 2018
Ketua UMNO cawangan Pasir Puteh, Kelantan
Memegang jawatan
1 januari 2019
Butiran peribadi
LahirSemerak, Pasir Puteh, Kelantan
Parti politik UMNO
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
PendidikanDiploma Pendidikan
Alma materInstitut Perguruan Tengku Ampuan Afzan (IPTAA)
PekerjaanAhli politik

Zawawi Othman merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Semerak selama sepenggal (2013-2018). Di peringkat parti, beliau ialah Ketua Penerangan UMNO Kelantan dan Ketua Bahagian Pasir Puteh.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Politik[sunting | sunting sumber]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Cikgu Awie mendapat kritikal apabila beliau pergi berkempen atau memberi ceramah kepada pelajar tingkatan 6 dimana akta pengundi sekarang diluluskan bagi yang berumur 18 tahun berhak mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa.[1] Dalam ceramah tersebut, beliau kerap menyebut hok tu (dia itu) merujuk kepada parti lawannya iaitu Nik Muhammad Zawawi Salleh dari PAS. Beliau juga menghantar text mesej dalam aplikasi WhatsApp kepada seluruh pelajar tingkatan 6 SMK Bukit Jawa supaya warga pelajar sekolah tersebut mengundi beliau dalam pilihan raya umum ke-15. Apabila Pusat PAS cawangan Pasir Puteh mengkritik Zawawi Othman, beliau pula mendakwa bahawa Zawawi Salleh juga memberi ceramah kepada pelajar tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut. PAS cawangan Pasir Puteh berkata Zawawi Salleh mendapat undangan merasmikan PiBG di sekolah tersebut dan ianya tiada kaitan dengan politik.

Beliau mendakwa Perikatan Nasional memberikan rasuah kepada rakyat negeri tersebut supaya mengundi PAS dengan dakwaan sebuah video tular di media sosial, dimana pengundi muda melafazkan "saya undi PAS" dan mendapat sejumlah wang sebanyak RM350[2]. Ketua PAS Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata:

"PAS tak pernah mengarahkan bersumpah atas nama Allah, PAS hanya membantu pengundi yang balik dari jauh bersusah-payah untuk menunaikan tanggungjawab mengundi.


"Kita (PAS) tidak pernah tanya pun undi parti apa, hanya kita tanya dari mana dia balik ke Kelantan"[3]

Hasil siasatan mendapati video tular tersebut adalah berasal dari Marang, Terengganu dan bukan berasal dari Pasir Puteh, Kelantan ataupun kawasan lain di negeri Kelantan. Perkara ini membuktikan bahawa PAS Kelantan tidak pernah merasuah untuk meraih undi.[4]

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]