Pergi ke kandungan

Zee Zainal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zee Zainal

Zee Zainal merupakan seorang pelakon, pelawak dan pengacara Malaysia yang lebih dikenali rapat melalui Karnival Hom Heboh anjuran Media Prima.

Zee Zainal
Kelahiran
Mohamad Zaharudin bin Zainal Abidin

(1991-08-01) 1 Ogos 1991 (umur 34)
WarganegaraMalaysia Malaysia
Pekerjaanpelakon, pelawak, pengacara
Tahun aktif2014 – kini
PasanganNoor
Anak-anak2

Kini, beliau bergiat aktif di belakang tabir sebagai seorang pengarah juga seorang lembaga pengarah syarikat produksi Film Cartel Empire Sdn. Bhd.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Zee Zainal anak kelahiran Temerloh, Pahang dilahirkan ada bulan Ogos 1991 dan menamatkan pelajarannya dalam bidang perfileman di UiTM Puncak Perdana pada tahun 2014.

Mula berkecimpung dalam bidang seni lakonan selepas tamatnya Bintang Mencari Bintang 2. Bakat Zee Zainal dicungkil sebagai pelawak melalui program realiti Bintang Mencari Bintang Musim Ke-2 di TV3 sebagai kumpulan Tokan pada tahun 2014.

Lakonan pertama Zee Zainal dapat dilihat dalam Inikah Cinta yang telah disiarkan di Slot Dahlia, TV3 pada 31 Januari 2016 bersama Niezam Zaidi, Farah Nabila & Aweera di bawah produksi Uniutama Management Holding. Seterusnya, Zee Zainal diberi kepercayaan melakonkan watak utama dalam Abang Sado Boleh Beres di slot Iris, TV3 di bawah produksi A.Aida Production bersama para pelakon seperti Julia Ziegler, Acap Jamaludin, Sabhi Saddi & Ezzaty Abdullah.

Menerusi bakat yang ada, Zee Zainal muncul lagi dalam sebuah drama bersiri seram komedi, Misteri Wan Peah bersama Acap Jamaludin, Faiz Tapaw, Arif Aziz & Sherry Al Hadad. Drama Misteri Wan Peah merupakan pembuka drama bagi slot terbaharu TV3 yang dipanggil slot Seramedi. Drama Seramedi ini berjumlah 20 episod ini mula ditayangkan pada 13 Februari 2017 berada di bawah produksi JS Pictures turut dibintangi Normah Damanhuri, Sweet Qismina, Usop Wilcha & Delimawati. Drama ini juga telah berjaya menambat hati penonton dengan meraih 10 juta tontonan.

Lakonan Zee Zainal dicungkil lagi menerusi beberapa lagi telemovie di bawah Media Prima seperti:

Stesen TV Tajuk Drama Senarai Pelakon Watak
TV3 Inikah Cinta Farah Nabilah, Niezam Zaidi, Aweera, Kazar Muzammil (Pembantu)
TV3 Abang Sado Boleh Beres Sabhi Saddi, Julia Ziegler, Ezzaty Abdullah Fariz (Utama)
TV3 Misteri Wan Peah Normah Damanhuri, Sweet Qismina, Usop Wilcha Lie Kelubi (Utama)
TV3 Wan Peah Balik Beraya Normah Damanhuri, Janna Nick, Bell Ngasri Lie Kelubi (Utama)
TV9 Telemovie Bini Muda Aishah Azman, Nina Iskandar Man Loya (Utama)
TV3 Cikgu Papa Kirim Salam Amar Asyraf, Liyana Jasmay Paan (Pembantu)
TV3 Penunggu Simpang Aiman Tino, Jaja Ilyes, Kazar Pekerja Kontrak 2 (Pembantu)
TV3 Kariah Cak Pong Razak Ahmad, Kazar Saisi, Shamsul Ghau Ghau Murad Mikael (Pembantu)
TV3 Telemovie Tragedi Balik Kampung Syazwan Zulkifly, Ku Hariz Pian (Utama)

Pengacaraan

[sunting | sunting sumber]

Selain bergiat aktif dalam bidang lakonan, Zee Zainal juga dikenali ramai sebagai pengacara atau emcee untuk Karnival Jom Heboh anjuran TV3 berturut-turut dari tahun 2015 hingga 2019. Zee dan pasangannya, Acap Jamaludin sering digandingkan untuk menghiburkan booth 'Cerekarama' di setiap lokasi Jom Heboh. Mereka juga pernah mengelolai Drama Sangat Bus Tour yang juga dianjurkan oleh TV3.

Zee Zainal dilihat turut menceburi bidang teater dimana beliau telah menyertai pertandingan Festival Teater Kuala Lumpur & Selangor. Melalui watak Pian dalam teater "Ter ...", pasukan teater BAKAT MY telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan tersebut yang telah diadakan di JKKN KL.

Anugerah Skrin 2017: Mencipta Fenomena

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Karya Tercalon Keputusan
2017 Anugerah Skrin 2017 Pelakon Komedi Terbaik Misteri Wan Peah Tercalon

Belakang Tabir/Produksi

[sunting | sunting sumber]

Mempunyai pengalaman selama lebih 10 tahun dalam industri belakang tabir, Zee Zainal kini sedang bergiat aktif sebagai seorang pengarah, director of photography juga penulis skrip di bawah syarikat produksi bernama Film Cartel Empire Sdn. Bhd.

Antara salah satu hasil kreatif Zee Zainal dapat dilihat dalam travelog Mosaics of Balkan di TV OKEY yang dihoskan oleh Anwaf Afiq. Selain itu, Film Cartel Empire juga bergiat aktif dalam menerbitkan pelbagai iklan tv, video muzik, program tv dan drama tv.

Tajuk Projek Jawatan Pautan
TV Okey - Mosaics of Balkan Pengarah Mosaics of Balkan TV Okey
MV Syurgaku - Balan Kash ft. Faizal Tahir MV Balan Kash ft, Faizal Tahir - Syurgaku
MV Cinta Kayangan - Razzuan Rosli MV Razzuan Rosli - Cinta Kayangan
Pusat Pungutan Zakat MAIWP- Iklan Raya Alisya Iklan Raya PPZ - Alisya
FINAS Malaysia - Iklan Pemerdagangan Kanak-Kanak Iklan Kempen Kesedaran Pemerdagagan Kanak-Kanak
Tourism Pahang - Iklan Raya Sebenar Iklan Tourism Pahang - Raya Sebenar
Petaling Jaya City Counsil (MBPJ) - Iklan Raya Untuk Mak FIlem Pendek Raya Untuk Mak
Pencalonan Pelakon Komedi Terbaik Anugerah Skrin 2017
Zee Zainal
Zee, Faizal Tahir dan Balan Kash di dalam video muzik Syurgaku


Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]
  1. Zee Zainal Instagram
  2. Zee Zainal IMdb