Pergi ke kandungan

Zeera Azizi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zeera Azizi
Kelahiran
Nurazeera binti Azizi

(1996-01-16) 16 Januari 1996 (umur 29)
Nama lainZeera Azizi
PekerjaanPelakon, model, penyanyi
Tahun aktif2012–kini
KeluargaNeera Azizi (adik)

Nurazeera Azizi (lahir 16 Januari 1996) ialah seorang pelakon, model dan penyanyi wanita Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai Pramugari Air Asia, dan salah seorang peserta Dewi Remaja 2018/2019. Beliau ialah kakak kepada pelakon Neera Azizi.[1]

Beliau pernah mewakili negeri Pahang di SUKMA dalam pemainan bowling dan mendapat pingat Gangsa untuk negeri Pahang pada SUKMA 2018.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Nurazeera binti Azizi dilahirkan pada 16 Januari 1996 di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Bandar Melaka, Melaka. Adiknya, Nurazneera "Neera" Azizi juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi.

Zeera memulakan kerjaya awal sebagai pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia. Beliau pernah bergelar atlet boling di mana beliau mewakili Pahang di Sukan Malaysia (SUKMA). Zeera dipilih menjadi salah seorang daripada 12 peserta Dewi Remaja 2018/19 yang turut disertai oleh Haneesya Hanee dan Anna Jobling.[2] Beliau ialah peserta pertama yang tersingkir dari pertandingan tersebut.[3]

Kerjaya lakonan beliau bermula apabila berlakon bersama Kamal Adli dan Uqasha Senrose dalam drama adaptasi novel karya Anna Milia, Setelah Terlafaznya Akad, di mana beliau memegang watak Hani. Beliau pernah merakamkan sebuah lagu berjudul "Kehilangan", namun kurang mendapat sambutan.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Setelah Terlafaznya Akad Hani Astro Ria Drama pertama
2021 Love Elsa Sofea
Malaysian Ghost Stories Mila Episod: "Jembalang Tanah"
2022 Jiwa Wanita Teha TV9
Atan & Atun Atun TV Okey
Setelah Terlafaznya Akad 2 Hani Astro Ria
2025 Dendam Seorang Madu Dr. Syaza Astro Prima
First Wives: Sisters Before Misters Izzaty Astro Citra

Drama web

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Aplikasi Catatan
2024 The Secret Nurul Viu Drama pertama

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Betul ke Bohong Sayang? (Musim 8) Kumpulan Pasangan Astro Warna Episod 2
2018–2019 Dewi Remaja 2018/19 Dirinya sendiri / Peserta Astro Ria

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
  • "Kehilangan" (2016)

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon
  1. ^ Ardini Sophia Sina (24 Mac 2018). Zeera kena pasal Neera Harian Metro. Dicapai pada 11 Julai 2018.
  2. ^ Kamaruddin Razal (1 November 2018). Haneesya Hanee, Zeera Azizi antara 20 finalis Dewi Remaja Astro Gempak. Dicapai pada 11 Julai 2019.
  3. ^ Pramugari, Zeera Aziz peserta pertama tinggalkan Dewi Remaja 2018/2019 Remaja (10 Disember 2018). Dicapai pada 11 Julai 2019.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]