Pergi ke kandungan

Zel Hadauan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zel Hadauan
Nama lahirMohd Firdhaus Hadauan
Juga dikenali sebagai
Zel Hadauan
Kelahiran (1984-01-13) 13 Januari 1984 (umur 40)
Kuala Lumpur, Malaysia Malaysia
PekerjaanPenulis Lirik, Pemuzik, Jurutera
Tahun aktif2008–sekarang

Mohd Firdhaus Hadauan (lahir pada 13 Januari 1984) ataupun lebih dikenali sebagai Zel Hadauan merupakan seorang penulis lirik dan pemuzik dari Malaysia. Beliau sering bergandingan dengan Omar K dalam membuat lagu baru. Selain menggunakan nama Zel Hadauan beliau juga sering menggunakan nama Zel Firdhaus dan Zel untuk lirik ciptaannya. Beliau juga merupakan seorang Jurutera dan Pereka Elektronik di sebuah syarikat antarabangsa yang terletak di Pulau Pinang. Beliau juga dikenali sebagai Greta Thunberg of Malaysia di atas kerja-kerja aktivis beliau dalam alam sekitar.

Kerjaya Seni[sunting | sunting sumber]

Zel Hadauan memulakan kerjaya sebagai seorang penulis lirik di dalam tahun 2008 selepas berkenalan dengan Omar K. Lirik pertama tulisan beliau adalah Permaisuriku (Jay Jay) dicipta oleh Omar K dan Azlan Abu Hassan. Lagu tersebut telah tercalon di dalam Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik 17.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tajuk Lagu Lirik Penyanyi Pencapaian
Permaisuriku Omar K & Azlan Abu Hassan Zel Jay Jay Calon Lagu Pop Terbaik AIM 17
Realiti Dewi Omar K Zel Firdhaus Alyah Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu ke-25
Nadiku Omar K Zel Hadauan Sabhi Saddi Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu ke-25 & OST Drama Tari Tirana
Pendeta Omar K Zel Hadauan Naizle OST Drama Tari Tirana
Ilusi Audi Mok Zel Adira Suhaimi Separuh Akhir Anugerah Juara Lagu ke-26 & OST Drama Awan Dania 3
Luar Biasa Audi Mok Zel Hadauan Shahir Separuh Anugerah Juara Lagu ke-26
Konta Analisa Audi Mok Zel Ir Riadzi Juara Carta Borneo ERA 2011
Simetri Audi Mok Zel Firdhaus Hadauan Hazama Azmi & Amy Search Finalis Anugerah Juara Lagu ke-27
Penglipur Lara Omar K & Mike Chan Zel Hadauan Hazama Azmi Finalis Anugerah Juara Lagu ke-28
Akhir Ceritera Omar K Zel Hadauan Hazama Azmi OST Telemovie Ady Valentino
Permata Zuriani Zel & Alyah Alyah & Ben Idola Kecil 5 Finalis Anugerah Juara Lagu ke-28

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • www.zelfirdhaus.blogspot.com