Pergi ke kandungan

Zentai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


sut zentai
Seorang wanita dalam zentai kelabu berkilat

Sut zentai (Jawi: زينتاي) (dari Jepun ゼンタイ zentai) ialah pakaian sama sendat yang menutupi seluruh badan.[1] Perkataan ini ialah gabungan perkataan zenshin taitsu (Jepun: 全身タイツ, lit. 'pakaian ketat seluruh badan').[2] Zentai biasanya diperbuat menggunakan campuran nilon/spandeks.[3]

Kostum ini kelihatan di acara-acara sukan utama di Amerika Utara dan United Kingdom. Kostum ini telah mewujudkan personaliti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, iaitu The Green Men, yang merupakan dua peminat pasukan NHL Vancouver Canucks.[4] Pelbagai jenis kumpulan tarian jalanan/tarian hip hop profesional memakai pakaian ini, seperti The Body Poets di Amerika Syarikat dan Remix Monkeys di United Kingdom.[5][6][7]

People wearing vibrant zentai suits with matching T-shirts and caps posing in a white room
Pasukan sorak berzentai biru

Sut seluruh badan digunakan untuk kesan khas video: warna uniknya membolehkan individu yang memakai pakaian kunci kroma dipadam secara digital daripada imej video.[8] Aplikasi lain termasuklah video muzik (lagu Black Eyed Peas "Boom Boom Pow", termasuk persembahan secara langsung di Super Bowl), kesedaran kanser payudara,[9][10] peragaan fesyen dalam satu episod America's Next Top Model, bengkel kebimbangan sosial, televisyen (Charlie Kelly sebagai Green Man),[11] seorang peserta dalam projek seni awam "One & Other",[12] dan eksperimen sosial.[13][14]

Batasan perundangan

[sunting | sunting sumber]

Oleh kerana zentai menutup wajah seseorang, denda sehingga €150 (RM690) boleh dikenakan kepada mereka yang memakainya di khalayak ramai di Perancis. Tambahan pula, beberapa liga sukan, seperti Liga Besbol Utama, melarang penggunaan hud kostum tersebut.[15]

red zentai wearing mannequins in a shop display
Zentai merah digunakan untuk mewarnakan semula boneka pakaian bagi menandakan jualan musim sejuk.

Syarikat-syarikat telah mewujudkan jenama-jenama sut termasuk RootSuit atau Superfan Suit di Amerika Syarikat, Bodysocks[16] atau Second Skins oleh Smiffys[17] dan Morphsuits di United Kingdom, dan Jyhmiskin di Finland. Morphsuits telah mencapai kejayaan komersial yang agak besar di peringkat antarabangsa. Antara Januari dan lewat Oktober 2010, syarikat tersebut telah menghantar 10,000 unit ke Kanada sahaja.[18] Jenama Morphsuits secara aktif telah cuba memisahkan diri mereka daripada komuniti zentai yang sedia ada.[19] Superfan Suits mengakui dalam temu bual bahawa pakaian tersebut pernah wujud sebelum ini.[5] Istilah "morphsuit" telah menjadi istilah generik dalam proses ini; sebuah akhbar yang berpangkalan di New Zealand merujuk kepada jenama pesaing Jaskins sebagai "salah satu jenama morphsuit dalam talian utama." Pengasas syarikat Jaskins, Josh Gaskin, berkata asal usul mereka tidak jelas, mengaitkan penggunaan pertama dengan It's Always Sunny in Philadelphia.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pengguna terkenal zentai

  1. ^ Crawford, Ashley (2 Ogos 2008). "Private worlds". The Australian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2011.
  2. ^ "全身タイツ definition" (dalam bahasa Jepun). Weblio. Dicapai pada 17 Disember 2012.
  3. ^ "Full-body suits give identity, freedom to Japan's 'zentai' festish fans". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 17 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2016. Dicapai pada 17 April 2014.
  4. ^ Jory, Derek (11 Januari 2010). "Force & Sully" (dalam bahasa Inggeris). Vancouver Canucks and the National Hockey League. Dicapai pada 25 Mei 2010.
  5. ^ a b Dluzen, Robin (25 Julai 2011). "SuperFanSuits.com: The Lucrative Business of Full Body Spandex". TINC Magazine (dalam bahasa Inggeris). Chicago IL. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Ogos 2018. Dicapai pada 7 Julai 2012.
  6. ^ Kristen Perez, editor (10 Oktober 2010). The Body Poets- Demo Reel 2010 (streaming video) (dalam bahasa Inggeris). Peritiwa berlaku pada 2:15. Dicapai pada 15 Julai 2011.
  7. ^ "Remix Monkeys" (dalam bahasa Inggeris). United Kingdom: Facebook. 2011. Dicapai pada 15 Julai 2011.
  8. ^ "Second skin, secret life". Taranaki Daily News (dalam bahasa Inggeris). New Plymouth NZ. 21 September 2010. Dicapai pada 15 Julai 2011.
  9. ^ "1 in 8 Pink Ladies on WCNC" (dalam bahasa Inggeris). YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-21. Dicapai pada 25 Julai 2011.
  10. ^ "Pink Ladies Take to Charlotte Streets with Breast Cancer Detection Message" (dalam bahasa Inggeris). Prweb.com. 7 October 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2012. Dicapai pada 25 July 2011.
  11. ^ "Green people" (dalam bahasa Inggeris). The Fun Revolution. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2012. Dicapai pada 25 July 2011.
  12. ^ Rawlinson, Kevin (14 October 2009). "The good, the bad and the naked of London's Plinth". The Independent (dalam bahasa Inggeris). London UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 May 2022. Dicapai pada 28 September 2011. From the man in the skin-tight yellow Morph suit to the existential humanitarian who did absolutely nothing, 2,400 people have now climbed the fourth plinth in Trafalgar Square to take part in Antony Gormley's artwork.
  13. ^ "Ani's Adventures" (dalam bahasa Inggeris). Aniadventure.livejournal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2012. Dicapai pada 2012-11-26.
  14. ^ "NGM Blog Central - A Halloween Zebra Migrates to Washington, D.C. - National Geographic Magazine - NGM.com" (dalam bahasa Inggeris). Blogs.ngm.com. 2010-10-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 December 2012. Dicapai pada 2012-11-26.
  15. ^ Rayner, Ben (20 May 2011). "Blue Jays see red over green men". The Toronto Star (dalam bahasa Inggeris). Toronto ON. Dicapai pada 19 July 2011.
  16. ^ Misstear, Rachael (2012-04-20). "Teenager's colourful bodysock business booms just one year after he left school - Wales News - News" (dalam bahasa Inggeris). WalesOnline. Dicapai pada 2012-08-15.
  17. ^ "GB Olympic Rowing Team Get a Morale Boost from Smiffy's Fancy Dress Company Second Skin Union Jack Costumes". PRWEB UK (dalam bahasa Inggeris). 16 July 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2012. Dicapai pada 13 March 2013.
  18. ^ Bascaramurty, Dakshana (28 October 2010). "Zentai suits – not just fetish wear any more". The Globe and Mail (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2011. Dicapai pada 23 April 2011.
  19. ^ D'Alfonso, Daniel (23 January 2011). "Flagging some patriotic fashion". Herald Sun (dalam bahasa Inggeris). Melbourne City MC AU. Dicapai pada 15 July 2011.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]