Zeti Akhtar Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
YM Tan Sri Dato' Seri Utama Prof. Dr.
Zeti Akhtar Aziz
D.K. (Johor), P.S.M., S.S.A.P., S.U.M.W., D.P.M.J.
01 drzeti.jpg
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad ke-4
Memegang jawatan
2 Julai 2018
Didahului olehAbdul Wahid Omar
Ahli Majlis Penasihat Kerajaan
Memegang jawatan
12 Mei 2018
Gabenor Bank Negara Malaysia
Dalam jawatan
1 Mei 2000 – 28 April 2016
Didahului olehAli Abul Hassan Sulaiman
Digantikan olehMuhammad Ibrahim
Butiran peribadi
LahirUngku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz
(1947-08-27) 27 Ogos 1947 (umur 72)
Johor Bahru, Johor, British Malaya (kini Malaysia)
KerakyatanMalaysia
PasanganDato' Paduka Dr Tawfiq Ayman
Anak-anakAlif Ayman
Aziz Ayman
IbuSharifah Azah Mohammad Alsagoff
BapaUngku Aziz
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Pennsylvania
Laman sesawangBank Negara Malaysia

Y.M. Tan Sri Dato' Seri Utama Prof. Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz (lahir 27 Ogos 1947) merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.

Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor[1][2] dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.[3][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.

Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Berhad dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004.

Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011.[5]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang cahaya mata, iaitu Alif dan Aziz Ayman. Bapa beliau ialah Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid manakala ibu beliau ialah Sharifah Azah Mohamed Alsagoff.

Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Turut menerima anugerah ialah Ketua Bank Pusat Australia Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah). [6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]