Zhang Shuhong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zhang Shuhong, pemilik kilang barang mainan kanak-kanak Lee Der Industrial Co. Ltd. di Beijing, China telah membunuh diri pada hari Isnin, 13 Ogos 2007. Semua kerana tindakan kerajaan China menghalang eksport barangan mainan kilang itu setelah disyaki menggunakan cat yang mempunyai plumbum, toksid yang merbahaya.

kilang Lee Der mengeluarkan 967,000 mainan atas permintaan Mattel Inc. Selain itu kilang ini memenuhi permintaan atas jenama Fisher-Price dari Amerika Syarikat dengan watak-watak seperti Elmo, Dora , Diego dan lain-lain.

Rakan niaga Zhang Shuhong telah membekalkan cat palsu yang mengandungi asid dan toksid yang berbahaya kepada kanak-kanak.

Lantaran sangat kecewa, beliau telah menggantung dirinya di dalam gudang mainan di mana ribuan mainan tak dapat dieksport.

Kilang Lee Der dimiliki bersama dengan Chiu Kwei-tsun.Pejabat utama terletak di Hong Kong,

Pada Jun 2007, Mattel dan RC2 Corp telah menarik balik dari pasaran 1.5 juta mainan yang dikilang di China kerana menggunakan cat yang bahaya. Alat mainan kereta api dan landasan kayu yang menggunakan jenama Thomas % Friends Wooden Railway telah didapati cat yang digunakan bahaya kepada kanak-kanak .

Cat dan bahan kimia iktu boleh menyebabkan muntah, anemia dan kesukaran pembelajaran. Dalam kes yang teruk, boleh menyebabkan kerosakan neurologi dan kematian. Ada unsur pigmen plastik palsu di dalamnya.

Cat-cat itu dibekalkan oleh Dongxing Energy Company yang terletak di Foshan. Syarikat-syarikat di China mempunyai sub-pembekal yang panjang sehingga sukar untuk mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab , asal produk , asal komponen, bahan kimia dan bahan makanan tambahan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Associated Press