Ziema Din
Ziema Din | |
---|---|
Kelahiran | Rozima binti Bidin 9 Mei 1983 |
Pekerjaan | Pelakon |
Rozima binti Bidin (lahir 9 Mei 1983) atau lebih dikenali sebagai Ziema Din ialah seorang pelakon wanita Malaysiaberasal dari Kuala Kangsar, Perak. Beliau terkenal menerusi filem Kerja Kahwin, Hantu Kak Limah dan telefilem 16 Puasa.
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Pelakon kelahiran Kuala Kangsar ini memulakan kerjayanya apabila beliau melakoni watak pembantu dalam siri drama Cinta Ibadah arahan Ayie Mustaffa. Drama yang ditayangkan pada 8 September 2014 ini turut dibintangi oleh Fattah Amin, Aishah Ilias, Raja Ilya, Hisyam Hamid dan Sherry Ibrahim. Pada tahun yang sama pula, Ziema Din berkesempatan berlakon dalam sebuah telefilem berjudul Maharani. Pada 2017, Ziema turut menjayakan sebuah filem komedi romantik, Kerja Kahwin arahan wardi Jamil. Seterusnya, beliau melakoni watak pembantu dalam filem Hantu Kak Limah sebuah filem komedi seram Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Mamat Khalid. Ia merupakan kesinambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) serta yang ketiga dalam trilogi Hantu Kak Limah. Dalam filem Manap Karaoke arahan Mamat Khalid, Ziema melakoni watak sebagai Kak B Vavavoom. Filem ini dibintangi oleh Joey Daud, Pekin Ibrahim, Mona Allen dan Imuda dan ditayangkan pada 7 Mei 2020. Ia menjadi filem Malaysia pertama yang ditayangkan di televisyen tanpa ditayangkan di pawagam. Pada 2021, Ziema juga turut berlakon dalam sebuah filem arahan Azizi "Chunk" Adnan yang berjudul 10 Tips Tipu Bini.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
- Kerja Kahwin (2017)
- Hantu Kak Limah (2018)
- Manap Karaoke (2020)
- 10 Tips Tipu Bini (2021)
Telefilem[sunting | sunting sumber]
- Maharani (2014)
- Aku Pilih Endingnya (2016)
- Berhantunya Raya (2016)
- 16 Puasa (2017)[1]
- The Hantus (2018)
- 17 Puasa (2019)
Drama[sunting | sunting sumber]
- Mertua vs Menantu (2008-2009)
- Cinta Ibadah (2014)
- Marhaban Kome Oi (2016)
- Imam Muda Dari Cairo (2017)
- Gerak Khas (musim 17; 2017) episod: "Desperado"
- Misi Dania Cun (2019)
- Gerak Khas (musim 19; 2019) episod: "Curang"
- Bougainvillea (2020)
- Hatimu Sedingin Salju (2021)
- Dia Isteriku (2021)
- Cheritera (2021)
- Dendam Seorang Isteri (2022)
- Scammer 2 (2022)