Zila Seeron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Zila
Nama asalZila
Nama lahirNur Azilah binti Seeron
Kelahiran (1988-11-17) 17 November 1988 (umur 33)
Jempol, Negeri Sembilan
Berasal dariMalaysia
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVocal

Nur Azilah binti Seeron (lahir 17 November 1988) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Jempol, Negeri Sembilan.

Penyanyi kegemarannya ialah Siti Nurhaliza, Mawi, dan Kris Dayanti. Pelakon kegemarannya pula ialah Zed Zaidi, Rosyam Nor, Jehan Miskin, Ezany Nizariff, Rita Rudaini, Fasha Sandha, Eja, dan Ngasreen Ngasri(Darling). Anak penoreh getah dari Jempol, Negeri Sembilan ini menggemari muzik dangdut dan terpengaruh dengan keseksian Inul!

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

  • Realiti (2007)

Akademi Fantasia 4[sunting | sunting sumber]

Zila diterima masuk dalam Akademi Fantasia Musim 4 dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.

Zila telah tersingkir pada Konsert ke-4. Seterusnya, Zila dibawa masuk bersama tujuh peserta yang lain ke konsert AFMASUK bagi merebut peluang terakhir untuk melangkah ke peringkat akhir bersama empat finalis yang sedia ada tetapi tidak berjaya.

Lagu-lagu yang didendangkan di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya:

Konsert Lagu Rank
Minggu Prelude "Rindu" nyanyian asal Rhoma Irama Top 12
Minggu 1 "Jangan Tinggal Daku" nyanyian asal Tan Sri P. Ramlee 10th
Minggu 2 "Jika Kau Kekasih" nyanyian asal Linda Nanuwil 8th
Minggu 3 "Tak Tercapai Akalmu" nyanyian asal Elyana 7th
Minggu 4 "These Boots Are Made For Walking" nyanyian asal Nancy Sinatra Tersingkir
Minggu 9 "Bisikan Hati" nyanyian asal Toh Puan Setia Datuk Rafeah Buang -

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]