Pergi ke kandungan

Zizi Kirana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zizi Kirana
Zizi pada 2024.
Kelahiran
Nur Fazelah binti Mad Tahil

(1985-01-23) 23 Januari 1985 (umur 40)
Nama lain
  • Zizi AF7
  • Zizi The Fabulous Cats
  • Kirana
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • rapper
  • penulis lagu
  • pelakon
  • pengacara
  • aktivis
Tahun aktif2009–kini
PasanganYusuf Bahrin (k. 2021)
Ibu bapa
  • Mad Tahil (bapa)
  • Fatimah Kassim (ibu)
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikSuara Sunting nilai ini di Wikidata
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan

Nur Fazelah Mad Tahil (dilahirkan pada 23 Januari 1985) atau lebih dikenali sebagai Zizi Kirana ialah seorang penyanyi, rapper, penulis lagu, pelakon, pengacara dan aktivis wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Akademi Fantasia dari musim ke-7 pada 2009 dan bekas anggota kumpulan hip hop, The Fabulous Cats dan Nukilan. Selain itu, beliau juga menyertai rancangan televisyen realiti Indonesia, D'Academy Asia musim kedua di mana beliau mewakili Malaysia.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Zizi dilahirkan pada 23 Januari 1985 di Semporna, Sabah. Beliau berpindah ke Sipitang ketika berusia empat tahun dan membesar di sana serta pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Weston di Beaufort. Beliau merupakan berketurunan Bajau melalui ibunya, manakala Kedayan melalui bapanya.

Kerjaya muzik

[sunting | sunting sumber]

2009-2015: Awal kerjaya, Akademi Fantasia musim 7 dan The Fabulous Cats

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya nyanyian Zizi bermula setelah beliau menyertai Akademi Fantasia musim ketujuh pada 2009. Zizi berjaya terpilih sebagai salah seorang daripada 14 pelajar yang diterima masuk ke dalam program realiti tersebut.[1] Namun perjalanan beliau terhenti di konsert minggu keempat berikutan undian SMS yang tidak menyebelahinya. Ketika itu bersama seorang lagi pelajar yang berasal dari negeri yang sama dengannya, iaitu Rubisa.[2]

Berikut adalah persembahan beliau di dalam Akademi Fantasia musim 7:

Konsert Lagu & Penyanyi asal #
Minggu 1 "Molek" nyanyian Elyana Ke-5
Minggu 2 "Sembilu" nyanyian Ella /
"Wonder Women" nyanyian Mulan Jameela
Ke-6
Minggu 3 "Ini Rindu" nyanyian Farid Harja Ke-7
Minggu 4 "Aku Dah Bosan" nyanyian Amy Search Tersingkir

Selepas tersingkir daripada AF7, Zizi telah dilamar oleh Cat Farish dan Adeep Nahar untuk menyertai kumpulan The Fabulous Cats bersama Wangi Julianda bagi menggantikan Farhana. Bersama kumpulan itu, beliau merakamkan beberapa single termasuk "Cinta Kosmik" dan "Pergilah Ayu" serta album Fabulousity. Namun, jodoh beliau dengan The Fabulous Cats tidak berkekalan apabila kumpulan itu dibubarkan pada awal 2015. Sebelum dibubarkan, kumpulan itu sempat mengeluarkan single terakhir yang berjudul "Sebulatnya" pada 2013 bersama dua anggota baru, Afif Tirmizie (Afif AF9) dan Hairool Anwar.

2015: Nukilan dan sebagai Kirana

[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2015, setelah meninggalkan The Fabulous Cats, Zizi kemudian menyertai kumpulan Nukilan dengan menggunakan nama Kirana. Kumpulan itu merupakan sebuah projek istimewa yang ditubuhkan oleh Malique di bawah labelnya, Qarma Musiq.[3] Nukilan dibarisi oleh tiga ahli selain Zizi, iaitu Kelana (Afif Tirmizie) dan Agenda (Kmy Kmo). Semasa bersama kumpulan itu, beliau mula mempelajari bagaimana untuk menyanyi rap dan mengganggap genre tersebut sesuai dengan jiwanya setelah mencuba pelbagai genre muzik. Dengan kebolehannya itu, beliau mengalunkan rap dengan cekap, terutamanya di dalam lagu single sulung mereka "Rindu" duet bersama Shae.

"Sejujurnya, saya selesa dan berasakan muzik ini secocok dengan jiwa saya. Kebolehan rap dicungkil oleh Malique ketika menganggotai kumpulan Nukilan. Dia beritahu, saya sesuai jadi rapper. Selepas bergerak solo, saya diberi peluang untuk merakamkan lagu dan rap sendiri."

— Ulas Zizi Kirana ketika ditemuramah oleh Harian Metro.[4]

2016: Dangdut Star & D'Academy Asia 2

[sunting | sunting sumber]

Zizi kemudian menyertai pertandingan realiti TV, Dangdut Star yang disiarkan di Astro Prima dan Astro Maya HD.[5] Namun, beliau tersingkir pada minggu keempat dan berada di kedudukan ketujuh.

Seterusnya, beliau menyertai sebuah pertandingan TV realiti Indonesia, D'Academy Asia musim kedua, yang disiarkan di saluran TV Indosiar pada 23 Oktober hingga 29 Disember 2016. Bermula dari rancangan inilah beliau dikenali peminat sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.

Berikut adalah persembahan beliau di dalam D'Academy Asia musim kedua:

Konsert Lagu Penyanyi asal Keputusan
Top 36 "Hujan" Erie Suzan Selamat
"Bumi Semakin Panas" Cucu Cahyati
Top 24 "Wassini" Waheeda Selamat
"Akhir Sebuah Cerita" Evie Tamala
Top 18 "Maling" Nita Thalia Tersingkir
"Kun Anta" Humood Alkhuder

Anugerah Juara Lagu

[sunting | sunting sumber]

Pada penghujung tahun 2020, lagu "Eh" nyanyian beliau akhirnya berjaya melayakkan diri ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35, walaupun pada awalnya ramai pihak yang mempertikaikan kelayakan lagu "Eh" ke pentas anugerah berprestij tersebut. [6] Ini adalah merupakan kemunculan pertama beliau di pentas AJL setelah hampir 11 tahun menjadi anak seni.[7]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Perkahwinan

[sunting | sunting sumber]

Zizi telah menamatkan zaman gadisnya dengan pelakon popular Yusuf Bahrin pada 19 September 2021. [8]

Aktivisme

[sunting | sunting sumber]

Menyertai Flotila Sumud Dunia

[sunting | sunting sumber]

Pada September 2025, Zizi menyertai Flotila Sumud Dunia bersama-sama rakyat Malaysia dari kumpulan Sumud Nusantara.[9]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Isu langgar kontrak

[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2021, nama Zizi Kirana hangat diperkatakan apabila pengarah dan penerbit drama Jamu Nesan iaitu Dato' Rafiena Ezanee Ramli mendakwa bahawa Zizi telah melanggar kontrak dengan mengenakan hijab sebelum selesai proses penggambaran drama tersebut. Tindakan drastik yang dibuat oleh Zizi Kirana membuatkan Dato' Rafiena mendakwa telah menanggung kerugian dan beliau terpaksa mengugurkan nama Zizi sebagai pelakon utama drama tersebut dan menggantikannya dengan Didi Astillah. Bagaimanapun Zizi kemudian tampil menjelaskan bahawa beliau ada meminta pandangan dan pendapat mufti berkenaan hukum memakai rambut palsu bagi menjayakan watak tersebut dan mufti tersebut telah menjelaskan bahawa ianya adalah haram meskipun dilakukan atas dasar kerja. Ini disebabkan sebelum ini Dato' Rafiena ada mencadangkan agar Zizi memakai rambut palsu bagi menjayakan watak sebagai ketua mafia dan sekaligus ingin menyiapkan proses penggambaran drama tersebut. [10]

Namun sekali lagi Dato' Rafiena tampil menjelaskan bahawa beliau bakal menyaman pihak Zizi Kirana disebabkan kelewatan Zizi memberi respon terhadap beliau sebelum ini sama ada ingin meneruskan penggambaran atau tidak. Bagaimanapun Zizi Kirana ada membuat rayuan agar Dato' Rafiena tidak menyaman beliau dan memahami keadaannya yang kini sudah berhijab. [11]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album bersama The Fabulous Cats

  • Fabulousity (2013)

Single bersama The Fabulous Cats

Tahun Lagu Album
2010 "Cinta Kosmik" Fabulousity
"Pergilah Ayu"
2011 "Bila Kita Lupa Sujud"
"Muncul Kamu"
2012 "Suka Suka"
2013 "Terbaik Untukmu"
"Sebulatnya" Single tanpa album dan terakhir

Single solo

Tahun Lagu Album
2017 "Rahsia Hati" Single
2018 "Siapa Yang Bap Bap"
"NakKeTakNak"
"Boleh Jalan"
"Biar"
2019 "Gasoline"
"Eh"
2021 "Tentu"
2022 "Pijak"

Single kolaborasi

Tahun Lagu Kolaborasi bersama Single
2016 "Levitasi" Fynn Jamal & Kaka Azraff Single
2018 "Terkemuka" Benzooloo & Sandra Dianne
2019 "Yang Legit, Yang Legend" Hael Husaini Lagu Tema MeleTOP 2019
"Starlela" Ifa Raziah & Bella Astillah Single
"Mintak Lagi" AVDR
"Khatulistiwa" Haqiem Rusli Lagu Tema iklan RTM

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan
2010 Cuti-Cuti Cinta Faustina
2011 Hantu Bonceng Mimi
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2021 Jamu Nesan Madam Zoora Unifi TV Drama pertama

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 Pian Kenan Balik Raya Lydia Astro Warna Telefilem pertama
2020 Bujang Raya Bersama Tunang Eddy TV1, TV2, TV Okey

Televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Akademi Fantasia (musim 7) Peserta Astro Ria Tersingkir Konsert Minggu 4
2015 Betul ke Bohong? (Musim 7) Artis Jemputan Astro Warna Episod 7
2016 D'Academy Asia (musim 2) Peserta mewakili Malaysia Indosiar Tersingkir di konsert Top 18
2016 Dangdut Star Peserta Astro Prima & Maya HD Tersingkir Di Minggu Ke●4
2020 Shuk Nak Tanya Artis jemputan Awesome TV Tetamu jemputan episod 9
2021 Tok Kata Artis Jemputan
2022 The Last Trio Standing Pengacara Astro Ria Bersama Awal Ashaari
2023 The Masked Singer Malaysia (musim 3) Peserta Astro Warna Sebagai Bertih Jagung
2024 The Hardest Singing Show Astro Ria
2025 Salam Baitullah Pengacara TV1 Bersama Fakhrul Radhi & Ustaz Jalal Zaiki

Videografi

[sunting | sunting sumber]

Muzik video

[sunting | sunting sumber]
Tahun Lagu Catatan
2017 "Rahsia Hati"
2018 "Siapa Yang Bap Bap"
"NakKeTakNak"
"Boleh Jalan"
2019 "Yang Legit, Yang Legend"
"Starlela"
"Eh"
2021 "Tentu"
2022 "Pijak"

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Karya yang dicalonkan Keputusan
2020 Anugerah Juara Lagu ke-35 Persembahan Terbaik "Eh" Menang
  1. ^ Senarai Nama Pelajar Akademi Fantasia 7. Budiey. Dicapai 8 Mac 2009.
  2. ^ Rubisa Dan Zizi Tersingkir Dari Akademi Fantasia 7. Budiey. Dicapai pada 5 April 2009.
  3. ^ Nukilan masih wujud, tunggu lagu Malique. mStar. 8 September 2025.
  4. ^ Sebaris Dengan Rapper Lain. Harian Metro. 8 September 2025.
  5. ^ Zizi AF7 Tidak Malu Sertai Dangdut Star. Gempak. 10 September 2025.
  6. ^ Mustazah GP [1] Iluminasi (Dicapai 16 Disember 2020)
  7. ^ Badra [2] Harian Post (Dicapai 15 Mac 2021)
  8. ^ Qarami Hashim "Zizi Kirana sah milik Yusuf Bahrin, rancang majlis resepsi Disember" [3] mstar. Dicapai pada 19 September 2021.
  9. ^ HUSIN, MUKHRIZ MAT (2025-10-02). "Global Sumud Flotilla: 12 rakyat Malaysia ditahan, lima terputus hubungan". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-10-02.
  10. ^ Nur Asyikin Mayudin "Zizi Kirana jawab dakwaan langgar kontrak, tanya pendapat ahli agama hukum pakai rambut palsu, mufti kata haram walaupun atas urusan kerja."[4] mstar. (Dicapai 28 Oktober 2021)
  11. ^ "Dia jangan buat-buat lupa" - Rafiena [5] harianmetro. (Dicapai pada 30 Oktober 2021)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]