Pergi ke kandungan

Zohran Mamdani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zohran Mamdani
Mamdani pada tahun 2025
Datuk Bandar New York
Menyandang jawatan
1 Januari 2026
TimbalanDean Fuleihan
Didahului olehEric Adams
Ahli Dewan Perhimpunan Negeri New York
dari daerah ke-36
Dalam jawatan
1 Januari 2021  31 Disember 2025
Didahului olehAravella Simotas
Digantikan olehDiana Moreno
Maklumat peribadi
Lahir
Zohran Kwame Mamdani

(1991-10-18) 18 Oktober 1991 (umur 34)
Kampala, Uganda
KerakyatanUganda
Amerika Syarikat (sejak 2018)[1]
Parti politikDemokrat
Gabungan politik
lain
Keluarga Bekerja
Sosialis Demokrat Amerika
PasanganRama Duwaji (k. 2025)
PendidikanKolej Bowdoin (BA)
TandatanganTandatangan
Laman webLaman web rasmi

Zohran Kwame Mamdani (lahir 18 Oktober 1991) ialah seorang ahli politik Amerika yang kini berkhidmat sebagai Datuk Bandar New York sejak tahun 2026. Sebagai ahli parti Demokrat dan Sosialis Demokrat Amerika, beliau juga pernah berkhidmat sebagai anggota Dewan Perhimpunan Negeri New York dari dari daerah ke-36 yang berpusat di Queens, dari tahun 2021 hingga 2025.

Mamdani menewaskan Andrew Cuomo dan sembilan calon lain untuk menjadi calon Parti Demokrat bagi datuk bandar New York, beliau kemudiannya memenangi pilihan raya datuk bandar pada tahun 2025 dan mula menjawat sejurus mengangkat sumpah awal pagi Tahun Baru pada 1 Januari 2026.[2]

Zohran pernah bekerja sebagai jururunding perumahan dan menceburi muzik hip-hop semasa masih bermastautin di Uganda. Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai pengurus kempen bagi Khader El-Yateem dan Ross Barkan. Zohran pertama kali dipilih ke dalam Dewan Negeri New York pada 2020, menewaskan penyandang empat penggal Aravella Simotas dalam kepimpinan Demokrat. Beliau dipilih semula tanpa bertanding pada 2022 dan 2024.

Pada Oktober 2024, Zohran mengumumkan pencalonannya bagi datuk bandar New York bagi pilihan raya datuk bandar 2025. Platform kempen beliau termasuklah menyokong bas bandar tambang percuma, penjagaan kanak-kanak awam, kedai runcit milik negeri, pembekuan sewa pada unit stabil sewa, unit perumahan mampu milik tambahan, pembaharuan keselamatan awam menyeluruh dan [gaji minimum $30 menjelang 2030. Beliau juga menyokong peningkatan cukai kepada perbadanan dan mana-mana yang memperoleh melebihi $1 juta setahun. Beliau secara keras mengkritik layanan Israel terhadap orang Palestin, berikrar untuk mematuhi waran tangkap Mahkamah Jenayah Antarabangsa bagi pemimpin Israel dengan menahan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu jika beliau melawat Bandar New York.

Awal hidup dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Zohran lahir pada 18 Oktober 1991 di Kampala, Uganda. Beliau anak tunggal kepada Mira Nair, seorang pengarah filem, dan Mahmood Mamdani, cendekiawan dalam bidang pascakolonialisme; kededua ibu bapanya berketurunan India; ibunya beragama Hindu, manakala bapanya seorang Muslim Gujerat. Zohran diberi nama tengah "Kwame" oleh bapanya memperingati Kwame Nkrumah, presiden pertama Ghana.

Zohran tinggal di Kampala sehingga dia berumur lima tahun, apabila keluarganya berpindah ke Cape Town, provinsi Cape Barat di Afrika Selatan.[3] Beliau bersekolah di Sekolah Rendah St. George di Mowbray manakala bapanya mengajar pengajian Afrika di Universiti Cape Town.[4] Keluarga mereka berpindah ke Bandar New York ketika Zohran berumur tujuh tahun, dan dia dibesarkan di Morningside Heights. Dia telah menyifatkan didikannya sebagai "keistimewaan", dengan menyatakan, "Saya tidak pernah memerlukan sesuatu, namun saya tahu itu bukanlah realiti bagi kebanyakan warga New York."

Zohran menghadiri Sekolah Kanak-kanak Bank Street, di mana dia berjaya bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya sekolah menengah, menggunakan slogan "hak sama rata, anti-perang yang mencadangkan perbelanjaan wang untuk pendidikan dan bukannya ketenteraan," di mana di sekolahnya sendiri dia tidak berjaya bertanding sebagai presiden badan pelajar. Zohran kemudiannya menghadiri Kolej Bowdoin di Brunswick, Maine, di mana beliau mengasaskan bersama cawangan sekolah untuk Pelajar untuk Keadilan di Palestin. Beliau menamatkan pendidikan pada 2014 dengan ijazah sarjana muda dalam kajian sosio-politik Afrika.

Pandangan politik

[sunting | sunting sumber]

Zohran menegaskan pada banyak kesempatan bahawa dirinya adalah seorang muslim yang taat. Hal ini adalah yang paling penting baginya dan dia ingin memudahkan kepentingan muslim dalam pentadbirannya. Untuk keazaman ekonomi, Zohran mengambil jalan sosialis demokrat.[5] Dia merupakan anggota Sosialis Demokrat Amerika[6] dan Partai Keluarga Pekerja. Kerana kapitalisme adalah hal yang lazim di AS, dia sering disyaki sebagai seorang komunis oleh banyak tokoh terkenal Amerika seperti penyanyi rap, 50 Cent.[7] Zohran sendiri mengatakan bahawa dia tidak suka pada pemikiran gila Karl Marx.

Pengaruh politik

[sunting | sunting sumber]

Mamdani menekankan pentingnya berbakti kepada orang tua, sebagaimana yang telah diajarkan dalam Islam. Beliau berterima kasih kepada orang tuanya yang telah menumbuhkan minatnya pada politik dan urusan dunia, serta mengasaskan pandangannya, Ia mencatat bahwa semasa kecil, keluarganya sering membahas hal ihwal ini.[8] Dia juga menyatakan bahwa Bernie Sanders memperkenalkannya sosialis demokrat. Menurut Sanders, hal itu ialah pilihan alternatif bagi dominasi kapitalis di Amerika yang sudah terlalu selesa dan korup. Harga tanah dan sewa yang terlampau tinggi di New York adalah penyebab utama rendahnya angka kelahiran.[9] Zohran juga mengambil inspirasi dari Datuk Bandar Milwaukee Daniel Hoan, Ahli Kongres Victor L. Berger dan Datuk Bandar New York City yang sentris Fiorello La Guardia.[10]

Dalam kempen pilihan raya, Zohran menyatakan bahwa ia mungkin akan meniru keazaman Boston oleh Michelle Wu dan Baltimore oleh Brandon Scott.

Pandangan sosial

[sunting | sunting sumber]

Zohran mendukung Proposal 1, sebuah amandemen tahun 2024 terhadap Konstitusi Negara Bahagian New York yang menjadikan tindakan diskriminasi berdasarkan etnik, asal kebangsaan, usia dan kekurangan upaya sebagai hal yang inkonstitusional.[11]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Mamdani adalah Islam Syiah Zaydi dan memiliki dua kewarganegaraan, Amerika Syarikat dan Uganda. Zohran rasmi diterima sebagai warga AS pada 2018.

Pada 2021, Mamdani bertemu seorang pereka Amerika-Syria Rama Duwaji dari perjodohan kedua orang tua mereka. Mereka menikah pada Februari 2025, walimah diadakan di New York dan Kampala, Uganda. Zohran diketahui sebagai seorang poliglot dan fasih dalam bahasa Arab, Sepanyol, Kiswahili, Urdu, Bengali dan Luganda.

Mamdani menyukai bola sepak, mengidolakan Arsenal sejak kecil.

    1. Mays, Jeffery C. (June 3, 2025). "In N.Y.C. Mayor's Race, Mamdani Responds to a Call for His Deportation". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada June 3, 2025. Dicapai pada June 4, 2025.
    2. Fandos, Nicholas (Jan 1, 2026). "With Steep Task, Mamdani Arrives At Lofty Moment". New York Times. m/s. A-1.
    3. Kitunzi, Yahudu (June 7, 2025). "Mamdani's mayoral goal puts Uganda on the map". Monitor. Diarkibkan daripada yang asal pada June 9, 2025. Dicapai pada June 7, 2025.
    4. Davids, Monah (October 26, 2024). "Ugandan-Born Zohran Mamdani Announces Candidacy for Mayor of New York City". Little Africa News. Diarkibkan daripada yang asal pada June 11, 2025. Dicapai pada March 12, 2025.
    5. Mamdani, Zohran; Thier, Hadas (9 Februari 2021). ""We Have an Obligation to Ensure That Justice Is Not Defined by the Borders of Our District"". Jacobin. Dicapai pada 9 Februari 2021.
    6. Fitzsimmons, Emma G. (1 April 2025). "Tambah Lebih Banyak Petugas N.Y.P.D. untuk Memerangi Kejahatan? Mamdani Memiliki Gagasan yang Berbeda". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2025. Dicapai pada 2 April 2025. Zohran Mamdani, seorang sosialis demokrat yang naik dalam jajak pendapat dalam pemilihan wali kota New York City, memilih pendekatan yang berbeda.
    7. Robledo, Anthony. "What's up with 50 Cent and New York City mayor-elect Zohran Mamdani? Here's what we know". USA TODAY (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-07.
    8. Haag, Matthew; Goldberg, Emma (June 27, 2025). "The Parents Who Helped Shape Zohran Mamdani's Politics". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada June 30, 2025. Dicapai pada July 3, 2025.
    9. Mamdani, Zohran; Thier, Hadas (February 9, 2021). ""We Have an Obligation to Ensure That Justice Is Not Defined by the Borders of Our District"". Jacobin. Dicapai pada February 9, 2021.
    10. Barkan, Ross (September 17, 2025). "The rise and rise of Zohran Mamdani". New Statesman. Dicapai pada September 17, 2025.
    11. Izaguirre, Anthony (November 2024). "Apa itu Prop 1? New York memberikan suara untuk amandemen konstitusi yang kontroversial hari ini". WNBC.

    Pautan luar

    [sunting | sunting sumber]

    Templat:Democratic NYC mayoral nomineesTemplat:New York State Assembly