Zombi Kampung Pisang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Zombie Kampung Pisang)
Zombi Kampung Pisang
Poster keluaran tayangan
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Lakon layarMamat Khalid
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
  • 19 April 2007 (2007-04-19) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.23 juta
Pecah panggungRM 2.37 juta

Zombi Kampung Pisang ialah sebuah filem komedi seram berpengalaman, arahan sulung Mamat Khalid yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 19 April 2007. Filem yang dibintangi oleh Awie, Ezlynn, AC Mizal, dan Que Haidar ini berlatarbelakangkan suasana Kampung Pisang semasa kejadian zombi berlaku. Filem ini merupakan filem zombi pertama di Malaysia.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pak Jabit (Man Kadir) dan Pak Abu (Zami Ismail) semasa menjadi zombi

Ketenteraman dan keamanan Kampong Pisang tiba-tiba bertukar menjadi kecoh dan huru-hara pada suatu malam : kekecohan bermula dengan kematian mengejut Pak Abu, bilal kampong tersebut yang terjatuh daripada basikalnya semasa pulang ke rumah disaksikan tiga orang pemuda kampung yang sedang melepak di tepi jalan. Mayat Pak Abu diusung pulang ke rumahnya sebelum kemudiannya memaklumkan kepada Pak Jabit, Ketua Kampung.

Pak Jabit datang menziarah, namun beliau juga tak semena-mena meninggal dunia semasa sedang memeriksa mayat Pak Abu. Keadaan menjadi bertambah gawat. Ketika ketiga-tiga pemuda tersebut berbincang mengenai kejadian yang menimpa, jeritan dari atas rumah mengejutkan mereka. Cikgu Munah dan Cikgu Maimun, anak-anak perempuan Pak Abu memberitahu yang kedua-dua mayat tadi telah hilang. Kerantong dipalu, memecah keheningan Kampung Pisang pada malam itu. Orang kampung mula berkumpul di Dewan Orang Ramai. Ketika kekecohan itu, beberapa orang lagi rebah meninggal dunia.

Tiba-tiba bekalan eletrik terputus dan keadaan menjadi gelap. Mayat-mayat tersebut yang telah menjadi 'Zombi' lalu mula menyerang orang-orang kampung. Pihak Polis dimaklumkan dan siasatan dijalankan. Keadaan menjadi bertambah gawat dan huru-hara apabila penduduk kampung bertempiaran lari ke sana sini untuk menyelamatkan diri daripada diserang oleh "zombi".


Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

  • Awie sebagai Husin, Pemuda berumur yang gemar lepak kemudian menjadi wira selamatkan Kampung Pisang
  • Ezlynn sebagai Maimun, Anak Pak Abu dan kakak kepada Munah
  • Que Haidar sebagai Deris, Kawan Husin yang berdialek Kelantan
  • AC Mizal sebagai Mat Karan, Kawan Husin yang berdialek Negeri Sembilan

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia ke-20:

  • Anugerah Khas Juri-Kritikan sosial dan menunjukan budaya masyarakat kampung yang bersatu padu
  • Poster Terbaik (Pencalonan)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zieman (20 April 2007). "Merapu Mamat Khalid menjadi dalam Zombi Kampung Pisang". mstar.com.my.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]