Zon ekonomi eksklusif

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Zon-zon ekonomi eksklusif dunia yang ditunjukkan bertanda warna biru tua.

Zon ekonomi eksklusif ialah zon laut yang ditetapkan oleh Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut di mana sesebuah negara itu mempunyai hak-hak khas berkaitan penerokaan dan penggunaan sumber-sumber lautan termasuk penghasilan tenaga daripada air dan angin.[1] Zon ini menjangkau sejauh 200 batu nautika dari garis pangkal pantai sesebuah negara itu. Ia kadangkalanya turut termasuk pentas benua dalam konteks tidak formal. Zon ini tertumpu kepada hak berdaulat (sovereign right) iaitu hak sesebuah negara pesisiran kepada segala isi di dasar laut berbanding dengan perairan wilayah yang lebih tertumpu kepada kedaulatan sesebuah negara di perairan berdekatannya.

Zon ini bersama zon berdampingan terletak di luar batasan 12 batu nautika perairan wilayah, oleh itu sebahagian daripada perairan antarabangsa.[2]

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, zon ekonomi eksklusif sesebuah negara itu merupakan kawasan melepasi dan selari dengan lingkungan perairan wilayah pada jarak tidak lebih daripada 200 batu nautika (370 km) dari garis pangkal pesisiran negara tersebut. Perkara ini ada pengecualiannya pada zon-zon sebegini yang bertindih yakni kurang daripada 400 batu nautika (740 km) antara satu sama lain, di mana kesemua pihak yang berkenaan bertanggungjawab menyelesaikan masalah persempadanan maritim ini.[3] Mana-mana titik dalam kawasan yang bertindih biasanya akan diberikankepada negara yang berdekatan.[4]

Zon ekonomi eksklusif sesebuah negara bermula pada sisi meghadap laut perairan wilayahnya menjangkau jauh pada jarak 200 batu nautika (370.4 km) dari garis pangkal, yakni lebih jauh berbanding perairan wilayah yang tamat pada jarak 12 batu nautika (22 km) daripada garis pengkal pantai (jika mengikut peraturan yang termaktub dalam Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut).[5] Oleh itu, zon-zon tersebut termasuk zon berdampingan. Negara-negara juga mempunyai hak ke atas dasar laut pentas benua sejauh batu nautika (648 km) dari garis pangkal pesisiran melepasi zon-zon ekonomi eksklusif, namun kawasan-awasan ini tidak termasuk dalam zon-zon tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Part V – Exclusive Economic Zone, Article 56". Law of the Sea. United Nations. Dicapai 28 Ogos 2011. 
  2. ^ "Part V – Exclusive Economic Zone, Articles 55, 56". Law of the Sea. United Nations. 
  3. ^ Slomanson, William R. (2006). Fundamental Perspectives on International Law (edisi ke-5). Belmont, CA: Thomson-Wadsworth. m/s. 294. 
  4. ^ UN Convention on the Law of The Sea.
  5. ^ "1982 UN Convention on the Law of The Sea". 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]