Matahari Terbenam di Montmajour

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Zonsondergang bij Montmajour)
Jump to navigation Jump to search
Matahari Terbenam di Montmajour

Matahari Terbenam di Montmajour atau Zonsondergang bij Montmajour dalam bahasa Belanda, ialah sebuah lukisan minyak lanskap karya seniman Belanda Vincent van Gogh yang dilukis pada tahun 1888.[1][2] Lukisan ini dihasilakn ketika beliau menetap di Arles, Perancis, dan memperlihatkan pemandangan garig disertai pepohonan oak dan semak belukar dan runtuhan Biara Montmajour di belakangnya.[1][3] Lukisan ini berukuran 73.3 cm × 93.3 cm (28.9 in × 36.7 in) dan dipamerkan di Muzium Van Gogh di Amsterdam.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lukisan ini dimiliki oleh Theo van Gogh sebagai sebahagian daripada koleksi karya abangnya pada tahun 1890[4][5] dan dijual pada tahun 1901.[5] Pada tahun 1970, lukisan ini dimiliki oleh industrialis Norway Christian Nicolai Mustad. Beliau dimaklumkan oleh duta besar Perancis ke Sweden bahawa lukisan ini kemungkinannya bukan karya Van Gogh.[1] Lukisan ini kemudian ditemukan disimpan di loteng rumah seorang warga Norway.[6]

Penemuan kembali[sunting | sunting sumber]

Lukisan ini tidak ditandatangani dan sebelumnya tidak diakui oleh Muzium Van Gogh pada tahun 1990-an.[1] Seiring berkembangnya teknik penelitian,[7] Satu kajian dilakukan selama dua tahun untuk menentukan keaslian lukisan ini dan akhirnya ia terbukti sebagai karya Van Gogh pada September 2013.[1] Bukti lain ialah lukisan ini pernah disebutkan dalam salah satu surat Van Gogh kepada Theo. Dalam surat itu dia mengaku melukisnya satu hari sebelumnya, tepatnya pada tarikh 4 Julai 1888.[8][3]

Ini adalah lukisan Van Gogh berukuran penuh pertama yang ditemukan sejak tahun 1928.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "New Vincent Van Gogh painting identified". BBC News. Dicapai 2013-09-09. 
  2. ^ "Long-lost Van Gogh painting unveiled in Amsterdam". AFP. 9 September 2013. Dicapai 9 September 2013. 
  3. ^ a b c "Newly discovered Van Gogh painting kept in attic for years". The Guardian. Dicapai 2013-09-09. 
  4. ^ The painting bears Theo's inventory number: 180.
  5. ^ a b "Van Gogh Museum discovers new painting by Vincent van Gogh: Sunset at Montmajour". Muzium Van Gogh. 9 September 2013. Dicapai 9 September 2013. 
  6. ^ Memmott, Mark. "'New' Van Gogh Painting Identified; Was In A Norwegian Attic". NPR. Dicapai 9 September 2013. 
  7. ^ Siegal, Nina (9 September 2013). "Museum Identifies New Van Gogh Painting in Amsterdam". New York Times. Dicapai 9 September 2013. 
  8. ^ "Letter 636: To Theo van Gogh. Arles, Thursday, 5 July 1888". Vincent van Gogh: The Letters. Muzium Van Gogh. Dicapai 2013-09-09. Yesterday, at sunset, I was on a stony heath where very small, twisted oaks grow, in the background a ruin on the hill