Zoo Chongqing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zoo Chongqing ialah zoo di bandar Chongqing, China, kira-kira 8 km (5 batu) barat daya dari pusat bandar.

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Zoo ini terletak di Yangjiaping di Jalan Xijiao di Daerah Jiulongpo di Chongqing.[1] Ia dibina pada tahun 1953 dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada tahun 1955.[2] Zoo ini meliputi kawasan seluas 45 hektar (111 ekar).

Zoo ini merupakan pangkalan penting untuk perlindungan dan penyelidikan tentang haiwan liar. Ia mempamerkan spesis yang jarang ditemui termasuk panda gergasi,[3][4] panda merah, harimau Cina Selatan dan harimau putih yang sangat jarang ditemui, dan gajah Afrika .

Pintu masuk utama zoo adalah berhampiran dengan Stesen Zoo Chongqing di Laluan 2 sistem Metro Transit Rel Chongqing.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chongqing Zoo (Chongqing Dongwuyuan)" (dalam bahasa Inggeris). TripAdvisor. Dicapai pada 15 Ogos 2014.
  2. ^ "Chongqing Zoo". TravelChinaGuide.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Ogos 2014.
  3. ^ "Chongqing Zoo". www.GiantPandaZoo.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Ogos 2014.
  4. ^ Flurie, Lisa. "Giant Pandas China's Chongqing Zoo" (dalam bahasa Inggeris). YouTube. Dicapai pada 15 Ogos 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]