Zooxanthellae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zooxanthellae kuning keperangan

Zooxanthellae adalah istilah tidak rasmi untuk organisma dinoflagelat [en] bersel tunggal yang mampu hidup secara simbiosis dengan pelbagai invertebrata laut termasuk bunga karang, batu karang, obor-obor dan nudibrankia. Kebanyakan zooxanthellae yang dikenali adalah dalam genus Symbiodinium,[1] tetapi sesetengahnya dikenali daripada genus Amphidinium, malah takson-takson lain yang belum dikenal pasti, mungkin mempunyai pertalian endosymbion yang serupa.[2] Zooxanthella yang sebenar merupakan mutualis kepada radiolaria Collozoum inerme (Joh. Müll., 1856) [3] dan tergolong dalam order Peridiniales. [4] Satu lagi kumpulan eukariota unisel yang mengambil bahagian dalam hubungan endosimbiotik yang seumpamanya di habitat laut dan air tawar ialah alga hijau zoochlorellae.[5]

Zooxanthellae merupakan organisma fotosintetik yang mengandungi klorofil a [en] dan klorofil c [en] serta pigmen dinoflagelat peridinin [en] dan diadinoxanthin [en]. Ini memberikan warna kekuningan dan keperangan yang tipikal bagi kebanyakan spesies perumah.[2] Pada siang hari, ia membekalkan perumahnya dengan hasil karbon organik fotosintesis, dan kadangkala membekalkan sehingga 90% daripada keperluan tenaga perumah untuk metabolisme, pertumbuhan dan pembiakan. Sebagai balasan, ia menerima nutrien, karbon dioksida, dan kedudukan tinggi dengan akses kepada cahaya matahari.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ LaJeunesse, Todd C.; Parkinson, John Everett; Gabrielson, Paul W.; Jeong, Hae Jin; Reimer, James Davis; Voolstra, Christian R.; Santos, Scott R. (20 August 2018). "Systematic Revision of Symbiodiniaceae Highlights the Antiquity and Diversity of Coral Endosymbionts". Current Biology. 28 (16): 2570–2580.e6. doi:10.1016/j.cub.2018.07.008. PMID 30100341.
  2. ^ a b Birkeland, Charles (1997). Life and Death of Coral Reefs. Springer Science & Business Media. m/s. 98–99. ISBN 978-0-412-03541-8. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Birkeland" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Brandt, K. (1881). "Über das Zusammenleben von Thieren und Algen" [About the coexistence of animals and algae]. Archiv für Anatomie und Physiologie / Physiologische Abteilung (dalam bahasa German). 1881: 570–574.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Gottschling, M.; McLean, T.I. (2013). "New home for tiny symbionts: Dinophytes determined as Zooxanthella are Peridiniales and distantly related to Symbiodinium". Molecular Phylogenetics and Evolution. 67 (1): 217–222. doi:10.1016/j.ympev.2013.01.003. PMID 23333735.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Hoek, Christiaan; Mann, David; Jahns, H. M. (1995). Algae: An Introduction to Phycology. Cambridge University Press. m/s. 278. ISBN 978-0-521-31687-3.
  6. ^ Ruppert, Edward E.; Fox, Richard, S.; Barnes, Robert D. (2004). Invertebrate Zoology, 7th edition. Cengage Learning. m/s. 122. ISBN 978-81-315-0104-7.
  7. ^ Lohr, Jayme; Munn, Colin B.; Wilson1, William H. (2007). "Characterization of a Latent Virus-Like Infection of Symbiotic Zooxanthellae". Applied and Environmental Microbiology. 73 (9): 2976–2981. Bibcode:2007ApEnM..73.2976L. doi:10.1128/AEM.02449-06. PMC 1892877. PMID 17351090.CS1 maint: multiple names: authors list (link)