Zuhrah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zuhrah
زهره ♀
Venus
Zuhrah
Ciri-ciri orbit
Epok J2000
Afelion109,941,849 km
0.728 231 28 AU
67,693,488 batu
Perihelion108,476,002 km
0.718 432 70 AU
66,782,651 batu
Paksi semimajor108,208,926 km
0.723 331 99 AU
67,239,070 batu
Kesipian0.008 773 23
Tempoh qamari583.92 hari
Kelajuan purata orbit36.020 km/s
Kecondongan3.394 71°
(3.86° kepada khatulistiwa Matahari)
Longitud nod menaik76.670 69°
Argumen perihelion54.852 29°
SatelitTiada
Ciri-ciri fizikal
Jejari khatulistiwa6,051.9 km
(0.95 Bumi)
Luas permukaan4.60×108 km2
(0.902 Bumi)
Isi padu9.38×1011 km³
(0.857 Bumi)
Jisim4.8685×1024 kg
(0.815 Bumi)
Min ketumpatan5.204 g/cm3
Graviti permukaan khatulistiwa8.87 m/s2
(0.904 g)
Halaju lepas10.46 km/s
Tempoh putaran ikut bintang243.0185 hari
Halaju putaran khatulistiwa6.52 km/j (di khatulistiwa)
Kecondongan paksi2.64°
Jarak hamal kutub utara272.76° (18 jam 11 min 2 saat) 1
Keserongan kutub utara67.16°
Albedo0.65
Suhu min purata max
• Permukaan N/A 464°C 500°C
• P. awan -45°C
Atmosfera
Tekanan atmosfera9.3 MPa
Komposisi~95.5% Karbon dioksida
~4.5% Nitrogen
.015% Sulfur dioksida
.007% Argon
.002% Wap air
.0017% Karbon monoksida
.0012% Helium
.0007% Neon
Surihan karbonil sulfida
Surihan hidrogen klorida
Surihan hidrogen fluorida

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Zuhrah (Jawi: زهرة atau ‏زهره‎‎‎) atau Kejora (Jawi: كجورا‎; bahasa Inggeris: Venus) merupakan planet kedua terdekat kepada Matahari di mana edaran lengkapnya mengambil masa 224.7 hari bumi.[1]

Ia merupakan objek semula jadi yang paling terang di waktu malam, kecuali Bulan, mencapai magnitud kecerahan −4.6; kecerahan maksimum dicapai planet ini sebelum matahari naik atau pun terbenam sehingga kadangkalanya boleh dilihat di siang hari[2][3] lalu diberi nama Bintang Pagi ataupun Bintang Petang. Oleh kerana Zuhrah merupakan planet inferior dari Bumi, ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya mencapai maksimum sebanyak 47.8°.

Ia merupakan antara jasad angkasa yang pertama kali diamati dalam tamadun manusia seawal alaf ke-2 SM.[4]

Sifat fizikal[sunting | sunting sumber]

Zuhrah diselubungi awan tebal

Zuhrah dianggap sebagai planet kembar Bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan bumi. Malahan, planet Bumi dan Zuhrah terbentuk daripada awan nebula yang sama. Walau bagaimanapun, kedua dua planet ini mempunyai sifat yang berbeza. Zuhrah tidak mempunyai lautan, dan diselubungi dengan atmosfera yang mengandungi karbon dioksida pada peratusan yang tinggi. Atmosfera Zuhrah juga tidak mempunyai wap air dan awan awan di Zuhrah terdiri daripada titisan titisan asid sulfurik. Di permukaan Zuhrah, tekanan atmosferanya 92 kali ganda lebih tinggi daripada tekanan udara Bumi pada permukaan laut.

Zuhrah juga terkenal sebagai planet 'rumah hijau' kerana mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya. Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 °C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid.

Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.

Saiz dan usia Zuhrah sama seperti Bumi tetapi iklimnya jauh lebih mencabar, dengan suhu sekitar 460 darjah Celsius dan begitu banyak karbon dioksida iaitu gas rumah hijau utama di Bumi.

Geologi[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan permukaan Zuhrah terbentuk melalui aktiviti gunung berapi. Jumlah gunung berapi Zuhrah adalah beberapa kali lebih banyak berbanding Bumi, dan memiliki 167 buah gunung berapi dengan lebar lebih daripada 100 km; Bumi hanya memiliki sebuah gunung berapi sebegini, yakni Big Island di kepulauan Hawaii.[5]:154 Hal ini kerana kerak Zuhrah adalah lebih tua daripada kerak Bumi; kerak Zuhrah dianggarkan berusia antara 300 ke 600 juta tahun,[6] manakala purata usia kerak Bumi ialah kira-kira 100 juta tahun kerana sering digantikan di zon benam plat-plat tektonik.[7]

Bukti-bukti kewujudan aktiviti gunung berapi di Zuhrah telah dikemukakan. Pengorbit Venera 9 mendapat bukti spektroskopi tentang kewujudan kilat di Zuhrah,[8] dan dibuktikan sekali lagi oleh Venera 12.[9][10] Pada awal 2020, para pengkaji astronomi telah mengemukakan bukti bahawa Zuhrah memiliki sistem gunung berapi yang aktif pada masa ini.[11][12]

Orbit dan putaran[sunting | sunting sumber]

Zuhrah mengorbit Matahari pada jarak 0.72 unit astronomi, AU, atau kira-kira 108 juta km. Orbit Zuhrah adalah hampir bulat secara sempurna, dengan nilai kesipian orbit kurang daripada 0.01.[13] Setiap 584, Zuhrah akan berada di antara Matahari dan Bumi, menyebabkan Zuhrah dan Bumi berada pada jarak purata 41 juta km. Namun begitu, disebabkan oleh kesipian orbit Bumi yang semakin berkurangan, jarak minimum Zuhrah dari Bumi dianggarkan akan meningkat dalam masa puluhan ribu tahun akan datang.[14]

Satu hari di Zuhrah adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.

Transit Zuhrah[sunting | sunting sumber]

Transit Zuhrah berlaku apabila Zuhrah berada di antara Matahari dan Bumi, serta selari dengan satah orbit Bumi, menyebabkan Zuhrah akan menghalang cahaya Matahari secara sedikit apabila diperhatikan dari Bumi. Orbit Zuhrah adalah sedikit condong apabila dibandingkan orbit Bumi, menyebabkan Zuhrah tidak selalunya melintasi permukaan Matahari apabila diperhatikan dari Bumi. Transit Zuhrah berlaku dalam kitaran 243 tahun, yakni berlaku pasangan dua transit yang terpisah dengan tempoh lapan tahun setiap 105.5 atau 121.5 tahun.[15] Pasangan transit terkini berlaku pada 2004 dan 2012, dan pasangan transit seterusnya dijangka akan berlaku pada Disember 2117 dan Disember 2125.[16]

Transit pada 2012[sunting | sunting sumber]

Pada hari Rabu, 6 Jun 2012 , dari jam 6.09 pagi hingga 12.50 tengah hari, kita boleh melihat planet Zuhrah melintasi matahari . Kali terakhir transit Zuhrah ini berlaku adalah pada 8 Jun 2004, dan ia dijangka akan berlaku lagi pada 10 Disember 2117. Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr. Baharrudin Zainal menganggap ia sebagai 'acara besar cakrawala' pada abad ini. Planet Zuhrah dilihat mengorbit seakan titik hitam yang merayap di permukaan matahari.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menyediakan laman web untuk menyaksikan. Fenomena ini boleh dilihat di seluruh dunia seperti di Quito, Ecuador. Planetarium Negara di Tasik Perdana, Kuala Lumpur menyediakan 9 teleskop dan 1 solarskop bagi kegunaan orang ramai melihat keajaiban alam ini.[17] Unit Falak UniSZA mencerap fenomena ini di Lapang Sasar Memanah, Kampus Gong Badak.

Lau Chen Chen dari Agensi Angkasa Negara melarang orang ramai melihat matahari secara terus kerana boleh merosakkan mata. kaca mata gerhana dan menggunakan teleskop atau binokular yang direka khas untuk Matahari. Gunakan teleskop, kamera dan binokular yang dilengkapi dengan penuras suria yang selamat serta menggunakan kaedah pantulan terus melalui teleskop, binokular atau cermin.[18]

Saiz Zuhrah ialah 32 kali lebih kecil berbanding matahari, planet Zuhrah hanya menutup tiga peratus dari keseluruhan permukaan matahari tetapi tidak menjejaskan bentuk dan cahayanya. Saiz planet Zuhrah menyamai Bumi, apabila melihatnya dalam keadaan 'bulatan hitam kecil' melintas di permukaan matahari, kita bagaikan sedang melihat begitulah kerdilnya bumi yang kita huni dari kedudukan 42 juta kilometer.[19]

Pengamatan[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Melayu memberi banyak nama kepada planet ini termasuk bintang siang, bintang timur, bintang barat dan bintang babi;[20] dua-dua nama bintang siang dan bintang timur diberikan kerana kedudukan ia diperhatikan pada waktu fajar. Nama "Zuhrah" turut diberikan meminjam bahasa Arab الزُّهَرَةaz-zuhrah sama ada bermaksud "bunga" kerana bentuknya diterampil sebegitu semasa diamati pada waktu pagi atau waktu senja, mahupun "perempuan cantik".[21]

Dalam kepercayaan manusia[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Yunani Purba mengaitkan planet ini dengan Aphrodite, dewi kecantikan, cinta, dan kesuburan, begitu juga dengan masyarakat Rom Purba melalui pemujaan Venus. Kedua-dua dewi ini turut dikaitkan dengan perempuan dan sifat nalurinya[22] lalu dilambangkan lanjut dengan simbol yang dikongsi ketiga-tiga makna ini dari penyingkatan nama Ἑωσφόρος Heōsphóros (bentuk moden: Εωσφόρος Eosfóros) atau Phosphoros, "pembawa fajar".[22][23]

Budaya-budaya Cina, Korea dan Jepun dalam alam Cina di Asia Timur mengaitkan planet atau "bintang" ini dengan unsur logam (金) tercermin pada nama 金星 (jīnxīng; 금성 geum-seong; きんせい kinsei).[24][25][26]

Mitologi Hindu mengaitkan planet ini dengan Shukra.[27]

Penjelajahan[sunting | sunting sumber]

Misi penjelajahan ke Zuhrah bermula dengan program Venera oleh Kesatuan Soviet pada 1961.[28] Pada 14 Disember 1962, misi Mariner 2 menjadi kejayaan pertama Amerika Syarikat dalam penjelajahan ke Zuhrah, serta misi antaraplanet pertama dunia yang berjaya. Mariner 2 memperoleh maklumat berkait dengan atmosfera Zuhrah.[29][30]

Pada 18 Oktober 1967, prob angkasa Venera 4 berjaya memasuki atmosfera Zuhrah dan menjalankan uji kaji saintifik.

Pada 1975, pendarat Venera 9 dan Venera 10 berjaya menghantar gambar-gambar terawal permukaan Zuhrah dalam hitam putih. Gambar berwarna terawal permukaan Zuhrah berjaya diperoleh daripada pendarat Venera 13 dan Venera 14 pada 1982.

Robot Jepun gagal ke Zuhrah[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Disember 2010, robot Akatsuki menjadi satelit pertama Jepun yang mengorbit planet lain selain Bumi tetapi gagal memasuki orbit mengelilingi Zuhrah selepas 200 hari dilancarkan. Ia juga dikenali sebagai Planet-C Venus Climate Orbiter. Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun (JAXA) memaklumkan bahawa ia terputus hubungan dengan pusat kawalan darat di Bumi. Kegagalan itu berpunca dari tarikan graviti matahari.[31]

Imej Zuhrah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Venus: Facts & Figures". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2006. Dicapai pada 12 April 2007.
  2. ^ Lawrence, Pete (2005). "In Search of the Venusian Shadow". Digitalsky.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 June 2012. Dicapai pada 13 June 2012.
  3. ^ Walker, John. "Viewing Venus in Broad Daylight". Fourmilab Switzerland. Dicapai pada 19 April 2017.
  4. ^ Evans, James (1998). The History and Practice of Ancient Astronomy. Oxford University Press. m/s. 296–7. ISBN 978-0-19-509539-5. Dicapai pada 4 February 2008.
  5. ^ Frankel, Charles (1996). Volcanoes of the Solar System. Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-47770-3.
  6. ^ Nimmo, F.; McKenzie, D. (1998). "Volcanism and Tectonics on Venus". Annual Review of Earth and Planetary Sciences. 26 (1): 23–53. Bibcode:1998AREPS..26...23N. doi:10.1146/annurev.earth.26.1.23.
  7. ^ Karttunen, Hannu; Kroger, P.; Oja, H.; Poutanen, M.; Donner, K. J. (2007). Fundamental Astronomy. Springer. m/s. 162. ISBN 978-3-540-34143-7.
  8. ^ Kranopol'skii, V. A. (1980). "Lightning on Venus according to Information Obtained by the Satellites Venera 9 and 10". Cosmic Research. 18 (3): 325–330. Bibcode:1980CosRe..18..325K.
  9. ^ Russell, C. T.; Phillips, J. L. (1990). "The Ashen Light". Advances in Space Research. 10 (5): 137–141. Bibcode:1990AdSpR..10..137R. doi:10.1016/0273-1177(90)90174-X.
  10. ^ "Venera 12 Descent Craft". National Space Science Data Center. NASA. Dicapai pada 10 September 2015.
  11. ^ Hall, Sannon (9 January 2020). "Volcanoes on Venus Might Still Be Smoking - Planetary science experiments on Earth suggest that the sun's second planet might have ongoing volcanic activity". The New York Times. Dicapai pada 10 January 2020.
  12. ^ Filiberto, Justin (3 January 2020). "Present-day volcanism on Venus as evidenced from weathering rates of olivine". Science. 6 (1). doi:10.1126/sciadv.aax7445. Dicapai pada 10 January 2020.
  13. ^ Williams, David R. (15 April 2005). "Venus Fact Sheet". NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 12 Oktober 2007.
  14. ^ "Venus Close Approaches to Earth as predicted by Solex 11". Diarkibkan daripada yang asal pada 9 August 2012. Dicapai pada 19 March 2009. Numbers generated by Solex
  15. ^ Anon. "Transit of Venus". History. University of Central Lancashire. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 July 2012. Dicapai pada 14 May 2012.
  16. ^ Espenak, Fred (2004). "Transits of Venus, Six Millennium Catalog: 2000 BCE to 4000 CE". Transits of the Sun. NASA. Dicapai pada 14 May 2009.
  17. ^ Transit Venus Mengelilingi Matahari Boleh Dilihat Secara Online
  18. ^ Fenomena lapan tahun kembali
  19. ^ Fenomena 'acara besar cakerawala' berlaku 6 Jun
  20. ^ Wilkinson, Richard James (1901). "bintang". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 188. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  21. ^ Muhammad Asad (1954). The Road To Mecca. The Book Foundation. ISBN 978-0-992-79810-9.
  22. ^ a b Evans, James (1998). The History and Practice of Ancient Astronomy. Oxford University Press. m/s. 296–7. ISBN 978-0-19-509539-5. Dicapai pada 4 February 2008.
  23. ^ "Liddell & Scott".
  24. ^ De Groot, Jan Jakob Maria (1912). Religion in China: universism. a key to the study of Taoism and Confucianism. American lectures on the history of religions. 10. G. P. Putnam's Sons. m/s. 300. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  25. ^ Crump, Thomas (1992). The Japanese numbers game: the use and understanding of numbers in modern Japan. Nissan Institute/Routledge Japanese studies series. Routledge. m/s. 39–40. ISBN 978-0415056090.
  26. ^ Hulbert, Homer Bezaleel (1909). The passing of Korea. Doubleday, Page & company. m/s. 426. Dicapai pada 8 Januari 2010.
  27. ^ Bhalla, Prem P. (2006). Hindu Rites, Rituals, Customs and Traditions: A to Z on the Hindu Way of Life. Pustak Mahal. m/s. 29. ISBN 978-81-223-0902-7.
  28. ^ Mitchell, Don (2003). "Inventing The Interplanetary Probe". The Soviet Exploration of Venus. Dicapai pada 27 December 2007.
  29. ^ Mayer; McCullough; Sloanaker (January 1958). "Observations of Venus at 3.15-cm Wave Length". The Astrophysical Journal. 127: 1. Bibcode:1958ApJ...127....1M. doi:10.1086/146433. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  30. ^ Jet Propulsion Laboratory (1962). Mariner-Venus 1962 Final Project Report (PDF) (Laporan). SP-59. NASA.
  31. ^ Robot Jepun gagal memasuki orbit Zuhrah