Pergi ke kandungan

Zul Huzaimy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zul Huzaimy
زول حزيمي
Kelahiran
Zul Huzaimy bin Marzuki

(1978-12-04) 4 Disember 1978 (umur 47)
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, pengacara, penyanyi, penulis lagu, penulis lirik
Tahun aktif1997–kini
Karya
Filemografi
Pasangan
  • Nor Dalilah Muhammad Nor (k. 2003; c. 2010)
  • Nur Ernawati Mohamed Nur (k. 2015)
Anak-anak3

Zul Huzaimy Marzuki (lahir 4 Disember 1978) ialah seorang pelakon, pengarah, pengacara dan penyanyi lelaki Malaysia.[1]

Beliau dikreditkan melalui nama sebenarnya, Zul Huzaimy Marzuki bagi peranannya sebagai pengarah.

Beliau telah melibatkan diri dalam bidang teater sejak 1997 dan kini telah berlakon di dalam beberapa filem dan drama tempatan. Sebelum menjadi pelakon, beliau terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya di stesen televisyen pendidikan negara, TV Pendidikan milik Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Drama bersiri Seindah Sakura lakonan Fahrin Ahmad dan Fasha Sandha adalah drama bersiri pertama arahannya.[2] Drama itu diadaptasi daripada sebuah novel 2010 daripada nama sama itu mempunyai kekuatan dari jalan cerita dan skrip yang baik hasil tulisan Wan Mahani. Seindah Sakura turut dijayakan oleh Dato' Sri Eizlan Yusof, Erynne Erynna, Fimie Don dan Ruminah Sidek ditayangkan bermula 7 Mei 2012 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam di slot Akasia TV3.[3]

Kontroversi

[sunting | sunting sumber]

Pada 4 November 2022, beliau ketika sebuah ceramah di Kemaman, Terengganu, mengatakan bahawa beliau ingin 'menyembelih kafir harbi'.[4] Pada 14 November 2022, beliau meminta maaf dan mendakwa kenyataan itu telah disalah tafsirkan.[4] Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan atas tiga seksyen.[5]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau dan isterinya Nor Dalilah Muhammad Nor, 29 bercerai pada Mac 2011.[6] Hasil perkongsian hidupnya dengan Nor Dalilah, beliau dikurniakan seorang anak lelaki, Awal Haziq.

Beliau berkahwin dengan Nur Ernawati Mohamad Nor pada Februari 2015. Beliau dikurniakan dua orang anak Indah Armani dan Indra Arjuna.[7][8]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk lagu
2012 "Cinta Berkalung Duri"
2013 "Bunga Merah Punya"
2024 "Fajar Cinta"
2025 "Senja Terakhir"

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
  • Festival Filem Malaysia Ke-21 - Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
  • Tribute P. Ramlee 2015 - Anugerah Khas Jiwa P. Ramlee
  • Drama Lakonan Radio Terbaik- DFKL 2018
  1. ^ "Rezeki Zul Huzaimy di balik kamera". Berita Harian Singapura. 18 Jun 2015. Dicapai pada 18 Jun 2015.
  2. ^ Wahiduzzaman (25 Ogos 2011). "Zul Huzaimy Arah Sembilan Drama Dalam Diam". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-19. Dicapai pada 18 April 2012.
  3. ^ "Cabaran Zul Huzaimy". Utusan Malaysia. 9 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-19. Dicapai pada 18 April 2013.
  4. ^ a b "Mahu sembelih orang bukan Islam, Zul Huzaimy mohon maaf". Utusan Malaysia. 14 November 2022. Dicapai pada 15 November 2022.
  5. ^ "Polis siasat pelakon Zul Huzaimy". Berita Harian. 14 November 2022. Dicapai pada 15 November 2022.
  6. ^ Feride Hikmet Atak (28 Mac 2011). "Zul Huzaimy, Isteri Cerai Talak Dua". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-19. Dicapai pada 18 April 2012.
  7. ^ Arina Azlan (16 Jun 2015). "Rezeki baharu Zul Huzaimy". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-19. Dicapai pada 16 Jun 2015.
  8. ^ Editorial MH (23 Februari 2015). "Selamat Pengantin Baru Zul Huzaimy & Erna!". Media Hiburan. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-19. Dicapai pada 18 April 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]