Zulin Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zulin Aziz
Zulin ditemuramah dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 23 Jun 2015.
Kelahiran
Farah Azleenda binti Abdul Aziz

(1989-11-26) 26 November 1989 (umur 34)
PekerjaanPelakon, pelawak, pengacara, penyampai radio, penyanyi
Tahun aktif2009–kini
Majikan
PasanganFarhan Norzaini (k. 2022)
Ibu bapa
  • Abdul Aziz Jaafar (bapa)
  • Siti Aminah Abdullah (ibu)

Farah Azleenda binti Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Zulin Aziz (lahir 26 November 1989) ialah seorang pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia,[1] beliau merupakan bekas alumni Pilih Kasih musim pertama dan penyampai radio Suria FM.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Zulin Aziz memulakan kerjaya lakonan pada 2009 selepas bakatnya dicungkil oleh Datuk Rosyam Nor menerusi rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim pertama yang mana beliau merupakan salah seorang daripada 20 finalis.[2]

Penampilan drama televisyen pertama Zulin ialah Begitukah Cinta yang dibintangi oleh Nazim Othman dan Ainul Aishah yang disiarkan di TV3 pada 2011. Beliau ditawarkan oleh pengarah Shamyl Othman bagi membintangi filem Rembat yang dibintangi oleh Zizan Razak dan Shaheizy Sam; Zulin menjayakan watak Didie. Filem ini ditayangkan pada 8 Oktober 2015.

Zulin memulakan kerjaya muziknya pada 2017 dengan mengeluarkan single sulungnya bertajuk "Terbiar" yang bergenre bossa balada hasil nukilan Aiyad Sakti dan Ijoo Omar.[3][4] Diikuti dengan single kedua, "Keliru" yang dikeluarkan pada Februari 2018.[5]

Sejak Julai 2016, beliau menjadi penyampai radio Suria FM.[6] Zulin merupakan antara penyampai baru yang diserapkan ke Suria termasuk Fizi Ali dan Suraya Borhan.[7][8][9] Zulin memgang watak Mira Edora Senrose dalam filem aksi komedi suspens 2016, Bo-Peng yang dibintangi oleh Nabil Ahmad dan Johan As'ari.[10]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Zulin lahir dan membesar di Kuala Lumpur. Beliau merupakan salah seorang bekas pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Bandar Country Homes. Pada Mac 2018, beliau mendedahkan di akaun Twitter miliknya bahawa beliau pernah menjadi mangsa dera pembantu rumahnya sendiri semasa zaman kanak-kanaknya.[11][12][13]

Zulin mempunyai seorang anak angkat yang bernama Puteri Eryna Amanda yang juga anak kepada rakan baiknya yang turut berkhidmat sebagai pembantu peribadinya.[14]

Pada Januari 2018, beliau menyatakan kekesalan apabila digelar 'Perempuan Melayu Jahat' oleh seorang wanita yang tidak dikenali gara-gara kenyataannya dalam artikel ‘Zulin tak kisah bermadu’ yang disiarkan dalam akhbar Harian Metro.[15][16]

Pada Disember 2017, Zulin dikesan menghidap penyakit cyst selepas mengadu sakit perut dan cirit birit.[17][18]

Pada 20 Februari 2022, Zulin sah menjadi isteri kepada Farhan Norzaini yang merupakan rakan kongsi perniagaannya.[19]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Penanggal Rokiah Filem pertama
2014 MTB: Misi Tawan Baby[20]
2015 Rembat Didie
2016 Bo-Peng Mira Edora Senrose
2017 Minah Moto Dekan
2023 Polis EVO 3 Mimi Penampilan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2010 Pasukan Gerakan Marin Amira TV9
2011 Begitukah Cinta Roza TV3
2012 Mimpi Cinderella Siti
2013 Misiku Kuza Jururawat Astro Ria Pelakon undangan
Hanya Padamu Rockie TV3
Fira Ayuni Nurin
Ramadan Yang Hilang Ayu
2015 Suami Sebelah Rumah Dr. Wani
2015–2016 Cik Cinderella dan Encik Tengku Jee
2017 Nahu Rindu Dina
2021 Penjara Janji Zulaikha
2023 From Saga With Love Suhaila Viu

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Bedah vs Joyah TV9
Aku Mahu ke New York 1 Cikgu Nora Astro Ceria
Aku Mahu ke New York 2
2016 Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya Jee TV3
2017 Alamak TV9
Cekelat Semanis Honey Jiha Astro Citra
2018 Cekelat Tak Semanis Honey
My Sweet Madu Intan NTV7
2021 Janda Si Ayob Zaleha Awesome TV
2024 Jodoh Geng G Santi Astro Warna

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2009 Pilih Kasih (Musim 1) Dirinya sendiri/peserta TV2
2016 Super Spontan Dirinya sendiri/peserta Astro Warna
2017 Perang Bibir Dirinya sendiri/peserta TV9
2021 Apa Nak Masak Ni Artis Jemputan TV3

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
1 Julai 2016 – 24 Jun 2018 Rancangan Suria Pagi Suria

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk
2017
"Terbiar"
2018
"Keliru"
"Dan Ketika Itu"
2019
"Jadikan Aku Yang Halal"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2009 Pilih Kasih Finalis
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Versatil Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The many faces of Zulin". New Straits Times. 6 September 2016. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  2. ^ Niezam Abdullah (26 Ogos 2009). Pilih Kasih menjadi milik siapa Diarkibkan 2018-04-23 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 22 April 2010.
  3. ^ Kemalia Othman (9 Mac 2017). "Zulin Aziz Ambil Masa Setahun 'Cari' Suara Sebenar". mStar Online. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  4. ^ "Zulin Aziz muncul dengan single sulung 'Terbiar'". Utusan Borneo. 19 Mac 2017. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  5. ^ Wawann Mohd (9 Februari 2018). "'Keliru khas buat si lembab ubi': Zulin Aziz". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  6. ^ Angelin Yeoh (17 April 2017). "Despite challenges, Zulin Aziz loves being a Suria announcer". Star2. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  7. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (17 April 2017). "Hajat Zulin Aziz Jadi Penyampai Radio Akhirnya Terlaksana". Suria FM. Dicapai pada 1 Julai 2016.
  8. ^ "Zulin Aziz Antara Muka Baharu Penyampai Suria FM". My News Hub. 17 April 2017. Dicapai pada 1 Julai 2016. Aktres versatil, Zulin Aziz kini melebarkan sayapnya dengan menceburi bidang radio pula setelah tampil sebagai penyampai baharu bagi stesen Suria FM.
  9. ^ "Zulin fokus kerjaya radio". Harian Metro. 3 September 2017. Dicapai pada 3 September 2017.
  10. ^ Syafil Syazwan Jefri (16 Disember 2016). Bo-Peng komedi suspens Diarkibkan 2018-07-01 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2017.
  11. ^ Mohd Al Qayum Azizi (19 Mac 2018). "Zulin Jadi Mangsa Pembantu Rumah, Kepala Dihentak, Pukul Guna Penyapu". mStar Online. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  12. ^ Aqmar Mustaza (19 Mac 2018). "Zulin Aziz, mangsa dera ketika kecil". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  13. ^ "Zulin Aziz, mangsa dera ketika kecil". Malaysian Digest. 19 Mac 2018. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  14. ^ Norhidayyu Zainal (6 Mac 2018). "Zulin Aziz ambil anak angkat usia 7 tahun". Sinar Harian. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  15. ^ "Zulin Aziz kesal 'Perempuan Melayu Jahat'". Sinar Harian. 13 Januari 2018. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  16. ^ Shakilawati Abdul Rahman (12 Januari 2018). "Zulin tak kisah bermadu". Harian Metro. Dicapai pada 17 Mei 2018.
  17. ^ "(Showbiz) Zulin Aziz may undergo surgery to remove 7cm cyst". New Straits Times. 13 Disember 2017. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  18. ^ Suhaidah Abd Wahab (13 Disember 2017). "Zulin Aziz dikesan ada cyst". Mingguan Wanita. Dicapai pada 11 Mei 2018.
  19. ^ Macam magis, Zulin Aziz sah jadi isteri Farhan. kosmo.
  20. ^ "Jangan lupa saksikan filem terbitan SPS Jaya Sdn Bhd, berjudul MTB - Misi Tawan Baby". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-15. Dicapai pada 2018-06-15.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]