Zulkefly Mohamad Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
YB Dato'
Zulkefly Mohamad Omar
DPNS (Negeri Sembilan)
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Sembilan
Memegang jawatan
2018
Didahului olehDato' Seri Dr Haji Awaludin Said
Ketua AMANAH Negeri Sembilan
Memegang jawatan
2015
Butiran peribadi
LahirKampung Masjid, Lenggeng, Negeri Sembilan
Parti politikPakatan-harapan-logo.jpg Parti Amanah Negara Flag.svg Parti Amanah Negara
PasanganDatin Saeiah Tarmizi
Anak-anak6
PekerjaanAhli perniagaan, politik

Y.B Dato' Haji Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu yang kini memegang jawatan Ketua AMANAH Negeri Sembilan. Beliau kini merupakan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Penglibatan dalam Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Negeri Sembilan dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. [1] Pada tahun 2015, beliau telah menyertai Parti Amanah Negara (PAN) dan mengetuai parti tersebut di peringkat Negeri Sembilan.

Pilihanraya[sunting | sunting sumber]

Beliau dipilih menjadi calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang tetapi beliau tewas di tangan Tan Sri Isa Samad dengan majoriti sebanyak 5,435 undi.[2]

Dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2013, beliau dipilih sekali lagi menjadi calon Pakatan Rakyat bagi merampas kerusi N09 Lenggeng, Negeri Sembilan. [3]

Penglibatan dalam Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sembilan selepas Pakatan Harapan berjaya memerintah Negeri Sembilan[4] selepas Pilihanraya Umum Malaysia 2018.[5]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]