Pergi ke kandungan

Zulkifli Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Zulkifli Ibrahim
ذوالکفل إبراهيم
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Sungai Acheh
Dalam jawatan
9 Mei 2018 – 6 Mac 2023
Didahului olehMahmud Zakaria
(BNUMNO)
Digantikan olehRashidi Zinol
(BN–UMNO)
Majoriti416 (2018)
Maklumat peribadi
Lahir
Zulkifli bin Ibrahim

(1979-11-30) 30 November 1979 (umur 45)
MalaysiaPulau Pinang Nibong Tebal, Pulau Pinang, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Parti politikParti Keadilan Rakyat (PKR)
(–2020)
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
(sejak 2020)
Gabungan politik
lain
Pakatan Harapan (PH)
(–2020)
Perikatan Nasional (PN)
(sejak 2020)
Ibu bapaIbrahim Abdul Razak (bapa)
Sopiah Omar (ibu)
Tempat belajarUniversiti Teknologi Malaysia
PekerjaanAhli politik

Zulkifli bin Ibrahim (lahir 30 November 1979) merupakan ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Sungai Acheh dari Mei 2018 hingga Mac 2023. Beliau adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), parti komponen gabungan Perikatan Nasional (PN) dan pernah menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), parti komponen gabungan Pakatan Harapan (PH).

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah Methodist, Nibong Tebal, dan di Kolej Vokasional Nibong Tebal. Beliau mendapat Diploma Kejuruteraan Teknologi Marin daripada UTM.

Zulkifli memulakan kerjaya politiknya sebagai Setiausaha Politik bagi Ahli Parlimen Nibong Tebal, Goh Kheng Huat pada 1999. Beliau juga merupakan salah seorang hos semasa pelancaran PKR di Hotel Renaissance Kuala Lumpur pada 4 April 1999. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas bersama Keadilan Pulau Pinang bersama Zaki dan Mansor Othman.

Pada tahun 2000, beliau dilantik sebagai Jurucakap Pemuda Keadilan Pulau Pinang. Beliau juga pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda Keadilan.

Beliau juga merupakan antara pemimpin Pemuda yang mahu Saifuddin Nasution Ismail dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda Keadilan dan bukannya Mustaffa Kamil Ayub, yang dilihat terlalu lemah apabila beberapa pemimpin Pemuda Keadilan telah ditangkap di bawah ISA.

Pada 29 Jun 2020, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim telah mengumumkan bahawa Zulkifli dipecat daripada PKR kerana menyokong kerajaan Perikatan Nasional secara terbuka dan memegang jawatan daripada kerajaan.[1][2] Pada 5 Julai 2020, beliau telah mengumumkan akan menyertai BERSATU dalam masa terdekat.[3]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[4][5]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2018 N21 Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim (PKR) 7,486 43.51% Mahmud Zakaria (UMNO) 7,070 41.09% 17,205 416 85.95%
Nor Zamri Latiff (PAS) 2,383 13.85%
2023 Zulkifli Ibrahim (BERSATU) 9,432 49.67% Rashidi Zinol (UMNO) 9,556 50.33% 19,138 124 73.45%

Beliau dilahirkan di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 30 November 1979 di Hospital Sungai Bakap. Beliau merupakan anak bongsu daripada 8 orang anak Haji Ibrahim bin Abd Razak dan Hajah Sopiah binti Omar.[6]

  1. ^ BERNAMA (2020-06-29). "PKR pecat keanggotaan lima ahli termasuk Ketua Wanita". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-02-17.
  2. ^ OTHMAN, MOHD ISKANDAR (2020-06-24). "Afif, Zulkifli khianati mandat rakyat". Sinarharian. Dicapai pada 2022-02-17.
  3. ^ Mohamed, IMRAN HILMY,Sirajinisa Bt Habibu. "Sg Acheh rep to join Perikatan component party soon". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-25.
  4. ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PENANG". Dicapai pada 2022-05-01.
  5. ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES" (PDF). Dicapai pada 2023-12-01.
  6. ^ "Zulkifli Ibrahim". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 2022-05-25.