Zulkifli Ismail
Zulkifli Ismail | |
---|---|
Kelahiran | Alor Setar, Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 26 April 1963
Pekerjaan | Pelakon, penulis |
Tahun aktif | 1983–kini |
Zulkifli bin Ismail (dilahirkan pada 26 April 1963) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awalnya sebagai penulis sebelum menceburi bidang lakonan, Zulkifili terkenal menerusi watak ASP Razlan dalam siri Gerak Khas di mana beliau membintanginya selama 10 tahun.[1]
Isi kandungan
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Semasa menulis, Zulkifli pernah menggunakan beberapa nama samaran termasuk Arjuna Setia dan Dzul Isma. Sejak berusia 16 tahun, sajak-sajaknya sering tersiar di akhbar, majalah dan radio. Sajaknya yang pertama berjudul Ramadhan Tiba Tika Aku Masih Lena disiarkan di akhbar Bintang Timur.
Zulkifli juga turut menyumbang rencana dan berita untuk akhbar tersebut. Pada tahun 1983, Zulkifli menyertai Utusan Melayu sebagai wartawan. Jodohnya dengan Utusan tidak lama. Dia meletakkan jawatan pada tahun 1985.
Penglibatan dalam bidang lakonan bermula pada tahun 1986, apabila Zulkifli diperkenalkan oleh TV3 sebagai pelakon utama dalam slot cerekarama Basikalku. Pada tahun yang sama Zulkifli ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti pengajian Sijil Seni Kreatif. Sekembali dari USM, Zulkifli menyertai RTM semula sebagai penulis skrip dan penyampai di unit Berita Ehwal Semasa. Sejak tahun 1992 hingga kini, beliau menjadi pelakon sepenuh masa.
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1988 | Yassin | ||
1997 | Ghazal Untuk Rabiah | ||
1998 | Maria Mariana 2 | Dr. Faris | |
2001 | Getaran | ||
2002 | Gerak Khas The Movie II | ASP Razlan | |
2005 | Tak Ori Tapi Ok | Pelakon tambahan | |
GK3 The Movie | ASP Razlan | ||
2005 | Kemarau Cinta | ||
2008 | Kinta | ||
2011 | Apa Tengok-Tengok? | Guru Besar | |
HAQ The Movie | Tuan Haji Ibrahim | ||
2016 | Lu Mafia Gua Gangster | ||
2017 | Pak Pong | Tok Penghulu |
Teater[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk |
---|---|
Puteri Saadong | |
Imam | |
Anak Nazar Tujuh Keramat | |
Megat Terawis | |
Lela Manja | |
Beg Sakti |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
Basikalku | ||||
Angin Malam | ||||
Dari Mana Nak Kemana | ||||
Kemarau Bermusim | ||||
Opah | ||||
2000 | Maria Mariana The Series | Doktor Farid | TV3 | |
2001-2011 | Gerak Khas | Supt. Razlan | TV2 | |
Di Sebalik Awan | ||||
Menara Impian | ||||
Anak Kerbau | ||||
Nayan Dan Nunis | ||||
Hatiku Hatiku Jua | ||||
Anak Seorang Primadona | ||||
Bonda | ||||
Mama | ||||
Berarak Memori Jingga | ||||
Dr Sim | ||||
2015 | Bukan Isteri Sempurna | TV3 | ||
2016 | 7 Hari Mencintaiku | Dato' Megat Idrus | TV3 | |
2017 | Papa Ricky | Shah | Astro Maya HD | |
2018 | Halalkan Hati Yang Ku Curi | TV3 |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2002 | Aku Kaya | Pengacara Aku Kaya | — | Terus ke VCD |
2012 | Diari Bella | Tan Sri Tajul | TV2 | Kemunculan khas |
Taubat Seorang Samseng | Astro Oasis | |||
2017 | Pintu No. 9 Masjid Nabawi | Dato' S. Roomai Noor | Astro Mustika HD |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Drama bersiri Gerak Khas paling lama bertahan Utusan Malaysia (15 Oktober 2015). Diperoleh pada 31 Oktober 2015.