Pergi ke kandungan

Zulkifli M. Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Zulkifli M. Osman
Kelahiran
Zulkifli bin Othman @ Yusof
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis, penerbit
Tahun aktif1976–kini
PasanganNursuzuwana Abdullah
Anak-anak6 (termasuk Falla Zully)
IbuAfida Es
BapaM. Osman
SaudaraAziz M. Osman (abang)

Dato' Zulkifli M. Osman merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia. Beliau merupakan adik kepada pengarah dan pelakon, Aziz M. Osman.

Zulkifli ialah anak kepada penyanyi veteran Allahyarham M. Osman dan pelakon veteran Afidah Es.[1] Anak kedua beliau, Puteri Nur Farra turut bergiat aktif dalam bidang seni sebagai penyanyi.[2] Mendapat pendidikan awal di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, ITM Shah Alam dalam jurusan Diploma in Business Studies dan Kolej Teknologi MEA Diploma In Directing Coordination.

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1976 menerusi filem Sayang Anakku Sayang arahan Datuk Jamil Sulong dibawah penerbitan Shaw Brothers dan menerusi filem Loceng Maut arahan Nas Achnas. Aktif dalam rancangan radio dan drama terbitan RTM semasa era kanak kanak lagi. Antaranya drama radio popular No 5 Persiaran Satu dan Drama bersiri Opah. Mengikut langkah abangnya Aziz yang menduduki kerusi sutradara, pada 1990, Zulkifli mengarahkan filem cereka pertamanya Mira Edora yang dibintangi oleh Julia Rais. Beliau seterusnya mengarahkan beberapa filem yang menerima kejayaan komersial seperti Suci Dalam Debu (1992), Kekasih Awal Dan Akhir (1993) dan Diari Romeo (2003). Pernah memenangi anugerah drama terbaik dalam anugerah skrin melalui drama Jutawan Segera dan drama komidi terbaik anugerah skrin melalui drama Badrul Oh Rahul.

Pada 2016, Zulkifli kembali mengarah dengan filem terbaru arahannya Misi Operasi X yang kini dalam penerbitan.[3] Mendapat penganugerahan darjah Dato Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada 2015 dan penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pelakon Pengarah Penulis
1976 Sayang Anakku Sayang Ya Tidak Tidak Filem pertama
Loceng Maut Ya Tidak Tidak Buyong
1981 Setinggan Ya Tidak Tidak Zul
1990 Mira Edora Tidak Ya Ya Filem arahan pertama
1992 Suci Dalam Debu Tidak Ya Tidak
Sahabat Tidak Ya Tidak
1993 Kekasih Awal Dan Akhir Tidak Ya Tidak
Rimba Malam Tidak Ya Tidak
1994 Femina Ya Tidak Tidak
1995 Putera Tidak Ya Ya
1996 Suratan Kasih Tidak Ya Tidak
Cinta Metropolitan Tidak Ya Tidak
1998 Badai Mantera Tidak Ya Ya
2003 Diari Romeo Tidak Ya Tidak
2004 Bisikan Remaja Ya Ya Ya
2007 Cinta Yang Satu Tidak Ya Ya
2012 Gentayangan Tidak Ya Tidak
2019 Misi Operasi X Tidak Ya Ya
2022 Kedai Antik Wak Jambi Ya Ya Ya Pojie Sebagai penerbit
2023 Bukan Hantu Biashe Biashe Ya Tidak Tidak Clown
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pelakon Pengarah Penulis
2021 Diva Popular Ya Tidak Tidak Awesome TV Penampilan khas

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV
Pelakon Pengarah Penulis
1987 Satria 200 Purnama Tidak Ya Tidak TV3
1993 Emma dan Aliya Tidak Ya Tidak
2004 Nyanyian Langsuir Tidak Ya Tidak VCD
2012 Misteri Parit Sonto Ya Tidak Tidak Dirinya sendiri Astro Warna
2023 Canting Tidak Ya Ya TV1
Hanya Johari Mengenal Maniam Tidak Ya Ya TV2
  1. ^ Pelakon M. Osman meninggal diserang angin ahmar Diarkibkan 2017-11-17 di Wayback Machine Utusan Malaysia (28 Julai 2001). Diperoleh pada 17 November 2011.
  2. ^ Mohd Al-QAayum Azizi (6 Ogos 2017). Anak Zulkifli M. Osman Jadi Penyanyi mStar Online. Diperoleh pada 28 April 2018.
  3. ^ Nor Akmar Samudin (5 September 2016). Misi tumpas komander ancam dunia Diarkibkan 2018-06-24 di Wayback Machine Harian Metro. Diperoleh pada 28 April 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]