Zulkifli Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berbahagia KJP Dato' Sri Haji
Zulkifli Omar
SSAP (Pah); DPJK, DPSK (Kel); DSAP, DIMP (Pah); DCSM (Mel); PJN; BCK (Ked)
Zulkifli omar.png
Ketua Pengarah
Jabatan Penjara Malaysia
Memegang jawatan
1 Jun 2009
MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin (2018-)
Ahmad Zahid Hamidi (2013-2018)
Hishammuddin Tun Hussein (2009-2013)
Didahului olehDatuk Mustafa b. Osman
Butiran peribadi
Lahir (1961-01-01) 1 Januari 1961 (umur 58)
Kota Bharu, Kelantan

Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar dilahirkan pada tanggal 1 Januari 1961 di negeri Kelantan. Beliau telah menamatkan pengajian peringkat universiti pada tahun 1984 di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang ekonomi.

Karier beliau di Jabatan Penjara Malaysia beliau bermula di Penjara Marang mulai 16 November 1986, sebelum ditukarkan ke Penjara Kajang pada 1 September 1987. Pada 16 November 1991, beliau telah dinaikkan pangkat ke Penguasa Penjara . Pada 1 Februari 1992, beliau ditukarkan ke Tempat Tahanan dan Perlindungan, Kota Kinabalu dan berada di institusi Penjara Sabah sehingga 1 Februari 1995, dimana telah ditukarkan kembali ke Penjara Marang. Pada 1 Jun 1995, beliau telah dinaikkan pangkat ke Penguasa Kanan Penjara.

Pada 16 September 1999, beliau telah ditugaskan sebagai Pengarah Penjara Alor Setar dan dinaikkan pangkat ke Pengarah Penjara pada 1 Julai 2000. Seterusnya, sinar kecemerlangan karier beliau membawa kepada kenaikan pangkat kepada Pengarah Kanan Penjara pada 23 Jun 2003 dan bertugas sebagai Pengarah Penjara Simpang Renggam mulai 16 September 2003.

Pada tahun 2004, beliau telah dikurniakan Darjah Kebesaran Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (B.C.K) dan pada 2006 telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P).

Pada 1 September 2005, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Operasi) sehinggalah tahun 2009 beliau dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Penjara dengan pangkat Komisioner Jeneral Penjara pada 1 Jun 2009 menggantikan Datuk Mustafa b. Osman.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Timbalan Ketua Pengarah Penjara
2005 – 2007
Penyandang Kemudian
Donald Wee May Kuen "TKPP (Operasi)"


Penyandang Terdahulu Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Operasi)
2007 – 2009
Penyandang Kemudian
diwujudkan pada tahun 2007 Wan Mohamad Nazarie


Penyandang Terdahulu Ketua Pengarah Penjara
2009 – kini
Penyandang Kemudian
Datuk Mustafa b. Osman penyandang