Zurinah Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Datuk Dr. Zurinah Hassan (13 Jun 1949 - ) merupakan salah seorang penyair dan tokoh Sasterawan Negara dari Malaysia. Beliau dilahirkan di Bakar Bata, Alor Setar, Kedah, dan telah menghasilkan sebanyak 19 buku antologi sajak, antologi puisi, kajian sastera, autobiografi, memoir, antologi cerpen dan novel.

Zurinah Hassan pada mulanya mengarang puisi secara sambilan, sebelum memutuskan untuk meletak jawatan bagi memenuhi keinginan berkarya sepenuh masa yang selama ini terganggu akibat beban kerja.

Zurinah Hassan berkarya dan menghayati keindahan alam dalam bentuk tulisan sejak berusia 12 tahun lagi. Zurinah turut cuba mengetengahkan persoalan sejagat dalam tulisannya termasuk puisi mengenai gejala melepak di kalangan remaja pada tahun 1990-an. Zurinah turut menghasilkan sebuah buku Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi, penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zurinah Hassan dianugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-86 pada 2014. Anugerah ini membawa gelaran Datuk. 

Beliau diumumkan sebagai tokoh Sasterawan Negara yang ke-13 pada 13 Oktober 2015. Pemilihan Zurinah itu dibuat berdasarkan sumbangan besarnya melalui karya dan pemikirannya terhadap pengembangan sastera serta impak dalam penyebaran ilmu.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Zurinah Hassan mendapat pendidikan formal awal di Sekolah Rendah Melayu Tikam Batu dan Sekolah Inggeris Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Beliau meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Convent Sungai Petani dan Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar Kedah. 

Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Sains Malaysia sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1974. Pengajiannya dilanjutkan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 2001. Beliau kemudian menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan memperolehinya pada tahun 2008.

Karya[sunting | sunting sumber]

  1. Keputusan (Sajak)
  2. Sesekali Aku Menjauhkan Diri Dari Puisi.
  3. Tanjung Dawai
  4. Sungai Tiang
  5. Dari Gunung Jerai ke Pekan Rabu
  6. Kuala Lumpur
  7. Pantai Remis
  8. Bas Stand Kelang

Hasil penulisan[sunting | sunting sumber]

  1. Sasterawan negara Usman Awang : DBP, 2006.
  2. Salasilah : kumpulan puisi : DBP, 2005.
  3. Menjelang pemilihan : DBP, 2004.
  4. Memoir Zurinah Hassan : menjejak puisi : UKM, 2003.
  5. Pujangga tidak bernama : DBP, 1994.
  6. Oh, bulan! Oh, bintang! : Longman Malaysia, 1992.
  7. Meneruskan perjalanan : DBP, 1987
  8. Keberangkatan : DBP, 1985.

Pencapaian dan anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Tokoh Sasterawan Negara 2015
  • Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Award) 2004
  • Hadiah Sastera 1984
  • Hadiah Kategori Buku
    1. Pujangga Tidak Bernama-Hadiah Sastera Perdana (1994/1995)
    2. Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi - Hadiah Buku Perpustakaan Negara (2002/2004)
    3. Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi - Hadiah Sastera Perdana (2002/203)
  • Hadiah-hadiah untuk karya-karya puisi, cerpen (eceran) Hadiah sastera Perdana
  • Hadiah Pertama Pertandingan Menulis Cerpen Berunsur Islam Jabatan Perdana Menteri 1984
  • Hadiah Utama Anugerah Puisi Putera, 1984

Terjemahan ke bahasa Rusia[sunting | sunting sumber]

  • Zurinah Hassan. Hidup dari jendela kereta api; Perkahwinan – Kata seorang perempuan. Diterjemahkan oleh Marina Eliseeva, Victor Pogadaev, Maria Boldireva. - Sumur di Ladang. Puisi Melayu Tradisional dan Moden. Penyunting B.B. Parnickel. Moscow: Persatuan Nusantara, 1996, hlm. 102-103.
  • Zurinah Hassan. Kota Melaka; Mencari Ruang; Kuala Lumpur; Menghadap ke pelabuhan. Diterjemahkan oleh Andrei Orlov. – Majalah Sastera Pereplet Rusia, 30 Mac 2004. http://www.pereplet.ru/text/orlov30mar04.html
  • Zurinah Hassan. Catatan untuk Suami; Apabila kata-kata menjadi sebuah dosa. - Bertahta Di Atasnya. Puisi Penyair Malaysia dan Indonesia Dalam Terjemahan Victor Pogadaev. Moscow: Klyuch-C, 2009, hlm. 82-83.
  • Zurinah Hassan. Catatan untuk Suami; Apabila kata-kata menjadi sebuah dosa. Diterjamahkan oleh Victor Pogadaev. – Puisi Perempuan. Laman web Natalia Laidinen. http://www.laidinen.ru/women.php?part=7283&letter=%D5
  • Zurinah Hassan. Menghadap Pelabuhan. Antologi dua bahasa. Diterjamahkan oleh Victor Pogadaev. Kuala Lumpur: ITBM, 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]