Adik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Filem Adik
PengarahAziz Sattar
Penulis
Lakon layarAziz Sattar
Cerita olehV.N. Raj
Dihasilkan olehSV Productions
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
SV Productions
Tarikh tayangan
1990
Masa tayangan
95 Minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Filem Adik merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 1990 yang diarahkan oleh Aziz Sattar dan dibintangi oleh Mr. Os, Mustapha Kamal, Nor Albaniah, Yusof Wahab, Accapan, Din Glamour . Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1990.[1]

Filem ini mula ditayangkan pada 1990 dan penghasilannya diuruskan oleh SV Productions. Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu. Filem ini terinspirasi dari filem Jackie Chan iaitu Heart of the Dragon.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengenai seorang abang yang baik dan bertanggungjawab mempunyai adik kurang upaya. Rosli hidup sehari-hari sebagai seorang mekanik bersama rakannya, Accapan sambil dia bertanggungjawab menjaga adiknya, Os yang cacat akal setelah kematian kedua orang tua mereka.

Setelah mula berkenalan dengan Ayu, Rosli berada dalam dilema apabila terpaksa memilih antara Os atau Ayu untuk mengisi ruang hidupnya sementara Azman mula kurang senang dengan kehadiran Rosli yang dilihat begitu rapat dengan Ayu. Atas nasihat berbaur cemburu dari Ayu, Rosli menghantar Os ke Hospital Bahagia agar Os mendapat jagaan terbaik dari pihak hospital. Setelah beberapa lama, Rosli membawa pulang Os setelah menerima nasihat dari Accapan.

Pada masa yang sama, Azman dan kuncunya berada dalam perhatian polis atas dakwaan mengedar dadah. Berlaku adegan berbalas tembakan antara pihak Azman dan pihak polis di sebuah pusat rekreasi namun Azman berjaya meloloskan diri ke sebuah tapak pembinaan yang kebetulan adanya Os dan rakan-rakannya sedang bermain di sana. Dengan bantuan Os, pihak polis berjaya memberkas Azman.

Mendengar keterangan dari pegawai polis di balai, Rosli bersyukur tiada apa-apa berlaku kepada Os dan Ayu yang mengikut Rosli bersama meminta maaf kepada Os atas segala kesalahan yang dilakukan.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem Adik ini dihasilkan oleh SV Productions.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Filem ini dikelaskan sebagai U dengan beseluruhan bahan sesuai ditonton oleh semua golongan masyarakat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Adik / 1990". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-19. Dicapai pada 2018-07-29.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]