Bumbung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rumah dengan atap jerami di Niigata, Jepun.

Bumbung atau atap merupakan bahagian paling atas sesebuah bangunan yang dibina untuk memberikan perlindungan bangunan daripada hujan, salji, angin dan suhu melamapau serta cahaya matahari.[1]

Ciri-ciri sebuah bumbung adalah bergantung kepada rupa bentuk bangunan, bahan-bahan yang ada untuk digunakan, cita rasi reka bentuk dalam pembinaan bumbung dan kadangkala dikawal oleh undang-undang tempatan.

Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan bumbung adalah pelbagai, daripada daun pelepah tumbuhan jenis palma dan ilalang (antaranya rumbia, kelapa, enau dan nipah)[2] atau jerami hinggalah ke bahan-bahan moden seperti zink dan kuprum.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Harris, Cyril M. (penyunting). Dictionary of Architecture and Construction, Third Edition, New York, McGraw Hill, 2000, m/s. 775
  2. ^ Abdul Malik (2012). Arsitektur Tradisional Melayu Kepulauan Riau (PDF). Tanjungpinang, Riau: Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Maritim Raja Ali Haji. m/s. 26.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Bumbung di Wikimedia Commons