Cuaca

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sains atmosfera [kat.]
Meteorologi [cat.]
Cuaca [kat.]
Fizik atmosfera
Kimia atmosfera
Klimatologi [kat.]
iklim [kat.]
perubahan iklim [kat.]

Cuaca (Jawi: چواچ) ialah istilah yang digunakan untuk menghuraikan semua fenomena yang banyak dan pelbagai yang boleh berlaku dalam atmosfera planet serta kesannya kepada kehidupan dan aktiviti manusia[1] Cuaca Bumi banyak berlaku dalam lapisan troposfera yang paling rendah.[2][3] Ia disebabkan perbezaan tekanan udara, suhu dan kelembapan antara satu tempat dengan satu tempat yang lain.

Fenomena cuaca diukur, dianggarkan atau diramal selama tempoh masa yang pendek, biasanya ramalan tujuh hari boleh meramalkan dengan tepat kira-kira 80 peratus dan ramalan lima hari boleh meramal cuaca dengan tepat kira-kira 90 peratus. Walau bagaimanapun, ramalan 10 hari—atau lebih lama—hanya tepat kira-kira separuh masa. Purata keadaan atmosfera untuk tempoh yang lebih panjang dikenali sebagai iklim.[4] Penggunaan dua istilah ini selalu bertindih dan konsep ini jelas berhubung kait rapat.

Mekanisme asas[sunting | sunting sumber]

Fenomena cuaca terhasil akibat daripada kelainan suhu seluruh dunia yang timbul sebahagian besarnya kerana kawasan yang lebih dekat kepada tropika, di sekitar khatulistiwa, menerima lebih tenaga dari Matahari berbanding bahagian utara dan selatan yang lebih dekat kepada kutub Bumi.

Lantaran kedua kelainan suhu pada Bumi ialah kelainan permukaan tempat (seperti air lautan, tanah berhutan, dan kepingan ais) yang mempunyai kebolehpantulan berbeza (albedo) dan dengan itu menyerap dan menyinarkan kadar berlainan bagi suatu tenaga suria yang diterima.

Perbezaan suhu permukaan mengakibatkan arus angin menegak. Permukaan panas akan memanaskan udara di atasnya, menyebabkan ia mengembang dan naik ke atas, menurunkan tekanan udara dan menarik udara yang lebih sejuk ke tempat tersebut. Udara panas yang mengembang dan naik itu akan kehilangan haba dan menyejuk, lantas menyebabkannya mengecut dan turun ke bawah, meningkatkan tekanan udara dan menggantikan udara yang berada di bawahnya.

Arus angin melintang terbentuk di sempadan kawasan yang berbeza kepanasan dan boleh menjadi-jadi jika terdapat permukaan cerun. Sistem ringkas ini boleh menimbulkan tingkah laku yang menghasilkan sistem yang lebih rumit dan demikian semua fenomena cuaca. Contoh skala besar proses ini boleh dilihat di sel Hadley dan bentuk lain peredaran atmosfera. Contoh kecilan pula adalah seperti bayu laut.

Kesan Coriolis merupakan punca penting bagi kejadian putaran besar asing yang dikenali sebagai siklon.

Oleh itu, punca asas cuaca ialah suhu permukaan di samping punca ketinggian.

Oleh kerana paksi Bumi miring sedikit (tidak berserenjang dengan satah orbitnya), cahaya matahari sampai pada sudut yang berbeza pada waktu yang berbeza dalam setahun. Semasa Jun, Hemisfera Utara condong ke arah matahari, jadi pada mana-mana latitud cahaya matahari akan jatuh lebih menegak berbanding pada Disember (lihat kesan sudut matahari pada iklim). Keadaan ini menghasilkan musim. Sebarang liukan dalam orbit planet akan mengubah jumlah tenaga yang diterima di suatu tempat sepanjang tahun dan barangkali mempengaruhi pola cuaca jangka panjang. Lihat kitaran Milankovitch.

Cuaca bumi[sunting | sunting sumber]

Awan kumulus humilis

Di Bumi, fenomena cuaca yang sering berlaku termasuklah angin, awan, hujan, salji, kabus dan ribut pasir. Perkara lain yang lebih jarang termasuklah bencana alam seperti puting beliung, ribut taufan dan ribut ais. Hampir semua fenomena cuaca di Bumi terjadi di troposfera (bahagian bawah atmosfera). Ada juga yang berlaku di stratosfera dan mempengaruhi cuaca di troposfera, namun mekanismanya masih belum difahami. [5]

Atmosfera Bumi ialah satu sistem huru-hara yang mana pertukaran kecil pada satu bahagian mampu memberi kesan besar di kawasan lain. Keadaan ini menjadikannya sukar bagi menjangka dengan tepat pertukaran cuaca jangka pendek lebih daripada beberapa hari lebih awal sungguhpun kajian cuaca terus meningkatkan batas ini melalui sains kajian cuaca, meteorologi.

Teori Huru-Hara menjelaskan bahawa terdapat pemboleh ubah tidak terhingga yang mampu memberi pengaruh kepada cuaca. Kelainan kecil pada pergerakan sebarang molekul di udara memberi kesan kepada keadaan atmosfera. Perbezaan kecil mampu memberi kesan kepada troposfera cukup untuk mendorong kepada keadaan berlainan sepenuhnya. Dengan itu, jangkaan cuaca dengan tepat adalah tidak mungkin.

Kriteria Mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, khususnya setiap pada penghujung tahun, hujan lebat sentiasa berlaku lebih-lebih lagi di bahagian Pantai Timur dan akan mengakibatkan banjir besar. Jabatan Meteorologi Malaysia telah menetapkan paras amaran dengan warna kuning, jingga dan merah. Berikut ialah penerangan mengenai warna amaran itu: [6]

Peringkat amaran Kriteria Kesan yang boleh berlaku
Kuning
  • Kemungkinan berlaku luruan monsun dalam tempoh 24-48 jam.
Jingga
  • Hujan monsun sederhana sedang berlaku untuk beberapa jam akan datang.

atau

  • Banjir di kawasan rendah dan tebing sungai.
  • Sistem tekanan rendah / lekukan tropika dengan kelajuan angin 50-60 km/j disertai hujan sederhana menjadi lebat.

atau

  • Bumbung rumah boleh diterbangkan angin.
  • Angin kencang dengan kelajuan 50-60 km/j (pokok bergoyang, apabila berjalan melawan angin berasa tidak selesa) dengan hujan renyai menjadi sederhana dan akan bertahan sehingga 2 jam.
Merah
  • Hujan monsun yang lebat dan meluas berlaku atau dijangka berlaku dalam beberapa jam akan datang.

atau

  • Arus banjir berlaku di kawasan rendah dan tebing sungai.
  • Ribut tropika/taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60 kmsj disertai hujan sederhana menjadi lebat.

atau

  • Arus deras boleh membahayakan kanak-kanak yang bermain berdekatan dengan longkang besar dan tebing sungai
  • Angin kencang dengan kelajuan sekurang-kurangnya 60 kmsj(dahan sekah, biasanya menghalang pergerakan yang menentang arah angin, berlaku kerosakan struktur) dengan hujan sederhana menjadi lebat dan bertahan sehingga 2 jam.
  • Bumbung rumah boleh diterbangkan angin.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Weather". Glossary of Meteorology. American Meteorological Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-07.
  2. ^ Glossary of Meteorology. Hydrosphere. Diarkibkan 15 Mac 2012 di Wayback Machine Retrieved on 27 June 2008.
  3. ^ "Troposphere". Glossary of Meteorology. 28 September 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2012. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  4. ^ "Climate". Glossary of Meteorology. American Meteorological Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 July 2011. Dicapai pada 14 May 2008.
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-27. Dicapai pada 2006-08-03.
  6. ^ "Kriteria Mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk". Jabatan Meteorologi Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-31. Dicapai pada 31 Disember 2014.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Error: tiada nama laman disertakan (help).