Jerebu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suasana jerebu dari udara
Jerebu di Kuala Lumpur.

haze ialah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar kejelasan langit.[1] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah-zarah kecil sebegini terkumpul di paras rendah atmosfera yang kering sehingga mencapai ketepuan tertentu yang boleh mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan; zarah-zarah ini boleh tersebar melalui banyak tindakan manusia termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), kebakaran terbuka baik secara sengaja atau tidak pada hutan dan gambut serta juga asap dilepaskan kegiatan perindustrian dan kenderaan.

Fenomena ini akan kelihatan dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) keperangan atau kebiruan bergantung pada arah penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari berbanding dngan kabus lepasan udara lembap yang cenderung kelihatan biru-kelabuan. Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu sebegini dikenali sebagai "jerebu basah."

Istilah "jerebu" dalam konteks meteorologi umumnya merujuk kepada aerosol jenis basah yang tersebar hasil tindak balas kimia kompleks yang berlaku - seperti pelepasan gas sulfur dioksida dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni asid sulfurik - lalu mengurangkan penglihatan. Tindak balas ini dikuatkan lagi dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi, dan keheningan udara. Satu komponen halus aerosol jerebu basah kelihatannya datangnya dari bahan yang dikeluarkan oleh pokok, seperti terpena. Kesemua faktor ini boleh menyimpulkan kecenderungan jerebu basah berlaku di kawasan geografi yang mengalami musim panas lembab di mana keadaan yang terzahir . Kawasan luas yang diselitupi jerebu yang meliputi beribu-ribu kilometer mampu terhasil dalam keadaan yang sesuai pada setiap musim panas.

Ufuk Los Angeles yang diselitupi jerebu.
Jerebu .
Jerebu melitupi Masjid Faisal di Islamabad.

Penyukatan[sunting | sunting sumber]

Kod panduan Pertubuhan Meteorologi Sedunia termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori kabus, kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk, pasir dan salji.[2]

Indeks Pencemaran Udara[sunting | sunting sumber]

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

Pencemaran udara[sunting | sunting sumber]

Perbatasan angin sejuk, dikaitkan dengan asbut, di Laut Kuning. Perbatasan angin sejuk, ketika bergerak ke selatan, menyerap asbut dari timur China membentuk "perbatasan asbut"

Jerebu sering berlaku apabila debu dan asap zarah berkumpul di udara yang kering. Apabila keadaan cuaca menghalang penyebaran asap dan bahan cemar lain, ia memekat dan membentuk tabir rendah yang biasanya tergantung rendah yang menjejaskan penglihatan dan mungkin menjadi ancaman kesihatan pernafasan. Pencemaran industri pula boleh menyebabkan jerebu tebal, yang dikenali sebagai asbut.

Sejak tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing di Asia Tenggara, kebakaran hutan di Indonesia yang dibakar bagi membersihkan tanah menjadi punca. Sebagai tindak balas pada jerebu 1997 di Asia Tenggara itu, negara-negara ASEAN bersetuju dengan Pelan Tindakan Jerebu Serantau (1997). Pada tahun 2002, semua negara ASEAN kecuali Indonesia menandatangani Perjanjian Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan , tetapi pencemaran masih merupakan masalah pada hari ini. Di bawah perjanjian itu sekretariat ASEAN menjadi tuan rumah penyelarasan dan unit sokongan. [3]

Masalah kesihatan[sunting | sunting sumber]

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:

  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:

  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:

  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan

Penghalangan[sunting | sunting sumber]

Jerebu menimbulkan isu dalam penggambaran bumi ("terrestrial photography"), di mana penembusan sejumlah besar atmosfera tebal mungkin perlu bagi mengambil gambar subjek jarak jauh. Ini menghasilkan kesan pandangan seperti kehilangan perbandingan ("kontras") pada subjek, akibat dari kesan penyelerakan cahaya melalui partikal jerebu. Disebabkan ini, warna matahari terbit dan terbenam kelihatan kelam pada hari berjerebu, dan bintang mungkin kabur pada waktu malam. Dalam sesetengah kes, kemerosotan akibat jerebu amat teruk sehinggakan pada waktu matahari terbenam, matahari hilang sama sekali sebelum mencecah ufuk.[4] Jerebu boleh ditakrifkan sebagai bentuk udara kesan Tyndall dengan itu tidak seperti kesan atmosfera lain seperti berawan dan kabus, jerebu adalah bentuk spektrum yang lebih khusus: panjang gelombang (biru) lebih pendek diselerak lebih banyak, dan panjang gelombang (merah/infra) yang lebih panjang kurang diselerak. Disebabkan ini kebanyakan lens super-telefoto sering memasukkan penapis atau diselitupi lapisan kuning bagi meningkatkan perbezaan ("kontras") imej.

Pengambaran Infra ("IR - Infrared imaging") juga mungkin digunakan bagi menembusi jerebu pada jarak jauh, dengan gabungan penapis optik penembus-IR (seperti Wratten 89B) dan pengesan sensitif-IR.

Jerebu di Asia Tenggara[sunting | sunting sumber]

Jerebu di Kuala Lumpur pada 2006

Jerebu merupakan satu masalah biasa di Asia Tenggara akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal. Akibat jerebu teruk pada September 1997, 7 anggota ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution) pada 2002.

Pada Ogos 2005, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang. Dua kawasan diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah IPU di dua kawasan itu mencecah lebih 500.[5][6]

Pada 2006, masalah jerebu berulang lagi. Pada Jun 2013 jerebu datang kembali seluruh asia tengara terutamanya di Singapura & Malaysia. Di Malaysia, kawasan yang paling teruk terjejas adalah di Muar dan Ledang yang terletak di Johor dan juga di Bukit Rambai yang terletak di Melaka. IPU di kawasan tersebut mencecah sehingga 746[1] pada jam 7 pagi 23 Jun 2013 dan kawasan ini telah pun diisytihar darurat. Bagi kawasan - kawasan lain, IPU juga mencatatkan peningkatan yang tinggi. Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah - sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para pelajar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kamus Dewan DBP. Jerebu. Diarkibkan 2007-10-10 di Wayback Machine Diperolehi pada 4 Mac 2007.
  2. ^ "WMO Manual on Codes" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-10-31. Dicapai pada 2013-06-24.
  3. ^ "ASEAN action hazeonline". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-02-05. Dicapai pada 2005-08-12.
  4. ^ Figure 1. "The setting sun dimmed by dense haze over State College, Pennsylvania on 16 September 1992". "Haze over the Central and Eastern United States". The National Weather Digest. March 1996. Dicapai pada April 26, 2011.
  5. ^ Utusan Malaysia. 2 tempat darurat -- IPU di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang melepasi 500.
  6. ^ Bernama. IPT Diarah Tangguh Semua Kuliah Jika IPU Melebihi 400.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]