Jus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Segelas jus oren

Jus; (Jawi: جوس ) (pinjaman daripada bahasa Inggeris juice serapan jus / juis / jouis dalam bahasa Perancis kuno, "air rebusan herba" s. 1300.[1]) ialah cecair yang secara semula jadi terkandung dalam pati buah atau sayuran. Jus secara mekanikalnya disediakan cukup menerusi kaedah perahan sama ada menggunakan alatan atau mesin khusus mengeluarkan cecair dalamnya.

Jus biasanya merupakan minuman kegemaran ketika masa bersantai, sarapan, mahupun minum petang. Ia sesuai diminum begitu sahaja atau juga dicampur bersama soda, air berkarbonat ataupun tenusu seperti susu skim dan yogurt menambahkan perisa tersendiri (seperti dalam smoothie).

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Pengekstrakan[sunting | sunting sumber]

Pemerahan melibatkan menekan isi buahan ataupun sayuran sehingga terpecah sel-sel dalam isi; air atau cecair terkeluar hasil perahan itulah jus.

Jus yang terkeluar ini ditapis untk mengeluarkan gentian serat atau pulpa buah bersaiz besar yang barangkali mengeruhkan jus serta menjadikan ia tidak enak diminum. Namun, jus buah pulpa buah seperti oren sejak kebelakangan hari ini mendapat sambutan menggalakkan kerana pulpa buah oren yang lebih ranggup dan berjus manis.

Pengawetan[sunting | sunting sumber]

Kaedah umum untuk memelihara kesegaran jus ketika memproses jus dari buah mahupun sayuran biasanya melibatkan kaedah pengetinan, pembungkusan, pempasteuran,[2] pemekatan, pembekuan, pengeluwapan dan semburan kering. Ini penting dalam memelihara kesegaran jus dan membunuh mikrob yang boleh merosakkan mutu penyediaan jus.[3]

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Kandungan gula ringkas seperti glukosa dan fruktosa dalam jus mampu membekalkan tenaga kepada peminum selain juga nutrien lain termasuk karotenoid, polifenol dan vitamin C yang memanfaat kesihatan diri.[4]

Kandungan jus yang ditambah gula selain gula asli buayan ada kaitan sebagai faktor penambahan berat badan,[5][6] namun tidak semua kajian menunjukkan kesan dan kesimpulan yang sama.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Online Etymology Dictionary". Dicapai pada 26 Januari 2017.
  2. ^ Ryan A. Ward (1 Mei 2011). "A Brief History of Fruit and Vegetable Juice Regulation in the United States". Works.bepress.com. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-02-14. Dicapai pada 27 Disember 2015.
  3. ^ "Understanding Concentrated Juice".
  4. ^ Benton, David; Young, Hayley A (2019). "Role of fruit juice in achieving the 5-a-day recommendation for fruit and vegetable intake". Nutrition Reviews. 77 (11): 829–843. doi:10.1093/nutrit/nuz031. PMC 6786897. PMID 31504822.
  5. ^ Myles S. Faith; Barbara A. Dennison; Lynn S. Edmunds; Howard H. Stratton (2006-07-27). "Fruit Juice Intake Predicts Increased Adiposity Gain in Children From Low-Income Families: Weight Status-by-Environment Interaction". Pediatrics. 118 (5): 2066–2075. doi:10.1542/peds.2006-1117. PMID 17079580.
  6. ^ Andrea M Sanigorski; A Colin Bell; Boyd A Swinburn (2006-07-04). "Association of key foods and beverages with obesity in Australian schoolchildren". Public Health Nutrition. 10 (2): 152–157. doi:10.1017/s1368980007246634. hdl:10536/DRO/DU:30007696. PMID 17261224.
  7. ^ O'Neil, CE; Nicklas, TA; Kleinman, R (Mar 2010). "Relationship between 100% juice consumption and nutrient intake and weight of adolescents". Am J Health Promot. 24 (4): 231–7. doi:10.4278/ajhp.080603-quan-76. PMID 20232604.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]