Sarkas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Iklan untuk Sarkas Barnum & Bailey, 1900.

Sarkas (Mal., Sin.) atau sirkus (Ind.) adalah suatu kelompok yang mempersembahkan pelbagai pertunjukan merangkumi akrobat, jugel, badut, haiwan terlatih, ahli silap mata pelagak ngeri dan sebagainya untuk menghiburkan penonton ramai.

Pertunjukan-pertunjukan ini lazim diadakan dalam suatu binaan berupa tenda besar dengan tempat duduk melingkar bujur sekeliling ring utama; namun atraksi sirkus modern biasanya diadakan di dalam gedung-gedung besar juga, supaya tidak perlu adanya gangguan disebabkan cuaca; contohnya Cirque de Soleil di Las Vegas.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua perkataan "sarkas" (meminjam bahasa Inggeris) dan "sirkus" (meminjam bahasa Belanda) berakar daripada perkataan bahasa Latin circus,[1] ia pula pinjaman Bahasa Yunani κίρκος kirkos terbitan metatesis κρίκος krikos yang bererti "bulatan" atau "lingkaran".[2] Circus ini pula dipercayai merujuk kepada acara-acara sukan yang diadakan untuk hiburan ramai semasa zaman Rom purba yang turut diberi nama ludi.

Sejarah perkembangan[sunting | sunting sumber]

Circus Maximus[sunting | sunting sumber]

Sepertimana yang disebut, sarkas yang diketahui umum mula dikembangkan dalam Tamadun Romawi dengan adanya Circus Maximus ("lingkaran besar") di pusat kota Roma, kawasan ini dibangunkan dengan lingkaran menempatkan banyak tempat duduk menampung ribuan orang penonton yang menyaksikan perlumbaan pedati, pelagak akrobatik malah kadangkala juga pertunjukan gladiator.

Penyebaran agama Kristian semakin lama semakin menjadikan hiburan ini tidak begitu disukai dan dijauhi sampai selewat abad ke-6.

Philip Astley dan peloporan sarkas moden[sunting | sunting sumber]

Philip Astley merupakan seorang pegawai tentera berkuda dari Newcastle-under-Lyme, England yang mula membangunkan suatu lapangan khusus berupa amfiteater[3] yang memudahkan persembahan para penunggang berkuda melakukan helah menarik di Lambeth, London pada 4 April 1768.[4][5][6][7] Rekaan lokasi Astley dilihat unik melalui binaan ia yang melingkar membentuk bulatan berbanding rekaan-rekaan semasa lain yang cenderung melonjong pada ketika itu;[8] diameter lingkaran ini yang berukuran 42 kaki turut dijadian tetapan dipakai banyak sarkas sejak itu.[7] Pelagak-pelagak seperti akrobat dan badut turut ditambah sejak temasya diadakan beliau tahun 1770 untuk mengisi kekosongan yang ada antara acara-acara utama.[7]

Acara yang ada[sunting | sunting sumber]

Penjinak harimau bintang.

Aksi dari manusia[sunting | sunting sumber]

Badut dilibatkan untuk mewujudkan suasana lucu dalam persembahan-persembahan ini melalui aksi slapstik.

Aksi dari haiwan terlatih[sunting | sunting sumber]

Haiwan-haiwan yang digunakan dalam pertunjukan sering yang berjenis buas atau eksotik seperti gajah, beruang, singa, harimau, himar dan unggas.

Perkara ini sering mendatangkan kontroversi daripada bagaimana haiwan-haiwan ini dijaga - ada sesetengah acara mengendalikan haiwan-haiwan tersebut dengan begitu kasar sehingga mencederakan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bandingkan:
    • circus, Charlton T. Lewis, Charles Short, A Latin Dictionary, di Perseus
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "circus - (beesten- en acrobatenspel)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
    • Kwik Khing Djoen (1923). "circus (E dari L)". Kitab Vortaro: Segala Perkatahan-Perkatahan Asing Jang Soeda Oemoem Di Goena Ken Di Dalem Soerat-Soerat Kabar Melayoe. Batavia: Sin Po. m/s. 65. ...komedi koeda, satoe tempat jang boeder boeat pertoendjoekan roepa-roepa permaenan; satoe tempat boeat pertoendjoekan roepa-roepa kepandean menoenggang koeda.
  2. ^ krikos, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  3. ^ Stoddart, Helen (2000). Rings of Desire: Circus History and Representation. Manchester: Manchester University Press. m/s. 13–15. ISBN 978-0719052347.
  4. ^ Marius Kwint, ‘Astley, Philip (1742–1814)’, Oxford Dictionary of National Biography, Oxford University Press, 2004; online edn, Jan 2008 accessed 7 Jan 2014
  5. ^ Speaight, George (1980). A History of the Circus. London: Tantivy Press.
  6. ^ The Oxford English Dictionary lists the 1791 book The History of the Royal Circus about Philip Astley's troupe as the first written use of the word to describe the modern circus.
  7. ^ a b c "The circus comes to the Circus". BBC News. Retrieved December 13, 2014.
  8. ^ Joe Nickell (2005). "Secrets of the sideshows". p.8. University Press of Kentucky, 2005

Sumber utama[sunting | sunting sumber]

  • The Circus: A Book To Begin On oleh Mary Kay Phelan (Holt, Rinehart, and Winston - 1963)