Perkhidmatan bas pengangkutan awam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bas pengangkutan beroperasi di Campinas, Brazil

Perkhidmatan bas pengangkutan awam adalah bentuk pengangkutan awam berdasarkan operasi tetap bas alihan sepanjang laluan yang berhenti di perhentian bas yang telah ditetapkan terlebih awal sebelumnya dan diterbitkan dalam jadual pengangkutan awam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal[sunting | sunting sumber]

Parisian Omnibus, akhir abad ke sembilan belas.
Jadual masa pengangkutan awam bagi perkhidmatan bas di England pada 1940-an dan 1950-an

Sungguhpun terdapat petanda ujian dengan pengangkutan awam di Paris seawal 1662,[1][2][3] terdapat bukti "laluan bas" berjadual dari "Market Street di Manchester sehingga ke Pendleton, Greater Manchester di Bandar Salford UK yang dimulakan oleh John Greenwood pada tahun 1824.[4]

Satu lagi tuntuban bagi sistem pengangkutan awam pertama bagi kegunaan umum kelihatannya berasal dari Nantes, Perancis pada tahun 1826. Stanislas Baudry, seorang pegawai tentera bersara yang membina mandian umum yang menggunakan haba buangan dari kilang tepungnya di pinggir bandar, memulakan laluan pendek antara pusat bandar ke tempat mandiannya. Perkhidmatan tersebut bermula dari Place du Commerce, di luar kedai topi milik M. Omnès, yang memaparkan moto Omnès Omnibus (Latin bagi "semua benda bagi seua orang" atau "semua untuk semua") pada dean kedainya. Apabila Baudry mendapati bahawa para penumpang turut berminat untuk turun di antara laluan sebagaimana untuk pergi ke tempat mandiannya, dia telah menukar tumpuan laluannya. Voiture omnibus ("gerabak untuk semua") barunya menggabungkan fungsi pedati hackney sewa dengan stagecoach yang melalui laluan yang ditetapkan dari rumah tumpangan ke rumah tumpangan, membawa penumpang dan surat. Omnibusnya memiliki ciri-ciri bangku kayu yang memanjang di sisi kenderaan; pelanggan masuk dari belakang.

Pada tahun 1828, Baudry pergi ke Paris di mana dia mengasaskan syarikat di bawah nama Entreprise générale des omnibus de Paris, sementara anaknya Edmond Baudry mengasaskan dua syarikat yang sama di Bordeaux dan di Lyons.[5] Surat akhbar London melaporkan bahawa pada 4 Julai 1829 bahawa "kenderaan baru yang dikenali sebagai omnibus, memulakan perkhidmatan pagi ini antara Paddington ke Bandar". Perkhidmatan bas ini dikendalukan oleh George Shillibeer.

Perkhidmatan omnibus pertama di New York bermula pada tahun 1829, apabila Abraham Brower, seorang usahawan yang mengatur syarikat pemadam api sukarelawan, mengasaskan laluan sepanjang Broadway bermula dari Bowling Green. Bandar Amerika Syarikat yang lain turut menurut: Philadelphia pada tahun 1831, Boston pada tahun 1835 dan Baltimore pada tahun 1844. Dalam kebanyakan kes, gabenor bandar membenarkan syarikat swasta—biasanya pemilik kandang yang telahpun dalam perniagaan kereta kuda atau mengangkut barangan—fransis esklusif bagi mengendali gerabak awam sepanjang laluan khusus. Sebagai balasan, syarikat bersetuju mengekalkan tahap perkhidmatan minima yang tertentu.

Omnibus turut menambah jangkauan bandar yang muncul. Perjalanan dari bekas kampong Paddington ke pusat perniagaan London di "Bandar" sangat jauh, walaupun untuk pemuda yang berada dalam keadaan sihat. Omnibus dengan itu menawarkan pinggir bandar capaian lebih mudah pada pusat bandar. Omnibus menggalakkan perbandaran. Secara sosial, omnibus meletakkan penduduk bandar, walaupun sekadar setengah jam, dalam keadaan yang tidak pernah berlaku sebelumnya, hubungan fizikal yang rapat dengan orang asing, bersesak lutut dengan lutut. Hanya mereka yang amat miskin terpinggir. Pembahagian masyarakat bandar yang baru wujud, membahagikan antara mereka yang memiliki kereta kuda yang yang tiada. Idea "perdagangan gerabak", mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki mereka di jalan, yang mendapatkan barangan dibawa dari kedai kepada mereka untuk dinilai, bermula dari kesesakan omnibus.

Bas bermotor[sunting | sunting sumber]

John D. Hertz mengasaskan "Yellow Coach Manufacturing Company" pada tahun 1923 dan kemudiannya menjualkan kebanyakan kepentingan syarikat tersebut pada General Motors pada tahun 1925.

Bermula dari 1920-an General Motors dan yang lain mula membeli sistem kereta jalanan sepanjang Amerika Syarikat dengan tujuan menggantikannya dengan bas dalam apa yang dikenali sebagai Skandal Kereta Jalanan Amerika Syarikat Agung.[6] Ini diikuti dengan siri berterusan peningkatan teknikal: tayar angin pada awal 1920-an, pembinaan badan monokoque pada tahun 1931, penghantaran automatik pada tahun 1936, bus berenjin disel pada tahun 1936, bas 50+ penumpang yang pertama diterima pada tahun 1948, dan bas pertama dengan sistem gantungan angin pada tahun 1953.[7]

Penahanan Rosa Parks pada tahun 1955 kerana tidak memberikan tempat duduknya kepada orang kulit putih di bas awam dianggap sebagai salah satu kajadian pemangkin bagi Pergerakan Hak Aam Afrika-Amerika(1955–1968) di Amerika Syarikat.

Jenis perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pengangkutan bandar[sunting | sunting sumber]

Bas dua tingkat Arriva broperasi di jaringan Bas Landon.
Bas di Curitiba, Brazil
Bas bandar di Gómez Palacio, Durango, Mexico.

Nama jenis perkhidmatan bas berbeza serata dunia menurut tradisi tempatan atau pemasaran, sungguhpun perkhidmatan boleh dikelaskan kepada jenis asas berdasarkan panjang laluan, kekerapan, tujuan kegunaan, dan jenis bas digunakan.

Model tambang[sunting | sunting sumber]

Pemandu bas pengangkutan awam mungkin diperlukan membuat kutipan tambang, memeriksa pas perjalanan atau pas perjalanan percuma, atau menyelia pendebitan kad simpan nilai. Ini mungkin memerlukan pemasangan peralatan pada bas. Lain juga, tugas dan peralatan ini mungkin diwakilkan pada konduktor yang menaiki bas. Di kawasan lain, pas pengangkutan awam mungkin beroperasi pada asas tambang sifar, atau pengesahan kad mungkin melalui penggunaan sistem bukti pembayaran di atas/ di bawah, diperiksa oleh pengawal tiket perayau yang menaiki dan turun bas secara rawak.

Dalam sesetengah sistem saingan, an incumbent operator may introduce a “low cost unit” paying lower wages, in order to be able to offer lower fares, using older buses cascaded from a main fleet to also reduce costs. In some sectors, operators such as Megabus (both in the UK and in North America) have attempted to emulate the low cost airlines model in order to attract passengers through low fares, by offering no frills bus services.

Peraturan[sunting | sunting sumber]

Dalam kesemua kes di dunia membangun, perkhidmatan bas pengangkutan awam biasanya tertakluk kepada bentuk kawalan perundangan dari segi tahap keselamatan kenderaan dan kaedah operasi, dan biasanya tahap tambang yang dikenakan dan laluan beroperasi.

Perkhimatan bas awam di sesetengah negara juga semakin dibuat mudah diguna, sering kali akibat peraturan dan cadangan yang diberikan dalam perundangan diskriminasi kurang upaya. Ini memberikan pengenalan perkhidmatan bas mudah lentur, dan pengenalan bas lantai rendah dengan ciri-ciri ditujukan bagi membantu pelanggan orang tua, cacat atau kurang upaya.

Galeri[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premiers omnibus à Nantes" (dalam bahasa French). 13 June 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Year 1662, The First Public Bus, The Omnibus". 3 December 2010.[pautan mati kekal]
  3. ^ "When was the horse-drawn urban omnibus introduced in Paris?". 3 December 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-24. Dicapai pada 2013-04-21.
  4. ^ "Greater Manchester's Museum of Transport: Public Transport in Greater Manchester". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-26. Dicapai pada 2013-04-21.
  5. ^ "Les omnibus à traction hippomobile (archives of Musée départemental Dobrée)" (dalam bahasa Perancis). Conseil général de la Loire-Atlantique, Nantes, France. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 5 January 2011.
  6. ^ "American Public Transportation Association".
  7. ^ General Motors and the Demise of Streetcars Diarkibkan 2007-07-02 di Wayback Machine, Cliff Slater