Pukimak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pukimak merupakan satu slanga yang sungguh kasar dalam bahasa Melayu. Perkataan ini berasal daripada bahasa kasar, "puki" (alat kelamin perempuan) dan "mak" (ibu) yang merujuk kepada kemaluan ibu seseorang yang dianggap sebagai sesuatu yang lucah.[perlu rujukan] Singkatannya ialah kimak & kimek. Perkataan ini lazimnya digunakan untuk berbalah dengan menunjukkan kemarahan atau ingin mengganggu sesiapa individu.

Penggunaan kata ini dianggap mencerminkan penutur sebagai daripada kelas yang biadap dan tidak bertatasusila (sejenis samseng). Penggunaannya di kalangan kelas yang lain pula, iaitu di kalangan kelas pertengahan dan atasan, dianggap menunjukkan seseorang itu kurang ajar (ibu bapanya tidak berjaya memberi pendidikan adab yang baik kepada anak-anaknya).

Perkataan ini dapat digunakan bagi:[perlu rujukan]

  • Sebagai suatu penonjolan patois/rojak yang mencarut: "Aiman pukimak"
  • Sebagai satu penghinaan bagi seseorang: "Jauhar, awak pukimak ye!"
  • Sebagai suatu kata sifat kebencian: "Aku akan hancurkan kamu semua, ingat itu pukimak!"
  • Sebagai suatu kata ganti nama berkecuali: "Blah, pesta ini... macam pukimak."

Istilah ini dapat digabungkan dengan kata "jahat" bagi bermakna seorang lelaki yang telah diugut secara fizikal, atau terlibat dalam aktiviti-aktiviti bahaya lain. Contohnya: "Nik ialah pukimak yang kejam".[perlu rujukan]