Wilayah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wilayah (serapan Arab: وِلَايَة, rumi: wilāyah "pemerintahan" terbitan kata kerja وَلِيَwaliya "memerintah; menguasai; mentadbir, mengurus"[1]; bahasa Inggeris: territory) merupakan taraf pembahagian kawasan pemerintahan di dalam satu negara.

Wilayah biasanya merupakan kawasan satu bandar istimewa dalam satu negara, sebagai contoh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah ibu negara Persekutuan Malaysia.

Wilayah juga bermaksud sesuatu kawasan yang menjangkau dua atau lebih kawasan pentadbiran. Wilayah juga terdiri dari dua negeri atau lebih. Disingkatkan kedudukan dan derajat "wilayah" adalah sedikit lebih besar berbanding "negeri" atau "wilayah persekutuan".

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Istilah wilayah digunakan sebagai nama entiti pentadbiran tahap pertama di Negara Thai setaraf "negeri" di Malaysia dan "provinsi" di Indonesia; tanah Kerajaan Patani yang ditawan kerajaan Rattanakosin Siam dibahagikan kepada wilayah-wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat.[2] Kedah juga dijadikan wilayah Siam setelah dijajah pada 1826 dan 1943 (diberikan oleh kuasa Jepun) dengan nama "Wilayah Saiburi" (จังหวัดไทรบุรี Changwat Saiburi) sebelum dikembalikan kepada pemerintahan British pada 1945.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 394. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ a b Ruslan Uthai (2011). Keistimewaan dialek Melayu Patani. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. m/s. 25. ISBN 9674120017.