Wukuf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wuquf)
Wukuf

Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji yang melibatkan penunai haji berkumpul di Arafah pada 9 Zulhijah dalam takwim Hijrah (Hari Arafah). Wukuf dilakukan bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali, iaitu di Padang Arafah iaitu di Jabal ar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah sebelum permohonan ampun mereka akhirnya diterima Allah. Dengan ini, Padang Arafah bertindak sebagai menjadi tempat muhasabah diri dengan menyesali segala dosa yang dilakukan sebelum ini dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima. Ibadah wukuf dilaksanakan pada selepas gelincir matahari (masuk waktu zohor pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum fajar iaitu sebelum subuh pada 10 Zulhijjah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Media berkenaan Wukuf di Wikimedia Commons