İlkay Gündoğan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
İlkay Gündoğan
Maklumat peribadi
Nama penuh İlkay Gündoğan
Tarikh lahir (1990-10-24) 24 Oktober 1990 (umur 33)
Tempat lahir Gelsenkirchen, Jerman
Ketinggian 1.80 m (5 ka 11 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Barcelona
Nombor 22
Kerjaya remaja
1993–1998 SV Gelsenkirchen-Hessler 06
1998–1999 Schalke 04
1999–2004 SV Gelsenkirchen-Hessler 06
2004–2005 SSV Buer
2005–2008 VfL Bochum
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008–2009 VfL Bochum II 2 (1)
2009–2011 1. FC Nürnberg 48 (6)
2011–2016 Borussia Dortmund 105 (10)
2012 Borussia Dortmund II 1 (0)
2016–2023 Manchester City 188 (44)
2023– Barcelona 7 (0)
Pasukan kebangsaan
2008 Jerman B18 7 (0)
2008–2009 Jerman B19 6 (0)
2009–2010 Jerman B20 2 (0)
2010–2012 Jerman B21 8 (1)
2011– Jerman 69 (17)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 September 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21:12, 12 September 2023 (UTC)

İlkay Gündoğan (lahir 24 Oktober 1990) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab Barcelona dan pasukan kebangsaan Jerman di posisi pemain tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Gündoğan dilahirkan di Gelsenkirchen pada keturunan Turki. Beliau berpindah dari VfL Bochum ke 1. FC Nürnberg pada tahun 2009. Pada perlawanan keempatnya di Bundesliga pada 19 September 2009, beliau telah membuat hantaran pertamanya semasa menentang FC Bayern Munich. Beliau menjaringkan gol pada 20 Februari 2010 pada perlawanan menentang Bayern di halaman sendiri.

Borussia Dortmund[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Mei 2011, Gündoğan dilaporkan telah menandatangani kontrak empat tahun bersama Borussia Dortmund dengan bayaran 4 juta euro. Beliau membuat debut untuk Dortmund pada 23 Julai pada perlawanan DFL-Supercup menentang FC Schalke 04. Selepas terikat seri tanpa jaringan, beliau menjaringkan gol dalam penentuan penalti dan walau bagaimanapun, sepakan oleh Kevin Großkreutz dan Ivan Perišić telah tersasar dan memberikan kemenangan kepada Schalke.

Pada 17 Disember, beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Dortmund semasa menang 4-1 ke atas SC Freiburg. Pada 20 Mac, Gündoğan menjaringkan gol pada minit ke-120 untuk mengalahkan SpVgg Greuther Fürth dan menghantar pasukannya ke perlawanan akhir DFB-Pokal. Beliau juga bermain pada perlawanan terakhir pada 12 Mei dengan menang 5-2 ke atas Bayern dan memberikan trofi kedua buat Dortmund pada musim 2011-12.

Pada musim 2012-13, beliau antara salah satu pemain tengah yang terbaik buat Dortmund yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah. Beliau bermain sebanyak dua perlawanan menentang Real Madrid di separuh akhir. Pada 25 Mei 2013, beliau menjaringkan gol cantik pada minit ke-69 untuk memberikan harapan kepada Dortmund menang ke atas Bayern pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang berlangsung di London. Walau bagaimanapun, Bayern menewaskan Dortmund 2-1.

Pada 27 Julai 2013, Gündoğan menjaringkan gol pada perlawanan DFL-Supercup 2013 menentang Bayern, Dortmund menang pada kejuaraan itu dengan 4 berbalas 2. Pada Ogos, beliau telah mengalami kecederaan dan terpaksa beliau berehat sepanjang tahun. Pada April 2014, beliau menandatangani kontrak baru sehingga 2016.

Pada 28 April 2015, beliau dan Sebastian Kehl melengkapkan tendangan penalti untuk menang ke atas Bayern dan menghantar Dortmund ke perlawanan akhir DFB-Pokal

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Gündoğan sedang memanaskan badan pada satu perlawanan bersama Jerman.

Selepas bertahun-bertahun bermain untuk skuad remaja, Gündoğan akhirnya menerima panggilan pertaam oleh pasukan kebangsaan Jerman pada Ogos 2011 untuk perlawanan persahabatan menentang Brazil tetapi tidak layak bermain. Beliau membuat debut untuk Jerman pada 11 Oktober menentang Belgium pada perlawanan kelayakan Euro 2012. Beliau menggantikan Philipp Lahm pada enam minit terakhir.

Pada Mei 2012, beliau dipilih oleh pengurus Joachim Löw ke dalam skuad Jerman UEFA Euro 2012 dan diberika jersi nombor 2. Skuad Jerman berjaya melangkah ke separuh akhir namun beliau tidak membuat sebarang penampilan di kejohanan tersebut.

Pada 26 Mac 2013, Gündoğan menjaringkan gol pertamanya untuk Jerman semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014 menentang Kazakhstan. Gol kedua beliau hadir pada 14 Ogos semasa Jerman bangkit ketinggalan 2-0 untuk seri 3-3 semasa menentang Paraguay. Walau bagaimanapun, beliau terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan direhatkan dengan jangka masa lama.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 26 Mac 2013 Nuremberg, Jerman  Kazakhstan 3–0 4–1 Kelayakan Piala Dunia FIFA 2014
2. 14 Ogos 2013 Kaiserslautern, Jerman  Paraguay 1–2 3–3 Persahabatan

Stastistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 11 April 2015.
Kelab Musim Liga Piala Benua Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Jerman VfL Bochum II 2008–09 2 1 2 1
Jumlah 2 1 2 1
Jerman 1. FC Nürnberg 2008–09 1 0 0 0 0 0 1 0
2009–10 22 1 2 1 2 1 26 3
2010–11 25 5 1 0 26 5
Jumlah 48 6 3 1 2 1 53 8
Jerman Borussia Dortmund 2011–12 28 3 5 1 2 0 1 0 36 4
2012–13 28 3 4 0 12 1 1 0 45 5
2013–14 1 0 1 0 0 0 1 1 3 1
2014–15 18 3 2 0 6 0 0 0 26 3
Jumlah 75 9 12 1 20 1 3 1 110 13
Jumlah kerjaya 125 16 16 2 20 1 5 2 165 22

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Borussia Dortmund

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ilkay Guendogan". bvb.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-30. Dicapai pada 13 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]